Selepas menghabiskan masa berjam-jam di airport Kota Kinabalu, akhirnya saya berjaya dapatkan kereta sewa gantian. Kereta sewa ini saya dapatkan dari Borneo Express Rent A Car & Tours Sdn Bhd.
Saya ada cerita macam mana saya terpaksa tunggu berjam-jam di airport sebelum berjaya dapat kereta sewa. Senang cerita, kena tipulah dengan pemilik kereta sewa asal sampaikan saya terpaksa cari kereta alternatif. Rugi masa dan rugi duit kat situ.
Baca juga: Pengalaman percutian ke Sabah (4) – Kereta sewa di Sabah
Apa pun, perjalanan kena diteruskan. Ada cabaran sikit-sikit tu biasalah kan. Untuk isi masa sambil tunggu kereta, maksud saya untuk isi masa selama hampir 4 jam yang dah terbazir tu, saya pusing keliling airport KK.
Kat dalam airport KK ni juga ada kedai-kedai yang menjual kuih cincin, amplang dan lain-lain makanan tradisi. Tapi saya tak berapa galakkan anda beli disini, sebabnya ada tempat lain yang kita boleh dapat harga lebih rendah. Itu saya akan ceritakan kemudian.
Perjalanan dari KK nak ke Kundasang tidaklah sesukar mana. Maksud saya, tak susah nak cari jalan.
Buat yang tak berapa yakin tu, siap sedialah dengan GPS.
Saya tak berapa galakkan anda guna Waze. Sambungan internet di Sabah, terutama selepas nak masuk Tamparuli menuju ke Kundasang tidak berapa baik. Jadi lebih selamat kalau ada GPS yang guna satelit macam Papago ni.
Kalau anda nak GPS yang murah dan bagus, bolehlah klik pada link ini.
Rumah Terbalik – The Upside Down House of Borneo dan 3D Wonder Museum
Dalam perjalanan menuju ke Kundasang, selepas dapat kereta sewa, kami singgah di Rumah Terbalik dulu.
Bila baca blog orang lain, rasanya macam tak complete kalau tak singgah ke rumah terbalik ni. Di lokasi yang sama, juga ada 3D Wonder Museum.
Kat bawah ni saya sempat ambik gambar senarai bayaran yang dikenakan untuk masuk ke Rumah Terbalik.