Blog Sabree Hussin

A Reflection of Mind, Body & Soul

  • Tentang Penulis
  • Arkib
  • Hubungi Saya
  • Perkhidmatan Iklan

Komisen Mobicow April 2017

April 20, 2017 by sabree hussin 8 Comments

Komisen dari Mobicow bagi bulan April 2017 telah pun dibayar dan saya juga telah menerima bayaran tersebut menerusi akaun Paypal saya.

 

Part dapat bayaran tu, memang saya GEMBIRA.

 

Namun, disebalik kegembiraan ini, ada beberapa perkara tentang Mobicow yang saya agak kecewa.

 

Pertama, saya agak kecewa dengan program referral Mobicow yang nampaknya macam tak berfungsi. Saya pernah tanyakan berkenaan status program referral ni kepada pihak pengurusan Mobicow dan menurut mereka, pihak tech support sedang usahakan untuk menyelesaikan masalah tersebut secepat mungkin.

 

Secepat mungkin? Hmm… saya rasa dari tahun lepas lagi program referral ni ada masalah.

buat-duit-dengan-program-referral-mobicow

Apabila saya mempromosikan referral link saya untuk dapatkan seberapa ramai publisher Mobicow yang baru, halaman yang akan terpapar adalah seperti diatas.

There’s something wrong.

 

Rasa sakit hati jugak bila masalah ini terus berlarutan sampai sekarang.

 

Kita dah susah payah buat kerja-kerja penulisan, sampai ada antara artikel yang saya tulis mengenai mobicow dah berjaya masuk ke page pertama hasil carian Google, alih-alih artikel tersebut tak dapat digunakan untuk dapatkan lebih banyak referral pulak.

[Read more…]

Filed Under: Komisyen Affiliate Tagged With: apa itu mobicow, buat duit dengan Mobicow, jana pendapatan dengan mobicow, komisen mobicow

Komisen Mobicow Mac 2017

March 17, 2017 by sabree hussin Leave a Comment

Hasil buat duit dengan Mobicow bagi bulan Mac 2017 telah pun masuk ke akaun Paypal. Sepatutnya, semua yang pernah join program ini dan masih lagi menyiarkan iklan dari Mobicow telah menerima bayaran.

 

Cubalah semak emel masing-masing, dan pada masa yang sama, cuba juga semak akaun Paypal. Mungkin anda juga ada terima bayaran, cuma tak perasan atau tak sedar.

 

Ini bayaran yang saya terima bagi bulan Mac 2017.

pendapatan-mobicow

Nampaknya ada kelemahan dari segi technical dan tactical yang saya gunakan untuk buat duit dengan program pengiklanan cap lembu ni. Sebenarnya, saya menjangkakan pendapatan saya akan makin naik, naik dan terus naik. Rupa-rupanya saya silap.

 

Buktinya? Itu ha… income dari Mobicow saya menurun jika nak bandingkan dengan pendapatan pada bulan-bulan yang terdahulu.

 

Baca juga artikel saya yang terdahulu.

Komisen Mobicow Januari 2017 – USD13.12

Komisen Mobicow Februari 2017 – USD20.45

Komisen Mobicow Mac 2017 – USD10.03

 

Komisen dari Mobicow paling tinggi pernah saya dapat adalah pada bulan Februari 2017. Saya betul-betul berharap komisen pada bulan Mac akan mencatatkan peningkatan, rupa-rupanya perkara yang sebaliknya pula yang berlaku.

[Read more…]

Filed Under: Komisyen Affiliate Tagged With: belajar buat blog, buat duit dengan Mobicow, komisen mobicow, program pengiklanan Mobicow

Komisen Mobicow Februari 2017

February 20, 2017 by sabree hussin 18 Comments

Beberapa hari lepas, saya telah pun menerima bayaran komisen dari program pengiklanan Mobicow yang saya sertai sebelum ni. Bayaran pada kali ni, merupakan bayaran kedua yang saya terima sepanjang saya menyertai program pengiklanan mereka.

duit-dari-mobicow

Apa yang best dengan Mobicow ni ialah, mereka membayar dalam matawang USD. Kalau pada hari ini, kita bimbang kalau-kalau nilai matawang kita makin lemah berbanding USD, maka apa kata kita alihkan fokus kita daripada terus bimbang kepada buat sesuatu yang boleh mendatangkan income dalam USD.

 

Kalau RM terus jatuh berbanding USD, kita cari sumber pendapatan dalam USD. At least, kita akan dapat lagi banyak RM apabila nilai RM makin lemah nanti.

 

Tak tau macam mana nak dapatkan pendapatan dalam matawang USD? Boleh ikut apa yang saya dan ramai lagi penulis blog di Malaysia lakukan. Sertai program pengiklanan dan jana pendapatan dalam matawang USD. Salah satu program pengiklanan yang patut dicuba ialah program pengiklanan Mobicow ini.

[Read more…]

Filed Under: Komisyen Affiliate Tagged With: belajar buat blog, buat duit dengan Mobicow, cara buat duit dengan mobicow, jana pendapatan dengan mobicow, program pengiklanan Mobicow, tips mobicow

Komisen Mobicow Januari 2017

January 16, 2017 by sabree hussin 10 Comments

Komisen Mobicow yang saya terima bagi bulan Januari 2017 ni merupakan bayaran komisen PERTAMA sepanjang saya menyertai program pengiklanan ini. Alhamdulillah. Boleh guna komisen ni untuk renew domain saya yang hampir expired tak lama lagi.

teknik-buat-duit-dengan-mobicow

Pada mulanya saya rancang nak guna duit komisen dari Mobicow ni untuk beli domain baru dari NameCheap. Tetapi memandangkan ada keperluan lain yang lebih mendesak, which is to renew my domain name, maka saya terpaksa jadikan ia sebagai prioriti.

