Blog Sabree Hussin

A Reflection of Mind, Body & Soul

  • Tentang Penulis
  • Arkib
  • Hubungi Saya
  • Perkhidmatan Iklan

Jom buat duit sebagai Usahawan Buku dengan Program Dropship Bookcafe

October 19, 2020 by sabree hussin 2 Comments

Semasa saya sedang asyik membaca status update kenalan saya di facebook, pandangan saya tertumpu pada satu iklan dari pihak PTS Bookcafe Sdn Bhd yang agak menarik perhatian saya.

 

Iklan yang saya maksudkan adalah iklan mengenai peluang untuk bina pendapatan sampingan sebagai ejen dropship yang mempromosikan dan menjual buku-buku yang diterbitkan oleh pihak PTS Bookcafe.

dropship-buuku-PTS-Bookcafe

Bagi mereka yang minat membaca, sukakan buku, dan ada rasa keinginan nak mencuba bina perniagaan berdasarkan kepada minat kepada buku yang ada pada diri anda tu, mungkin bolehlah pertimbangkan untuk sertai program dropship ini.

 

Saya menjangkakan, tawaran sebagai ejen dropship ini tidak akan dibuka selama-lamanya. Sampai satu masa, pihak syarikat pasti akan menutup pendaftaran dan hanya mereka yang sempat daftar sebagai ejen dalam tempoh masa tertentu sahaja yang akan layak meneruskan program ini.

 

Untuk pengetahuan pembaca sekalian, sekiranya anda berminat menyertai program ini, ada bayaran yuran yang perlu dijelaskan. Tapi tak perlu bimbang, sebabnya bayarannya sangatlah minima. Saya percaya buat anda yang mungkin minat nak join program ini, pasti mampu untuk menyediakan bayaran tersebut.

 

Setakat ini, ada dua pakej yang ditawarkan. Maklumat adalah seperti pada screenshot dibawah.

[Read more…]

Filed Under: Bisnes Dropship Tagged With: buat duit dengan dropship, program dropship bookcafe, program dropship buku

Bagaimana menjadi Ejen Dropship bagi Lazada Malaysia?

July 19, 2017 by sabree hussin 37 Comments

Macam mana cara nak buat duit dengan Lazada? Setakat daripada apa yang saya tahu, sebenarnya terdapat sekurang-kurangnya tiga cara, macam mana nak buat duit dengan Lazada.

 

Cara pertama, mintak kerja dengan Lazada dan jadi salah seorang daripada staff mereka. Kalau ada yang minat nak bekerja dengan Lazada, boleh terus ke laman web mereka atau boleh juga gunakan pautan ini untuk melihat senarai kekosongan kerja yang ada.

 

Cara kedua untuk buat duit dengan Lazada adalah dengan menjadi penjual atau seller di Lazada.

cara-daftar-akaun-seller-lazada

Anda boleh terus ke laman web Lazada dan cari pautan yang tertulis “Sell on Lazada”. Klik pada pautan tersebut dan seterusnya anda akan dibawa ke halaman pendaftaran sebagai seorang penjual.

 

Paparan yang akan kelihatan adalah seperti dibawah ini.

menjual-lazada

Nampaknya, pada waktu catatan ini saya hasilkan, kita boleh menjadi penjual di laman web ecommerce terkenal Lazada walaupun kita tidak mempunyai nama syarikat dan belum mempunyai sijil SSM.

 

Tekan sahaja pada pautan “sign up here” dan seterusnya anda ikuti sahaja step yang diperlukan. Pada langkah seterusnya anda akan diminta untuk mengisikan borang dan memberikan maklumat peribadi anda. Saya tidak akan cerita panjang-panjang tentang bagaimana nak jadi penjual di laman web Lazada sebab ini bukan fokus artikel kali ini.

 

Cara ketiga nak buat duit dengan Lazada, adalah dengan menyertai program affiliate.

Ini kaedah yang saya dan ramai lagi kawan-kawan penulis blog gunakan untuk buat duit dengan Lazada. Kerjanya tidaklah begitu sukar.

[Read more…]

Filed Under: Bisnes Dropship Tagged With: buat duit dengan dropship, cara menjadi dropship, cara menjadi dropship di lazada, cara menjadi seller lazada, daftar dropship lazada, dropship di lazada, jadi ejen lazada, menjadi dropship lazada

Gabungkan Program Affiliate dengan Dropship untuk hasil yang lebih menguntungkan

June 19, 2016 by sabree hussin 2 Comments

Sebagai pemilik perniagaan, pastinya kita sentiasa mencari-cari cara bagaimana dapat memaksimakan keuntungan yang bakal dijana dari perniagaan yang kita jalankan.

