Apa yang seronok sangat dengan berniaga kedai runcit ni?
Adakah anda berminat untuk memulakan dan menguruskan perniagaan kedai runcit anda sendiri?
Jika ini adalah perniagaan pertama anda, apa kata anda luangkan sikit masa untuk baca perkongsian saya mengenai bisnes kedai runcit. Manalah tau, ada satu atau dua poin yang saya bakal highlight dalam post ini akan beri anda serba sedikit panduan.
Masa awal-awal saya buka kedai runcit dulu, selalu juga saya google untuk baca kisah-kisah kejayaan atau kegagalan yang terpaksa dilalui oleh usahawan runcit ni.
Sayang sekali, artikel tentang perkongsian pengalaman kedai runcit ni memang agak terhad.
Mungkin sebab pemilik kedai runcit ni terlalu sibuk menguruskan perniagaan masing-masing sampaikan tak ada masa nak berkongsi cerita tentang perniagaan mereka.
Sejak sekian lama, bisnes kedai runcit ni lebih banyak dipelopori oleh bangsa cina.
Bermula dengan bisnes kedai runcit secara kecil-kecilan, mereka dengan gigih bangunkan perniagaan mereka sehingga menjadi bisnes kedai borong, pasaraya dan sebagainya. Ia bukanlah terjadi dalam tempoh masa yang sekejap.
Ada antaranya yang saya kenal, iaitu salah seorang supplier saya. Perniagaan kedai runcit mereka berkembang merentasi generasi. Perniagaan yang sedang dia jalankan sekarang ni adalah warisan turun temurun zaman nenek moyang dia.
Mungkin pada fikiran moyang mereka pada ketika itu ialah, mereka ingin bina sebuah perniagaan yang boleh dijadikan satu legasi untuk diturunkan kepada generasi akan datang.
Setidak-tidaknya, satu hari nanti anak cucu mereka tak perlu bergantung harap pada orang lain untuk mendapatkan kerja. Teruskan sahaja perniagaan keluarga turun temurun yang telah sedia ada.
Mereka pun mula dengan skala yang kecil.
Modal yang terhad.
Pelanggan tak ramai.
Tetapi, apa yang buatkan mereka ni bagus ialah, mereka bertahan, bersabar dan teruskan survive.