Sekiranya anda menjalankan perniagaan online anda sendiri, saya pasti anda pernah dengar istilah SEO. SEO ini merupakan singkatan bagi Search Engine Optimization. Memandangakan sebutan bagi istilah ni agak panjang, jadi kita akan gunakan singkatan bagi SEO sahaja.
Jadi pada hari ini, saya nak ajak anda semua untuk bincang-bincang tentang SEO. Saya akan cuba dengan sebaik mungkin untuk beri penerangan ringkas supaya konsep SEO ini tidak kelihatan begitu janggal dan nampak complicated.
Saya akan mulakan dengan bertanyakan soalan mudah.
“Dari mana anda memperolehi pelanggan yang membeli produk yang anda niagakan atau promosikan?”
Dah dapat jawapannya? Fikirkan ya. Pegang dulu jawapan anda.
Beberapa tahun kebelakangan ini, sekitar tahun 2009 macam tu, teknik SEO merupakan salah satu teknik paling popular untuk dapatkan prospek dan pelanggan untuk sesuatu perniagaan yang dijalankan secara online.
Pada masa tu, laman media sosial yang popular ialah friendster, myspace, tagged dan lain-lain lagi. Kewujudan laman media sosial seperti ini pulak hanya menarik minat golongan remaja.