 

Adakah dengan menggunakan kaedah pengiklanan berbayar seperti Google Adwords ataupun Facebook Advertising mampu untuk melonjakkan hasil jualan pendapatan anda? Jawapannya boleh jadi Ya dan juga Tidak. Pendapatan anda akan menunjukkan peningkatan apabila iklan anda ditujukan kepada golongan sasaran yang TEPAT, namun jika iklan anda tidak disasarkan kepada kelompok prospek yang betul, anda mungkin tak akan dapat sebarang manfaat dari iklan tersebut.

 

Pengiklanan berbayar ini bagus. Namun, ada kos tambahan yang perlu anda keluarkan. Bagaimana caranya untuk anda dapat jimat kos pemasaran tersebut?

 

Anda boleh contohi apa yang dilakukan oleh syarikat PTS Bookcafe Sdn Bhd. Syarikat ini menjual pelbagai buku dalam berbagai-bagai genre serta beberapa merchandise secara online sahaja.

laman-web-bookcafe

 

Istimewanya bookcafe ini ialah, dia menawarkan program affiliate dan juga program dropship serentak. Jadi, orang ramai yang berminat untuk menjalankan perniagaan buku secara online, bolehlah pilih sama ada nak jadi ejen affiliate ataupun ejen dropship. Kedua-dua kaedah ini boleh dilakukan oleh ejen untuk buat duit.

 

Kalau nak cerita dari segi modal, kita tak perlu keluar sebarang modal untuk jadi ejen affiliate. Sebaliknya kalau nak jadi ejen dropship, baru kena keluar modal. Pada pandangan saya, modal ini bertujuan untuk membuka akaun dropship dan untuk membezakan antara individu yang benar-benar serius nak buat bisnes dengan mereka yang cuba untuk ambik kesempatan pada tawaran harga yang lebih murah yang hanya eksklusif untuk para ejen dropship.

 

Bila dah tawarkan program dropship dan juga program affiliate, langkah seterusnya adalah untuk mendapatkan seberapa banyak dan seramai mungkin ejen affiliate untuk bantu promosikan produk-produk yang dijual oleh syarikat. Lagi ramai lagi bagus. Kita bukan cerita setakat 10 – 20 orang, tapi kita nak dapatkan ejen seramai 100 – 1, 000 orang.

[Read more…]

Filed Under: Bisnes Dropship Tagged With: buat duit dengan dropship, dropship berjaya, program dropship

7 Cara promosi produk dropship dengan menggunakan Facebook

June 17, 2016 by sabree hussin 6 Comments

“Bagaimana cara nak memanfaatkan akaun Facebook yang kita miliki supaya ia tidak membuang masa kita dan membazirkan data yang kita langgan setiap bulan?” 

 

Jawapannya ialah, gunakan Facebook sebagai platform untuk buat duit. Ya memang betul Facebook ini adalah platform untuk kita bersosial. Tetapi sampai bila kita nak terus habiskan masa untuk bersosial? Bukankah lebih baik kalau kita buat sesuatu yang dapat beri nilai tambah kepada kehidupan kita.

 

Sebagai contoh, buat bisnes. Gunakan Facebook sebagai alat untuk kita berkomunikasi dengan bakal prospek dan pelanggan kita. Dapatkan perhatian mereka-mereka yang mungkin berpotensi untuk menjadi pelanggan kita. Sambil kita bersosial, sambil tu kita berniaga. Lagipun, dah ramai orang yang buat macam ni. Setidak-tidaknya, masa yang mereka habiskan untuk layan FB tidak terbazir begitu sahaja.

buat-bisnes-difacebook

Sambil layan Facebook sambil buat jualan. Seronok dapat, duit pun dapat. Kan ini lebih bagus, betul tak? Dalam post saya yang sebelum ini, saya telah pun ceritakan tentang bagaimana cara nak mempromosikan produk-produk dropship menggunakan medium blog. Anda dah baca ke belum? Kalau belum baca sila baca sekarang.

Klik sini untuk baca: Cara mempromosikan produk dropship dengan menggunakan blog

 

Bagi sesetengah orang, mungkin mereka merasakan yang kerja-kerja promosi dengan blog ini agak mencabar. Ada banyak benda yang anda kena buat. Pertama sekali, dah tentu anda kena taip artikel. Tak boleh guna artikel copy paste, sebabnya untuk jangka masa panjang, penggunaan artikel yang di copy paste sebenarnya langsung tak beri nilai tambah kepada perniagaan anda.

 

Selain dari itu, pemasaran menggunakan medium blog memerlukan anda untuk membuat kajian kata kunci. Anda perlu tahu apa dia kata kunci yang berharga untuk anda sasarkan supaya usaha anda menulis artikel tidak akan menjadi suatu usaha yang sia-sia sahaja. Sesetengah kata kunci mempunyai nilai yang lebih baik berbanding sesetengah kata kunci yang lain pula.

