Baru-baru ni saya ada terima emel notifikasi dari pihak Klikjer yang mengatakan pada bulan April 2016 ni, ada dua buah buku elektronik (ebook) baru yang dilancarkan. Memandangkan saya juga adalah salah seorang ejen affiliate yang mempromosikan produk-produk yang dijual menerusi platform klikjer, saya anggap ni sebagai satu berita baik.
Manalah tau, ada peluang nak tambah dan naikkan lagi pendapatan dari platform klikjer ni. Dari pemerhatian dan pengalaman saya, nak buat duit dengan Klikjer ni sebenarnya tidaklah sesukar mana. Nak naikkan income tu yang lebih mencabar. Saya percaya, kalau kita konsisten mempromosikan produk-produk di klikjer setiap hari, setakat nak dapat komisyen RM100 minima tu bukanlah satu perkara yang mustahil.
Ada dua buah ebook baru yang dilancarkan. Ebook pertama berjudul Bisnes Air Balang.
Memandangkan lagi beberapa bulan sahaja lagi umat Islam di seluruh dunia bakal menyambut ketibaan bulan Ramadhan, maka dengan terbitnya ebook Panduan Bisnes Air Balang ni adalah pada masa yang sangat baik.
Kenapa pulak sangat baik?
Lazimnya, masa bulan puasa, bulan raya hinggalah ke selepas hari raya, kita memang akan perlu guna lebih banyak duit berbanding hari-hari lain.
Ada satu perkara yang saya kira cukup ironi. Bulan puasa kan sepatutnya adalah bulannya dimana kita belajar menahan dan mengekang nafsu kita. Namun, kelihatannya ia tak berlaku seperti yang sepatutnya. Tengok sahaja situasi di bazar-bazar ramadhan. Tengok setiap pengunjung yang datang, berapa banyak juadah berbuka puasa yang mereka beli?
Ah… mungkin mereka ni nak bersedekah, ataupun mereka sengaja beli lebih untuk diberikan kepada orang lain. Kan menyediakan juadah untuk berbuka kepada orang yang berpuasa tu besar ganjarannya.
Nafsu bila beli air balang. Lebih-lebih lagi bila ada gerai yang cukup bijak dari segi presentation. Air yang dijual nampak sangat sedap walaupun pada waktu tu, kita tak pernah rasa langsung air tersebut. Yang penting nampak sedap, barulah pengunjung berminat nak beli. Sedap tak sedap itu jatuh perkara nombor dua. Sudah tentu, kalau air yang dijual tu tak sedap, pengunjung yang sama akan beli sekali sahaja. Sebaliknya kalau air yang dijual tu memang cukup sedap, menepati citarasa pembeli, nah… kat situ usahawan air balang tersebut dah berjaya dapat repeat customer yang mungkin akan follow peniaga tersebut tak kira walau dimana dia berniaga.