China bukan sahaja terkenal dengan Tembok Besarnya, tetapi juga merupakan antara negara ekonomi terbesar di dunia sehingga ada yang menggelarnya sebagai “kilang atau syurga dunia”. Lambakan barangan di seluruh dunia yang menggunakan tag ‘Made In China’ membuktikan kuasa ekonominya.
Memborong di China memang nampak mudah, namun tidak semudah itu jika persediaan rapi tidak dibuat. Cukup modal, fasih dalam bahasa mereka mahupun bahasa Inggeris bukan penentu kejayaan anda memborong di sana. Banyak lagi faktor lain yang sering dipandang ringan oleh para pemborong.
Buku ini mendedahkan beberapa faktor yang sering menjadi punca kegagalan memborong di China. Tip-tip memborong turut disertakan sebagai panduan dan yang lebih best, senarai tempat borong mengikut jenis barang juga didedahkan.
Apa pun, pastikan semua keperluan dan persediaan dibereskan sebelum menjejakkan kaki ke China. Takut-takut nanti hasilnya tak seberapa, penat aje yang dapat! – sinopsis buku Borong di China: “Ingat Senang ke?”
Ini dia salah satu buku yang WAJIB anda baca sekiranya anda berhasrat untuk ke Negara China bagi tujuan memborong barangan yang dijual disana untuk dijual semula di negara kita. Buku terbitan Grup Buku Karangkraf Sdn Bhd ini dijual dengan harga RM14 sahaja. Ya, cukup murah dan saya pasti anda mampu untuk mendapatkannya.