 

Memandangkan pada hari ini, hampir semua orang ada akaun dengan Facebook, jadi saya kira kaedah pemasaran menggunakan facebook adalah kaedah yang paling mudah. Betul tak? Sepatutnya pada hari ini juga, setiap orang yang ada Facebook sekurang-kurangnya pernah menjual satu produk dropship dalam sepanjang hidupnya.

 

Anggapannya begini, dalam masa setahun, sekurang-kurangnya anda patut dapat jual satu produk. Sebenarnya, saya yakin anda boleh jual lebih banyak dari itu, dengan syarat anda buat pemasaran dengan konsisten. Baiklah, macam mana nak buat pemasaran dengan konsisten kalau anda sendiri tak ada idea apa yang perlu dilakukan?

 

Jadi dalam perkongsian pada kali ini, saya nak tunjukkan kepada anda 7 cara bagaimana anda boleh lakukan pemasaran menggunakan medium Facebook. Dah sedia nak tahu? Ini dia cara-caranya.

[Read more…]

Filed Under: Bisnes Dropship Tagged With: bisnes dropship, buat duit dengan dropship, cara promosi dropship

Konsep bisnes dropship secara mudah dan ringkas

June 10, 2016 by sabree hussin 1 Comment

Jika anda biasa mengikuti perkongsian-perkongsian yang telah saya muatkan dalam blog ini, anda pasti perasan yang saya pernah beberapa kali menulis topik tentang bisnes dropship ini. Mudah-mudahan siapa yang pernah baca blog ini, sama ada mereka yang jumpa blog ini secara sengaja atau tak sengaja dapat beroleh manfaat dan dapat mencuba sendiri menjalankan perniagaan online anda menggunakan sistem atau konsep bisnes dropship ini.

 

konsep perniagaan dropship

Sekiranya anda masih kurang jelas dengan konsep bisnes dropship ini, kat sini saya nak kongsikan sekali lagi penerangan secara ringkas untuk membantu anda memahami konsep bisnes ini yang sememangnya sangat mudah dan berpotensi untuk memberi keuntungan yang lumayan. Bagi memudahkan proses penerangan, saya syorkan anda rujuk juga gambar di atas ini.

 

Semua sekali terdapat lima langkah mudah, bagaimana perniagaan dropship boleh dijalankan.

(1) Anda memasukkan gambar-gambar produk ke laman web

Gambar-gambar produk ni anda boleh dapatkan daripada pihak pembekal atau pihak yang menawarkan program dropship. Selalunya mereka akan menyediakan beberapa keping gambar yang anda boleh gunakan bagi tujuan promosi.

 

serbuk-mutiara-asli-perlaking Sebagai contoh anda ingin menjual Perlaking Serbuk Mutiara Asli.

 

Walaupun pada hakikatnya, gambar produk adalah sangat mudah untuk diperolehi secara online, dengan bantuan enjin carian google, namun saya amat menyarankan supaya anda dapatkan gambar produk sebenar dari pihak pembekal.

 

Kalau boleh dapatkan gambar yang ditangkap sendiri menggunakan kamera, dan bukannya macam gambar yang kat sebelah ini. Ini ialah gambar model untuk produk tersebut. Memang nampak lebih cantik, namun gambar yang diambil sendiri menggunakan kamera nampak lebih realistik.

 

Laman web apa yang boleh digunakan bagi tujuan mempromosikan produk? Sebenarnya ia terpulang kepada anda. Setiap orang pasti mempunyai strategi yang berbeza. Ada orang suka upload gambar produk yang dijual di laman blog, ada yang suka guna instagram, dan ada juga yang suka guna twitter. Sebenarnya kalau anda nak guna semua sekali pun tak ada masalah.

[Read more…]

Filed Under: Bisnes Dropship Tagged With: bisnes dropship, buat duit dengan dropship, cara buat duit dengan dropship, konsep bisnes dropship

Petua elakkan masalah apabila menjalankan bisnes dropship

June 7, 2016 by sabree hussin Leave a Comment

Adakah bisnes drophsip adalah satu model perniagaan yang bermasalah? Bisnes apa yang tak ada masalah? Saya rasa hampir kebanyakkan atau mungkin semua bisnes ada masalahnya tersendiri. Tak ada bisnes yang perfect 100% dan langsung tak ada masalah. Begitu juga bisnes dropship. Kali ini saya nak cerita tentang masalah bisnes dropship.

 

Lain perniagaan lain ragamnya. Kita ambik contoh perniagaan produk kesihatan dan kecantikkan misalnya. Perniagaan dalam bidang ini merupakan satu perniagaan yang sangat menguntungkan. Terdapat banyak prospek yang bersedia untuk membayar sebarang harga untuk jadi cantik. Walaupun begitu, persaingan dalam bidang ini juga sangatlah sengit.

