Adakah anda tahu yang sebenarnya bisnes printing boleh dijalankan oleh sesiapa sahaja, tak perlu pun keluar modal sendiri serta boleh dilakukan hanya dari rumah? Bunyi macam susah nak percaya, kan?
Sabar dulu. Topik inilah yang saya akan ulas satu persatu secara terperinci. Selepas anda habis ikuti perbincangan dalam posting, saya pasti lepas ini anda juga akan dapat beberapa idea dan mampu untuk mulakan bisnes printing anda sendiri walaupun pada ketika ini anda tidak mempunyai sebarang modal yang besar dalam tangan. Apa yang penting ialah anda berani dan ada ilmu yang betul.
Saya faham, agak ramai juga pembaca dan pelawat blog saya ini yang masih lagi tercari-cari cara, macam mana nak mulakan bisnes sendiri, sama ada yang tak perlu keluar duit sendiri sebagai modal atau tanpa perlu keluar modal langsung. Apa kata saya cadangkan anda mencuba bisnes printing.
gambar: www.1stopprinting.com.my
Sebenarnya, sebelum ini saya sendiri hampir-hampir memulakan perniagaan saya sendiri dalam bidang printing atau percetakan. Segala informasi, teknik, strategi, potential klien, kajian pasaran dan juga risiko telah pun saya kaji. Dari maklumat yang saya kumpul, saya nampak bisnes ada potensinya yang tersendiri. Untuk orang yang baru nak bermula, bisnes ini boleh dilakukan tanpa perlu siap sedia dengan modal yang besar.
Namun, atas sebab-sebab tertentu, saya terpaksa tangguhkan dulu hasrat saya nak buat bisnes ni. Takut tak terbuat, lagipun dalam pada masa yang sama, saya juga sedang uruskan bisnes-bisnes saya yang lain.