Seingat saya, saya dah dengar tentang SEO atau singkatan bagi Search Engine Optimization sejak dari tahun 2009 lagi.
Semua tu bertitik tolak daripada ebook yang saya download secara percuma yang mengajar tentang bagaimana cara buat duit dalam matawang USD menerusi platform Google Adsense.
Mungkin… pada tahun 2009, peraturan tentang SEO masih lagi agak longgar berbanding sekarang ni, di tahun 2015. Ada beberapa ilmu SEO pada tahun 2009 yang mungkin sekarang dah jadi kurang relevan untuk diamalkan pada tahun 2015. Almaklumlah, pihak google sendiri sentiasa mengemaskini sistem mereka dan memperkenalkan algorithm baru bagi menaiktaraf fungsi search engine mereka.
Kalaulah manusia itu sifatnya bukan suka memanipulasi sesuatu perkara untuk kepentingan peribadi, mungkin perubahan-perubahan ini tak akan diperkenalkan oleh Google. Mungkin juga, kerja-kerja keyword rangking akan jadi lebih mudah berbanding sekarang.