 

Ada macam-macam produk direka dan dicipta bagi menyelesaikan masalah yang sama. Contohnya masalah kulit berjerawat. Lihat sahaja di pasaran, terdapat terlalu banyak produk yang dikatakan mampu untuk menyelesaikan masalah kulit jerawat dengan pantas. Ada yang ambil masa 3 hari, 5 hari, seminggu dan macam-macam lagi tawaran. Semuanya bertujuan untuk menarik perhatian prospek untuk beli produk tersebut.

masalah-bisnes-dropship

Jadi, rasanya baik kita terima hakikat bahawa bisnes dropship juga tidak terkecuali. Sooner or later, anda akan hadapi masalah juga. Namun, anda tak perlu tunggu ditimpa masalah, barulah nak cari jalan penyelesaiannya. Apa kata, anda ambil beberapa langkah seperti yang saya bakal cadangkan dalam perkongsian kali ini sebelum mulakan bisnes dropship secara lebih serius.

[Read more…]

Filed Under: Bisnes Dropship Tagged With: buat duit dengan dropship, masalah bisnes dropship, tips bisnes dropship

Kelemahan menjalankan bisnes menggunakan Konsep Dropship

June 2, 2016 by sabree hussin Leave a Comment

Kalau sebelum ni saya dah cerita tentang kelebihan menjalankan bisnes menerusi konsep dropship, kali ni saya nak cerita tentang kelemahan pula. Ya, kelemahan bisnes dropship. Tak kisah apa jenis bisnes sekalipun, walau banyak macam mana kelebihan yang ada sekalipun, ia tetap ada sisi lain, yang kita namakan sebagai sisi kelemahan.

Baca juga: Kelebihan menjalankan bisnes menggunakan Konsep Dropship

 

Akhirnya terpulang kepada anda, sama ada nak fokus pada kelebihan bisnes dropship atau kelemahan bisnes dropship itu sendiri. Tahniah saya ucapkan buat mereka yang tetap menjalankan bisnes dengan cara ini, walaupun mereka tahu konsep bisnes dropship ada kelemahannya. Saya kira, individu seperti itu pastinya telah mengambil langkah berjaga-jaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan yang bakal mendatang.

 

Baiklah, saya rasa kalau setakat nak cerita yang negatif, semua orang boleh buat. Jadi dalam post ini, disamping saya nak bincangkan hal-hal yang negatif dan berbahaya tentang bisnes dropship, saya juga akan cadangkan beberapa perkara yang mungkin anda boleh lakukan bagi menangani masalah-masalah yang bakal dibincangkan. Ok tak?

 

Mungkin dari beberapa idea yang saya kongsikan ni, ada yang makes sense dan anda dapat praktikkan untuk membantu perjalanan bisnes anda. Baiklah jom!

mudahnya-bisnes-dropship

Ini dia kelemahan bisnes menggunakan sistem dropship yang anda perlu tahu.

[Read more…]

Filed Under: Bisnes Dropship Tagged With: buat duit dengan dropship, cermin mata terapi ibnu sina, kelebihan bekerja dari rumah, kelebihan bisnes dropship, kelemahan bisnes dropship

Kesilapan pertama dalam berniaga produk fizikal online: Tidak menggunakan konsep bisnes dropship

March 29, 2016 by sabree hussin Leave a Comment

Bercakap tentang kesilapan dan tersalah langkah semasa awal-awal nak mula berniaga secara online. Saya rasa semua orang yang berniaga secara online, mesti paling kurang pernah buat kesilapan sekurang-kurangnya sekali.

 

Percubaan untuk kali pertama nak jual barang-barang fizikal secara online. Pada waktu tu, kalau tak silap saya adalah sekitar tahun 2011. Pada masa tu, konsep bisnes dropship masih lagi agak asing kat negara kita. Silap-silap, pada waktu tu kalau sebut je istilah bisnes dropship, ramai yang tak pernah dengar apa benda sebenarnya bisnes dropship ni. [Buat duit dengan Dropship: Panduan menjana pendapatan dengan dropship]

 

Jadi pada waktu tu saya mula hasilkan pelan perniagaan saya sendiri. Saya pilih niche hobi dan permainan. Lama jugak masa yang saya ambik untuk buat kajian, niche apa yang paling sesuai untuk saya ceburi. Akhirnya saya pilih niche permainan.

drone-murah-online

 

Saya mula kunjungi kedai-kedai yang menjual barangan permainan. Antaranya saya pergi ke Tesco, Toy R Us, dan lain-lain kedai yang menjual permainan. Apa yang ada dalam kepala saya pada waktu tu ialah, saya nak beli mainan dengan harga yang murah (selepas minta diskaun) kemudian nak jual di pasaran antarabangsa menerusi platform ebay.

 

Walaubagaimanapun, kisah ini berakhir dengan satu unit pun tak berjaya dijual! Ya, saya RUGI. Ada beberapa perkara yang buatkan saya rugi dan bakal rugi, hingga akhirnya saya ambil keputusan untuk tidak teruskan menjual barangan di platform ebay.

