Platform Shopee bukanlah satu platform yang asing bagi kita semua.
Ramai orang kenal Shopee sebagai tempat untuk shopping barang murah.
Sama ada nak shopping alat tulis, buku novel, barang rumah, makanan ringan, sampailah ke peralatan elektrik, barangan komputer dan pelbagai lagi.
Mungkin anda pernah tengok iklan barang tertentu, yang anda rasa minat nak beli.
Tapi sebelum nak terus buat pembayaran, anda akan buka dulu apps Shopee untuk semak harga, berapa banyak penjimatan yang anda boleh dapat kalau beli melalui platform ini.
Biasalah.
Sebagai pengguna bijak, kita mesti nak buat perbandingan harga dulu sebelum buat pembelian, kan?
Tapi sedarkah anda, Shopee bukan sekadar tempat untuk membeli-belah semata-mata?
Ia juga merupakan sebuah platform yang cukup berpotensi untuk bantu kita jana pendapatan tambahan.
Ramai yang mencari peluang untuk menambah pendapatan tanpa menggangu kerja hakiki.
Bagi yang masih belum ada kerja dan belum ada pendapatan sendiri, mereka juga tercari-cari lubuk untuk buat duit.
Dan Shopee adalah antara pilihan yang mudah untuk anda pertimbangkan.
Kenapa platform Shopee?
Ada banyak kaedah yang kita boleh cuba untuk menghasilkan pendapatan.
Kali ini kita akan fokuskan perbincangan kita pada platform Shopee.