Tahun 2014 ini merupakan tahun kelima saya bergiat secara aktif dalam bidang penulisan blog.
Lima tahun lepas saya teruja untuk menceburi bidang ini kerana potensi pendapatannya yang tiada had. Hingga sekarang ini, macam-macam yang saya dah lalui, dan sedikit sebanyak membuka mata saya untuk menulis dengan lebih serius lagi.
Menulis dalam blog personal
Saya memang tak berapa pandai nak menulis dalam niche tertentu. Sebab tu anda boleh lihat, kebanyakkan blog yang saya ada, semuanya dalam niche personal. Mungkin ada dalam kalangan pembaca yang tertanya-tanya, apa yang dimaksudkan dengan blog niche personal?
Dalam blog niche personal, lazimnya seseorang penulis blog tu akan menceritakan hal-hal yang berkaitan dengan dirinya. Blog personal tidak begitu susah untuk dihasilkan. Lagipun, kita akan cerita hal-hal yang berkaitan diri kita sendiri sahaja, sebagai contoh
- Kemana kita pergi bercuti baru-baru ni?
- Restoran apa yang kita pergi untuk menjamu selera?
- Homestay atau resort mana yang kita check in minggu lepas?
- Apa pendapat atau pandangan kita tentang sesuatu isu, perkara atau masalah?
- Apa buku yang kita baca?
- Apa produk penjagaan kulit wajah yang kita beli?
Seperti yang anda dapat lihat dalam arkib blog ini, ada macam-macam topik yang saya longgokkan dalam satu blog. Ada tips pemasaran, tips blogging, tips kerjaya dan macam-macam lagi. Kadang-kadang, saya ni jenis yang menulis ikut mood juga. Sebab tu rata-rata blog niche yang saya hasilkan banyak yang GAGAL.
(Mungkin saya patut kata… belum berjaya instead of gagal, sebab mana tahu in future saya akan berjaya hasilkan sebuah niche blog dengan jayanya. In Shaa Allah)
Cabaran memulakan blog niche tertentu…
Anda perlu tahu, adakah sesuatu niche itu menguntungkan?
Let say, anda pilih untuk menghasilkan blog dalam niche kereta. Bermakna, anda perlu FOKUS untuk menghasilkan konten blog anda yang berkaitan dengan kereta sahaja.
Bagi menentukan sama ada sesuatu niche itu menguntungkan atau tidak, beberapa perkara anda perlu lihat seperti
1. Ada produk untuk dipromosikan – Apakah terdapat produk yang menawarkan program affiliate yang ada kaitan dengan niche yang anda sedang tulis? Atau jika tidak, adakah produk tertentu yang anda boleh jual melalui blog anda nanti?
2. Topik yang luas dan boleh dikembangkan – Adakah topik tentang kereta ini topik yang luas atau terhad? Cari topik yang sentiasa berkembang supaya kita tak kehabisan idea untuk menulis.
3. Adakah anda mempunyai minat dan pengetahuan yang mendalam tentang sesuatu niche – Melainkan anda ada bajet untuk upah penulis, ini bukan satu masalah. Namun, rata-rata pemilik blog tak memiliki sumber yang besar untuk mengupah penulis bagi menghasilkan artikel yang berkualiti. Lebih baik tulis topik yang memang kita minat dan pada masa yang sama kita memang pakar dalam topik tersebut.
4. Ada orang sanggup berbelanja dalam niche yang anda pilih – Bukan semua niche yang anda pilih menguntungkan. Sesetengah niche, orang tak perlu keluar duit langsung, sebab boleh dapat percuma. Cuba lihat disekeliling anda, ada atau tidak bisnes yang dijalankan yang berkaitan dengan topik yang bakal anda tulis dalam blog.
Walaupun blog ini adalah blog personal, ia tak menghalang saya daripada menghasilkan pendapatan menerusi program affiliate yang saya sertai.