 

Pertama sekali, paltform ebay ni berbayar. Kalau kita nak list barang kat ebay kita akan di caj yuran listing. Kemudian, bila ada orang beli, ebay akan caj lagi untuk caj pembelian. Kemudian ada lagi beberapa yuran yang saya sendiri pun tak ingat.

 

Memang stress.

 

Gagal dalam percubaan pertama, tak kan tak stres pulak haha. Modal dah keluar, alih-alih barang tak boleh nak jual pulak. Satu lagi kecacatan besar yang saya terlepas pandang dengan strategi saya ni ialah dari segi harga yang saya perolehi untuk dapatkan stok mainan.

 

Harganya masih lagi MAHAL.

 

Pengurangan harga yang saya perolehi pun tak sebanyak mana. Sekitar RM2 – RM3 sahaja. Bayangkan, punyalah susah nak hasilkan jualan, tetapi bila dapat jualan, untung pulak tak seberapa. Masa yang diperlukan untuk hasilkan jualan memang sangatlah tak berbaloi dengan pulangan yang bakal diperolehi.

 

Masa ni konsep affiliate bagi menjual produk-produk fizikal masih lagi agak kurang.

lazada-logo

Seingat saya, Lazada pun masih belum ada lagi tawarkan program affiliate.

 

Kebanyakkan peniaga yang menjual produk fizikal, masih belum lagi menggunakan kuasa internet dengan sepenuhnya untuk memasarkan produk masing-masing. Idea untuk menjual produk fizikal menggunakan platform affiliate dilihat kurang menguntungkan.

 

Apa tidaknya, dengan peratus keuntungan sekitar 3% – 12% sahaja untuk produk yang terjual, siapa yang nak? Pada tahun tersebut juga, rakyat Malaysia masih ramai lagi yang belum ada akaun internet banking, tak ada kad kredit, tak ada kad debit dan sebagainya.

 

Kalau mereka ada kesemua kemudahan-kemudahan pembayaran ini pun, masih ramai yang tak berani nak buat transaksi secara online. Tapi itu cerita dulu-dulu.

 

Buat-Duit-Dropship-panduan-menjana-pendapatan-dengan-dropshipSekarang ni, kalau saya nak buat bisnes menjual produk fizikal, saya akan cari dulu supplier yang boleh tawarkan konsep bisnes dropship.

 

Sama ada saya akan buat bisnes gaya dropship ataupun gaya affiliate.

 

Kedua-dua ini adalah konsep yang tak begitu sukar untuk dijalankan. Sekiranya disuruh buat pilihan, antara dropship dengan affiliate, saya akan pilih affiliate.

 

Dengan program affiliate, saya hanya perlu fokus pada pemasaran sahaja. Tak perlu pening-pening kepala nak buat kerja-kerja support dan sebagainya. Cukup dah sekadar promosikan link tempahan sahaja.

 

Jika anda nak belajar dengan lebih lanjut tentang bisnes dropship, boleh juga baca panduan ini. Tajuknya Buat duit dengan dropship.

 

Jadi kesimpulannya, jika anda baru nak bermula berniaga secara online, jangan terlalu cepat sangat nak simpan stok nak ada produk sendiri. Kalau masih baru ni, ia masih lagi dalam fasa percubaan. Cuba dulu, tengok dulu macam mana permintaan dan sambutan dari prospek.

 

Kalau memang bisnes letup-letup, baguslah untuk anda simpan stok. Kalau tak… saya rasa anda lebih baik guna je konsep bisnes dropship untuk lindungi diri anda daripada risiko kerugian dan stok tak terjual.

 

 

Filed Under: Pemasaran Internet Tagged With: bisnes dropship, buat duit dengan dropship, konsep bisnes dropship

Dilema Agen Dropship & Masalah Perang Harga

January 10, 2014 by sabree hussin 5 Comments

Saya masih ingat lagi, satu masa dulu, ada dua produk yang pernah popular dan sering menjadi rebutan buat mereka-mereka yang ingin mendapatkan kesan pelangsingan badan dengan cepat. Dua produk tersebut ialah

1. Losyen Felinna Inch Loss, dan

2. Pil kuruskan badan, Figure up

 

Kali terakhir saya dengar, pil figure up ini bermasalah dari segi kandungan dan ada isu dengan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia. Masa tu saya aktif menjual dua produk ini sebagai agen dropship, namun setelah keluar berita yang kurang elok tentang produk ini, saya terpaksa hentikan kerja-kerja pemasaran.

konsep perniagaan dropship

Adakah benar pil Figure Up ini tak selamat untuk diambil? Jujurnya saya TIDAK TAHU. Penjelasannya begitu teknikal dan penuh dengan nama-nama yang saya juga kurang familiar. Senang cerita, ia bukannya bidang saya. Kalau bincang tentang istilah dan terma kewangan, atau hal-hal berkaitan dengan pemasaran dan perniagaan internet, bolehlah saya faham tanpa ada sebarang masalah.

