Kebiasaannya, setiap tahun saya akan buat sekurang-kurangnya 5 – 10 blog yang baru. Itu minimum. Jumlah sebenar mungkin lebih.
Oleh sebab saya menggunakan servis percuma, untuk bina blog, sama ada menggunakan wordpress.com ataupun guna blogspot, jadi saya tak begitu terasa dari segi kos.
Tengok pada keadaan juga. Kalau tiba-tiba saya terjumpa satu niche yang nampaknya ada potensi untuk dikembangkan, boleh buat duit cepat, maka saya akan terus buat blog.
Kalau dulu, saya suka buat blog guna nama domain dan hosting sendiri. Kemudian, tak lama lepas tu, saya dapati, agak susah nak maintain, dan agak mahal kalau kena bayar yuran untuk renew setiap tahun, maka saya tukar pendekatan.
Gunakan platform percuma sudah memadai. Kalau berbicara dari segi performance, sudah tentu blog yang menggunakan domain dan hosting sendiri lebih perform berbanding gunakan yang servis percuma. Bagi mereka yang baru nak mula berblog, saya amat sarankan mula dengan blog berbayar.
Bina betul-betul blog tersebut, dan buat sehabis baik untuk jadikan blog yang pertama tu sebagai “Super Blog”. Bila dah mencapai status super blog, dah biasa dapat komisen affiliate hasil kerja-kerja penulisan artikel pemasaran dekat blog tersebut, dan dah banyak kali dihubungi oleh advertiser untuk buat JV, bolehlah mula buka blog baru.