TaoBao.com adalah khas untuk pemborong-pemborong kecil yang mahu memborong secara kecil-kecilan. Di TaoBao.com, anda boleh memborong barang dari 5 unit hinggalah kepada beberapa puluh unit. Harganya pula tidak terlalu mahal seperti AliExpress dan juga tidak terlalu murah seperti Alibaba.com.
Jadi ianya “just nice!”. Sangat sesuai untuk pemborong-pemborong kecil mendapatkan bekalan bagi memulakan perniagaan mereka secara kecil-kecilan.
Anda boleh klik link ini untuk pembelian Ebook Borong Di Taobao.
Tip 1 : Cara Selamat Guna Ejen Taobao
Jika anda masih baru dalam urus niaga di Taobao, saya syorkan anda untuk menggunakan ejen sebagai orang tengah. Sebagai orang yang masih baru, ejen diperlukan untuk memudahkan urusan tempahan, pembayaran dan semakan tempahan kita.
Taobao tidak menerima bayaran menggunakan bank tempatan. Sebaliknya apabila kita menggunakan khidmat ejen, mereka boleh menerima bayaran menerusi bank tempatan. Perkhidmatan dari ejen juga memudahkan kita untuk membayar mengikut amaun yang kita beli.
Ejen – ejen taobao juga mempunyai gudang mereka sendiri untuk membuat semakan barang yang kita tempah. Jika ada sebarang kerosakan atau tidak cukup, ejen akan buat tindakan proaktif dengan memberitahu penjual. Proses refund barang boleh dipercepatkan. Jika anda membuat urusan tanpa ejen, selalunya refund barang tidak akan dapat dilakukan.