 

Apapun, saya anggap ini semua sebagai satu lumrah perniagaan barangan kesihatan dan kecantikkan. Niche ini memang ada potensi untuk hasilkan pulangan yang lumayan, namun risikonya ialah, apabila ia beri kesan negatif pada penggunanya, ia boleh menyebabkan satu Malaysia tolak produk ini.

 

Pada waktu tu, bukan saya seorang yang jual produk ini. Ada ramai lagi. Kalau buka FB, rasanya tak sah kalau tak jumpa iklan dua produk ini.

 

Sekejap-sekejap keluar iklan tentang Figure up, tak lama lepas tu jumpa pulak iklan tentang Felinna.

 

Macam mana pulak dengan harga? Pelbagai. Ya. Ada yang jual murah. Ada yang jual mahal.

 

Ada yang jual murah, tapi harga tak termasuk pos. Bila buat kira-kira semula, harga sama je dengan yang mahal.

Ada yang jual mahal, tapi ada pakej free delivery siap dengan free gift lagi. Kemudian mereka akan claim yang produk mereka jual adalah ORIGINAL! Secara tak langsung ini beri gambaran seolah-olah yang jual murah tu sebab jual barangan tak original!

 

Masing-masing ada keistimewaan dan kelebihannya yang tersendiri. Sebagai pelanggan, nak pilih yang mana? Yang murah, atau yang servis baik punya?

 

Pesan guru pemasaran saya,

… jangan bersaing dalam bab harga.

 

Peniaga A jual murah. Peniaga B jual murah sikit dari peniaga A. Tiba-tiba kita masuk ke pasaran yang sama, terus open satu harga yang lebih murah dari peniaga A dan peniaga B. Bunuh pasaran ni namanya. Satu kaedah meniaga yang tak sihat. Yang peliknya, ramai pulak tu yang buat macam ni. Lagi produk tu tak laku, lagi murah dia jual.

 

Walaupun kita menang dalam kategori harga terendah, kita tetap kalah dalam persaingan yang kita sendiri reka.

Peniaga A mungkin dah ada pelanggan mereka sendiri.

Peniaga B pun mungkin sama juga. Dia dah ada pelanggan sendiri.

 

Kita andaikan, kedua-dua peniaga A dah letakkan margin keuntungan yang mereka sasarkan iaitu RM20 untuk satu produk. Kita pulak, disebabkan nak menang, dengan harapan akan dapat customer yang ramai, kita sanggup compromise dan hanya ambil untung RM5 sahaja untuk setiap barang yang terjual.

 

Kerja kita sebenarnya sama banyak dengan kerja-kerja yang perlu dilakukan oleh peniaga A dan B. Bezanya, untuk setiap jualan yang terhasil, mereka dapat untung RM20, kita pulak hanya dapat RM5.

 

Tak berbaloi.

 

Kalau tak bersaing dalam bab harga, macam mana? Macam mana kita nak bersaing dengan orang lama dalam industri yang sama yang kita berada sekarang?

 

Ada banyak lagi ruang untuk kita bersaing. Bersainglah dari segi servis. Sebagai contoh

1. Servis penghantaran percuma

2. Complimentary Free Gift

3. Jaminan kepuasan (satisfaction guarantee)

4. Money back guarantee

5. After sales support

 

Daripada pemerhatian saya, point nombor 1 hingga nombor 3 adalah perkara biasa.

 

Yang luar biasanya ialah apabila ada yang berani offer money back guarantee (jaminan pulangan wang) dan juga after sales support. After sales support ni saya masih jarang jumpa. Akan dibincangkan lebih mendalam dibawah.

 

Orang yang buat dropship, ramai yang tak berani nak bagi money back guarantee.

 

Perbualan kat bawah ni biasa berlaku antara saya dengan kenalan yang buat dropship, yang minta pendapat tentang bisnes yang mereka buat.

==============================

“… sebelum kita sembang panjang, boleh saya tau mana awak dapat supply produk-produk yang awak jual ni? Awak buat dropship ke atau beli sendiri then simpan stok?”

 

“Saya buat dropship je, tak ada modal la nak beli sendiri, nak simpan stok, lagi pun risiko dia besarlah… Kang tak terjual nanti macam mana…”

 

“Kalau buat dropship, kenapa tak offer money back guarantee?”

 

“Mana boleh offer money back guarantee. Produk ni untung dia pun baru berapa. Kang elok-elok saya nak buat duit, tiba-tiba jadi kena keluar lagi banyak duit pulak…”

==============================

Tujuan kita offer money back guarantee bukan sebab nak beri peluang kepada customer untuk mintak balik duit dia suka-suka hati. Bukan macam tu. Peranan money back guarantee adalah sebagai pelincir yang melancarkan proses jualan. Bila ada money back guarantee, pelanggan jadi lebih yakin dan tak teragak-agak untuk bank in duit ke akaun kita.