 

Jana pendapatan sampingan dengan program pengiklanan Mobicow adalah salah satu kerja paling SENANG yang anda juga patut cuba! SERIUS. Saya tak tipu. Memang senang rupanya nak buat duit dengan Mobicow ni.

 

Pada asasnya, anda hanya perlu lakukan langkah-langkah mudah berikut, iaitu

1. Daftar akaun Publisher dengan pihak Mobicow. Boleh klik sini untuk daftar.

2. Tunggu akaun anda diaktifkan. Selepas akaun diaktifkan, anda submit laman blog anda kepada pihak Mobicow.

3. Masukkan kod iklan pada laman blog anda. Buat pengguna wordpress, anda boleh gunakan sahaja plugin yang disediakan.

 

Betul ke buat duit dengan Mobicow ni SENANG sangat? Ya, memang sangat senang. Anda hanya perlu daftar, masukkan kod iklan dalam blog dan seterusnya biarkan. Pendapatan anda dengan Mobicow akan berjalan dengan sendirinya.

[Read more…]

Filed Under: Komisyen Affiliate Tagged With: buat duit dengan Mobicow, jana pendapatan dengan mobicow, panduan mobicow

Jana Pendapatan Sampingan dan Pasif dengan Mobicow

December 17, 2016 by sabree hussin 12 Comments

Adakah anda masih lagi mencari-cari cara PALING MUDAH untuk jana pendapatan sampingan di internet?

Jika jawapan anda adalah YA, saya ada sesuatu yang menarik untuk dikongsikan kepada anda.

 

Saya percaya yang anda telah sedia maklum, bahawa kita sememangnya boleh jana pendapatan dari internet. Kisah kejayaan individu yang berjaya buat duit online bukan lagi satu kisah yang cukup asing buat kita semua.

 

Saya juga seperti anda. Setiap hari, saya pasti akan luangkan sedikit masa untuk mencari dan mengkaji beberapa kaedah yang boleh dilakukan bagi menghasilkan pendapatan tambahan. Lepas dah jumpa sesuatu kaedah tertentu, saya akan teruskan ke langkah seterusnya iaitu cuba sendiri kaedah tersebut.

jadi-pengguna-bijak

Matlamat saya mudah. Jika saya boleh lakukan, dan jika saya boleh buktikan yang ianya memang mudah untuk dilakukan, saya akan kongsikan kepada pembaca dan pelawat blog ini. Sesuatu yang baik dan yang boleh menjana pendapatan, patut dikongsi bersama. Setuju?

 

Lebih-lebih lagi jika ianya mudah untuk dilakukan dan tidak memerlukan modal dan belanja yang begitu besar. Jika anda terus membaca perkongsian saya ini, anda mungkin akan dapati apa yang diperlukan untuk buat duit online semuanya sudah ada pada diri anda. Hanya tinggal laksanakan sahaja!

[Read more…]

Filed Under: Panduan Buat Duit Online Tagged With: buat duit dengan Mobicow, buat duit online mudah, cara buat duit dengan mobicow, jana pendapatan sampingan dengan mobicow, panduan mobicow

Visondata pocket WiFi

Sabreehussin dot com

Recent Posts

  • Buat duit dengan PG Mall – Apa yang anda perlu tahu?
  • Senarai kerja popular untuk pelajar lepasan SPM dan yang baru menamatkan pengajian di universiti
  • Memilih topik yang sesuai bagi memulakan projek buat duit dengan blog
  • Cara buat pembelian emas Public Gold menerusi Akaun Emas GAP
  • Panduan membeli belah di platform ecommerce PG Mall

Recent Comments

  • sabree hussin on Mesej ini khas untuk mereka yang mencari Pendapatan Sampingan
  • sabree hussin on Program Affiliate Bookcafe: Bagaimana nak mula jana pendapatan online?
  • Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai - Sabree Hussin Dot Biz on Panduan buat duit dengan blog dari pengalaman sebenar
  • Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai - Sabree Hussin Dot Biz on Apa sebenarnya bidang kerja seorang blogger?
  • Buat bisnes menggunakan Whatsapp sahaja - Bagus ke? Apa kelemahannya? - Sabree Hussin Dot Biz on Panduan membeli belah di platform ecommerce PG Mall

Categories

  • Advertorial
  • Agama
  • Banding Hotels
  • Bekerja dari rumah
  • Bisnes Dropship
  • Bisnes Network Marketing
  • Blogging
  • Buat Duit Online
  • Buku & Bahan Bacaan
  • Copywriting
  • Forex
  • Generasi Warisan Prihatin
  • Idea Bisnes
  • Isu Pelajar
  • Jobdirumah
  • Karier & Kerjaya
  • kedai runcit
  • Kerjaya Freelancer
  • Kerjaya Penulis
  • kewangan
  • Komisyen Affiliate
  • Kucing
  • Madu Sunnah
  • Onexox
  • Panduan Blogging
  • Panduan Buat Duit Online
  • Panduan Dominasi FB Group
  • Pelaburan Emas & Perak
  • Pelaburan Forex
  • Pelaburan Hartanah
  • Pelaburan Saham
  • Pemasaran Affiliate
  • Pemasaran Blog
  • Pemasaran Emel
  • Pemasaran FB
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Powergold
  • Produk
  • Program Affiliate
  • Public Gold
  • Review
  • Servis Advertorial
  • Sistem Jualan PRO
  • Sketsa Hidup
  • Tanya Sabree Hussin
  • Tempat Penginapan
  • Travelog
  • Tune Talk Tone Excel
  • Uncategorized

Copyright © 2021 · News Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in

Jana RM1,250 dengan Shopee secara PART TIME!
Maklumat Lanjut