Nak tau tak cara untuk berikan pengalaman penginapan yang terbaik kepada tetamu homestay anda?
Sebelum kita bercerita panjang lebar tentang strategi, mungkin ada baiknya kalau kita berhenti sejenak dan fikirkan dulu persoalan tentang “kenapa kita perlu berikan pengalaman penginapan terbaik kepada tetamu yang datang menginap”.
Selagi kita tak jelas, kenapa kita patut berikan layanan terbaik kepada tetamu yang datang menginap, saya bimbang segala apa yang bakal kita bincangkan nanti, akan jadi sia-sia dan tak ada makna.
Sesetengah pemilik bisnes homestay ini, memang tak fikirkan hal-hal seperti ini. Bagi mereka, hal ini mungkin hanya perkara remeh.
“Kalau nak datang menginap, silakan. Kalau tak nak menginap ditempat kami, terpulang pada kalian.”
Ada orang memang motto perniagaan dia begitu.
Bukan apa, mungkin dia tak nak pening-pening kepala nak fikir lebih-lebih. Apa yang lagi penting, duit masuk.
“If you say no, I say next.”
Boleh jadi bisnes homestay ini bukan perniagaan utama dia.
Pada masa yang sama, dia ada bisnes lain. Atau mungkin ada pendapatan lain. Bisnes homestay ini cumalah bisnes sampingan.
Tapi saya percaya, anda yang baca posting ini bukannya jenis usahawan yang begitu. Anda memang peduli soal kualiti dan kepuasan tetamu yang datang menginap. Jadi, anggaplah perbincangan dan penulisan disini memang saya sediakan khusus untuk anda.