 

Itu yang kita mahukan.

 

Jangan risau la. Sepanjang saya buat dropship, tak pernah lagi customer mintak balik duit dia. Paling teruk pun, diorang akan mintak tukar barang, sebab barang yang dia dapat kurang sempurna.

 

Kalau mereka mintak balik duit sekalipun tak ada masalah. Kita anggap je la duit yang kita kena keluarkan untuk refund duit customer tu sebagai modal perniagaan kita. Walaupun orang kata dropship ini perniagaan tanpa modal, TAPI, janganlah sampai kita tak siap sedia dengan modal langsung.

 

Kita berani jual barang dekat customer, kita jugak kena berani tanggung kalau ada apa-apa masalah yang akan timbul.

 

Dari perspektif saya sebagai penjual, saya berani rekemen sesuatu produk dan berani buat marketing untuk sesuatu produk sebabnya saya yakin

1. Produk tu berguna

2. Produk tu bagus

3. Supplier saya mampu untuk deliver produk tu dalam keadaan yang baik

 

Manakala dari perspektif pembeli pula, mereka sanggup untuk buat pembelian kerana

1. Mereka nak/mahu/ingin/perlu produk tersebut

2. Mereka yakin kita memang boleh dipercayai

3. Mereka nak mencuba sesuatu yang baru dan ambil risiko (calculated risk)

 

Ini melahirkan satu situasi menang-menang antara kita sebagai penjual, dan juga pelanggan kita. Money is not an issue.

 

Kat Malaysia ni, teruk macam mana pun servis yang diterima oleh pelanggan, majoritinya lebih suka ambik pendekatan …

… ala tak pe la.

… kali ni kita bagi peluang, esok lusa jangan harap aku nak order dengan dia lagi

 

My point is, amat jarang untuk mereka minta refund, lebih-lebih lagi bila kita dah letakkan syarat siap-siap, kalau nak mintak refund

1. Mula-mula kena ambik gambar produk yang diterima kemudian emel pada kita gambar tersebut

2. Balut elok-elok produk tersebut dan hantarkan semula pada kita

3. Kos penghantaran adalah ditanggung oleh pembeli

4. Setelah produk sampai pada kita, barulah kita refund

 

Ingat pembeli nak buat macam tu? Leceh. Jangan harap mereka akan buat. Mungkin daripada 100 orang, akan ada seorang je yang buat macam tu. Oh saya bukan bagi anda idea untuk jual barang reject ye. Jangan salah faham pulak.

 

Bagaimana pula dengan situasi kalau produk tersebut adalah produk yang perlu makan? Bagaimana caranya nak ofer money back guarantee jika produk tersebut tidak sesuai dan tidak berkesan? 

 

Apa yang saya faham, setiap orang akan beri kesan dan reaksi yang berbeza-beza terhadap sesuatu produk. Ada sesetengah orang dia akan terus nampak kesannya, dan ada juga yang langsung atau lambat nampak kesan. Jadi? Untuk produk jenis perlu makan, pelanggan tu tadi perlulah tunjukkan BUKTI bahawa dia memang makan produk tersebut. Makan ikut jadual, dan ikut tips-tips berkaitan, seperti banyak minum air dan sebagainya.

 

Tak adil lah kan, kalau pelanggan sendiri tak makan produk tu, tak ikut peraturan makan, tiba-tiba dia claim yang produk dia beli tu tak berkesan!

 

Sekarang saya nak sentuh mengenai servis after sales support.

 

Daripada 10 pelanggan yang kita dapat, belum tentu kesemua sepuluh orang ini betul-betul faham cara menggunakan produk yang mereka beli. Lepas beli, kalau ada masalah mereka nak tanya pada siapa? Dekat mana mereka nak buat rujukan?

 

Ketakutan pembeli bukanlah hanya ketika hendak membeli sahaja, malahan, setelah pembelian dilakukan, mereka masih lagi menyimpan perasaan takut.

 

Jadi, apa kata kita lenyapkan ketakutan tersebut dengan menawarkan after sales service kepada pembeli-pembeli produk kita. Caranya?

 

Sediakan group khas yang mereka boleh sertai. Kita namakan group tersebut sebagai group support. Gunakan skrip ini jika bersesuaian dengan situasi dan perniagaan anda.

Terima kasih kerana puan sudi berurusniaga dengan saya. Bagi memastikan puan mendapat layanan yang terbaik, saya ingin jemput puan untuk sertai group berikut >> [nama group anda]

Sekiranya puan ada sebarang pertanyaan tentang produk atau apa sahaja, team saya dengan senang hati akan bantu puan.

