Pernah tak anda terfikir untuk memulakan bisnes rumah sewa anda sendiri?
Mesti seronokkan, kalau ada bisnes rumah sewa. Setiap bulan anda hanya perlu tunggu penyewa bayar duit sewa ke akaun anda.
Apa yang biasa saya dengar, kalau nak buat bisnes rumah sewa, kena ada modal yang besar. Kita kena ada rumah terlebih dahulu kalau nak jadikan ia rumah sewa. Kos untuk memiliki sebuah rumah, bukanlah kecil. Ia melibatkan jumlah pelaburan bernilai ratusan ribu ringgit.
Tapi bagaimana kalau saya katakan, sebenarnya diluar sana terdapat individu yang menjalankan bisnes rumah sewa, tanpa perlu membeli, membina atau memiliki rumah mereka sendiri. Mereka ini menjalankan bisnes rumah sewa, dengan satu kaedah yang dinamakan sebagai sublet.
Saya tertarik nak baca buku berjudul buat untung dengan rumah sewa ini memandangkan buku ini merupakan suatu perkongsian pengalaman individu yang buat duit melalui rumah sewa, namun beliau tidak membeli unit rumah tersebut.
(Buku ini merupakan satu perkongsian pengalaman usahawan yang menjalankan bisnes rumah sewa menerusi kaedah sublet secara sepenuh masa)
Kebiasaannya saya baca, kalau nak buat duit melalui hasil sewaan rumah, kita perlu beli terlebih dahulu unit hartanah tersebut. Kemudian, barulah kita buat keputusan sama ada kita nak jadikan hartanah tersebut sebagai rumah sewa ataupun sebagai homestay.
Kalau kita jadikan unit kediaman tersebut sebagai rumah sewa, ada beberapa kelebihan yang bakal kita perolehi, antaranya
1. Pendapatan yang lebih stabil
Kita andaikan yang anda telah menetapkan kadar sewa sebanyak RM1,200 setiap bulan, bermakna itulah jumlah yang bakal anda perolehi. Tiada istilah pendapatan naik dan turun jika unit kediaman tersebut dijadikan rumah sewa. Berbeza halnya kalau ia dijadikan sebuah homestay.
2. Peluang membina pendapatan pasif
Selagi mana unit kediaman tersebut masih ada penyewa, selagi itulah duit sewa akan terus masuk ke akaun anda tanpa perlu anda lakukan apa-apa kerja tambahan. Pendapatan yang terhasil ini boleh dianggap sebagai pendapatan pasif dan anda boleh fokuskan masa anda untuk bina perniagaan yang lain pula.
Jika kita menjadikan unit kediaman tersebut sebagai sebuah homestay, ini pula kelebihan yang bakal kita perolehi