Perang khaibar. Peristiwa perang khaibar ini tercetus antara tentera Muslim dengan pasukan Yahudi.
Dalam catatan sebelum ini, saya juga pernah menulis tentang buku yang menceritakan mengenai perang Khaibar yang berjudul
Alhamdulillah, kali ini saya berpeluang untuk membaca satu lagi bahan bacaan yang menarik yang berkisarkan tentang Perang Khaibar.
Bezanyanya pada kali ini ialah, dalam buku ini kita dapat pelajari banyak poin-poin penting yang berlaku semasa atau sepanjang Perang Khaibar terjadi.
Maka memang sesuailah buku ini diberi judul Belajar Dari Perang Khaibar.
Saya syorkan anda baca dulu buku yang ditulis oleh dulu sebelum baca buku ni. Dari segi gaya penulisan dan penceritaan, saya memang tabik cara penulisan beliau.
Buku Belajar Dari Perang Khaibar ni saya beli dah agak lama. Tapi baru sekarang saya ada kesempatan nak baca. Itupun sebab saya tergerak hati nak baca buku ni sebab saya dah baca buku tentang Penaklukkan Kota Khaibar. Selepas baca buku tu, barulah jelas apa sebenarnya perkara-perkara penting sepanjang berlakunya Perang Khaibar dan bagaimana kita sebagai umat Muhammad dapat belajar daripada peristiwa yang pernah terjadi.