Rupa-rupanya ada cara yang lebih mudah kalau nak buat duit dalam bidang pelancongan tanpa perlu bersusah payah nak buka ofis, atau nak jadi travel agent. Cumanya mungkin tak ramai yang nak kongsikan cara ni.
Bagi yang dah tahu macam mana caranya pulak, mungkin mereka tak segera jalankan dan bertindak mengikut info yang mereka terima tu. Pada telahan saya, mungkin sebab cara ini tak berapa glamer dan nampaknya agak sukar nak buat duit dengan cepat. Oleh yang demikian, dapatlah saya katakan yang teknik ni sesuai untuk orang-orang yang mampu bersabar dan tak kisah untuk usaha lebih sahaja.
Eh! Bukan ke setiap perkara yang kita mahukan, kita mesti usaha? Ok… anggap je la apa yang saya kata tadi tu tak berapa relevan. Orang-orang yang jenis nak mudah, tak nak susah, dan tak sanggup nak berusaha, tak perlu la baca apa yang bakal saya kongsikan ni. Buang masa je nanti.
Dalam setahun, agak-agaknya berapa kali seseorang tu akan pergi bercuti atau melancong?
Paling kurang pun sekali. Itupun semasa anniversary. Ye la ulangtahun perkahwinan kan setahun je dalam sekali. Jadi, dalam masa 11 bulan bekerja tu, bolehlah kumpul duit sikit-sikit untuk pergi melancong atau pergi bercuti sempena hari ulangtahun. Kalau setiap bulan menyimpan dalam RM200, kan dalam masa 11 bulan tu dah boleh ada simpanan sebanyak RM2,200 untuk pergi bercuti.
Tadi saya kata, yang sebenarnya ada cara untuk kita buat duit dalam industri pelancongan, kan? Baiklah saya telah pun temui beberapa cara, dan beberapa laman web yang dapat bantu kita untuk buat duit dalam bisnes pelancongan, iaitu
(1) Hotels.com
Program affiliate Hotels.com. Ini salah satu cara mudah nak buat duit dalam bisnes pelancongan tanpa perlu susah payah nak jadi travel agent. Daftar sebagai ejen affiliate, dan anda dah boleh mula mempromosikan servis yang ditawarkan oleh laman web Hotels.com ini.