Beberapa tahun kebelakangan ini, boleh dikatakan salah satu sumber pendapatan tambahan yang konsisten saya terima adalah menerusi produk-produk yang dipromosikan menerusi sistem affiliate. Kebanyakkan produk-produk ini pula adalah produk dalam bentuk digital.
Bagi yang masih tak familiar dengan istilah produk digital, ia adalah produk seperti ebook, rakaman video, rakaman audio, pakej grafik, software dan sebagainya. Kebanyakkan produk-produk ini dihasilkan bagi tujuan membantu para usahawan dan peniaga online untuk menambahkan pendapatan sedia ada mereka.
Sebagai contoh ebook. Salah satu kategori ebook yang memang cukup laris ialah ebook yang mengajar cara-cara untuk buat duit online sebagai seorang pekerja bebas (freelancer). Bila bercerita tentang topik ini, salah satu yang terlintas di fikiran saya ialah Panduan Bekerja Dari Rumah oleh Jobdirumah.
Ini adalah satu panduan yang memang cukup menarik untuk dipromosikan. Selain itu, panduan ini juga mempunyai kadar berlaku jualan yang agak tinggi. Almaklumlah, ramai sebenarnya yang berminat nak buat duit tambahan, dan bila mereka tahu, yang mereka boleh buat duit hanya dari rumah, pasti mereka tertarik nak belajar macam mana caranya.
Walaubagaimanapun, saya berpendapat bahawa panduan seperti ini pasti akan mempunyai perubahan dari segi permintaan. Sampai satu masa nanti, apabila semua orang dah tahu, dan dah biasa dengan konsep bekerja dari rumah, mungkin pada waktu itu orang dah tak perlukan lagi panduan seperti ini.
Maka dari situ, saya berpendapat perlunya untuk ceburkan diri dalam bidang lain sebagai alternatif. Just in case pada satu hari nanti, kalau orang dah tak nak belajar macam mana nak buat duit dari rumah, setidak-tidaknya saya masih ada lagi back up plan.