Saya juga menyediakan voucher diskaun, khas untuk ahli sahaja bernilai RM100 untuk ahli baru yang menyertai group tersebut

 

Lepas pelanggan kita dah join group kita tu nanti, apa akan jadi? Dia akan selalu kacau kita ke? Dia akan tanya macam-macam ke? Dia akan susahkan hidup kita?

 

Jawapannya, tidak. Mereka tak akan susahkan kita, malah akan lebih memudahkan kita.

 

Kita mudah nak keep in touch dengan mereka. Kita juga mudah untuk build relationship dengan mereka. Paling penting, kita mudah untuk promosikan sebarang produk baru kepada mereka. Pernah dengar kan…

“Menjual kepada pelanggan sedia ada adalah lebih mudah berbanding menjual kepada pelanggan yang kita tak pernah berurusan.”

 

Dalam hal ini, anda pasti tak menyangka, customer yang selama ni cuma beli kain dari anda, bila anda dah masukkan mereka dalam satu group khas yang menghimpunkan produk-produk lain yang turut dijual, mereka juga akan shopping untuk beli produk lain.

 

Anda tak tau macam mana nak create group? Mudah sahaja. Kalau saya secara peribadi, saya akan syorkan anda buat group di Facebook. Buat sahaja Facebook Group. Kalau tak tau nak buat macam mana, boleh rujuk panduan yang saya tulis ni.

 

Saya lebih suka FB Group sebab ianya lebih mudah untuk dikawal dan kita boleh kawal posting dari ahli lain. Kita boleh tapis apa jenis post yang akan keluar di wall group kita. Ini bermakna, ahli lain tak boleh dengan sewenang-wenangnya buat spam dalam group kita seperti mana yang kerap berlaku dalam group whatsapp.

 

Kalau group whatsapp, sesetengah orang selama je promosikan produk dia dalam group yang kita bina. Ianya juga agak sukar untuk dikawal.

 

Terima kasih kerana membaca artikel ini. Semoga perkongsian ini bermanfaat.

 

 

[hcshort id=”5″]

 

 

Filed Under: Bisnes Dropship Tagged With: agen dropship, bisnes dropship, buat duit dengan dropship

Visondata pocket WiFi

Sabreehussin dot com

Recent Posts

  • Senarai kerja popular untuk pelajar lepasan SPM dan yang baru menamatkan pengajian di universiti
  • Memilih topik yang sesuai bagi memulakan projek buat duit dengan blog
  • Cara buat pembelian emas Public Gold menerusi Akaun Emas GAP
  • Panduan membeli belah di platform ecommerce PG Mall
  • Senarai 50 kerja yang boleh dilakukan ketika Pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP)

Recent Comments

  • sabree hussin on Mesej ini khas untuk mereka yang mencari Pendapatan Sampingan
  • sabree hussin on Program Affiliate Bookcafe: Bagaimana nak mula jana pendapatan online?
  • Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai - Sabree Hussin Dot Biz on Panduan buat duit dengan blog dari pengalaman sebenar
  • Kerja sambilan dari rumah yang boleh dipercayai - Sabree Hussin Dot Biz on Apa sebenarnya bidang kerja seorang blogger?
  • Buat bisnes menggunakan Whatsapp sahaja - Bagus ke? Apa kelemahannya? - Sabree Hussin Dot Biz on Panduan membeli belah di platform ecommerce PG Mall

Categories

  • Advertorial
  • Agama
  • Banding Hotels
  • Bekerja dari rumah
  • Bisnes Dropship
  • Bisnes Network Marketing
  • Blogging
  • Buat Duit Online
  • Buku & Bahan Bacaan
  • Copywriting
  • Forex
  • Generasi Warisan Prihatin
  • Idea Bisnes
  • Isu Pelajar
  • Jobdirumah
  • Karier & Kerjaya
  • kedai runcit
  • Kerjaya Freelancer
  • Kerjaya Penulis
  • kewangan
  • Komisyen Affiliate
  • Kucing
  • Madu Sunnah
  • Onexox
  • Panduan Blogging
  • Panduan Buat Duit Online
  • Panduan Dominasi FB Group
  • Pelaburan Emas & Perak
  • Pelaburan Forex
  • Pelaburan Hartanah
  • Pelaburan Saham
  • Pemasaran Affiliate
  • Pemasaran Blog
  • Pemasaran Emel
  • Pemasaran FB
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Powergold
  • Produk
  • Program Affiliate
  • Public Gold
  • Review
  • Servis Advertorial
  • Sistem Jualan PRO
  • Sketsa Hidup
  • Tanya Sabree Hussin
  • Tempat Penginapan
  • Travelog
  • Tune Talk Tone Excel
  • Uncategorized

Copyright © 2021 · News Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in

Jana RM1,250 dengan Shopee secara PART TIME!
Maklumat Lanjut