Zaman sekarang memang agak sukar kalau nak bergantung kepada satu sumber pendapatan sahaja. Sejak Covid-19 mula menyerang negara kita, dari situ ramai yang mula sedar bahawa kita tak boleh hanya berharap pada satu sumber income semata.
Ada banyak premis perniagaan yang diarahkan tutup. Ada ramai pekerja yang hilang pekerjaan dan para peniaga kecil yang tak dibenarkan untuk berniaga. Sudah pasti, pendapatan mereka terjejas dengan begitu teruk.
Saya juga terkesan dengan Covid-19. Salah satu sumber pendapatan saya yang datangnya dari sektor pelancongan terputus terus. Langsung tiada income dapat dijana dari situ.
Mujurlah saya masih ada lagi income lain, seperti income dari program affiliate, program pengiklanan dan juga bisnes ecommerce. Walaubagaimanapun saya tetap merasakan kedudukan kewangan saya masih belum betul-betul kukuh dan saya masih perlu dapatkan lagi sumber pendapatan lain, atau mulakan bisnes lain.
Tiba-tiba dengan tak disangka-sangka, peluang yang saya cari muncul didepan mata. Pada satu hari, saudara Afyan telah memperkenalkan syarikat yang beliau sertai dan dari situ bermula perjalanan saya dalam bisnes ini.
Perkongsian ini adalah mengenai peluang bisnes bersama syarikat Atomy, dan kenapa saya tertarik untuk jadi pengguna dan kemudian memilih untuk jadi distributor. Atomy ini adalah syarikat yang mengamalkan konsep pemasaran berbilang peringkat atau Multi Level Marketing. Kalau anda alergik dengar perkataan MLM, boleh tinggalkan sahaja halaman ini.
Namun, jika anda adalah seorang yang rasional, dan tak menolak sekiranya dibentangkan peluang bisnes yang SAH, maka bolehlah teruskan pembacaan dengan minda yang terbuka. Untuk permulaan, saya nak share kenapa saya pilih untuk join syarikat ini.
[1] Penyertaan ke dalam bisnes Atomy adalah percuma
Ya, tiada sebarang bayaran untuk sertai perniagaan ini.
Bagi mereka yang sama seperti saya, selalu mencari-cari peluang perniagaan yang boleh dilakukan tanpa perlu keluar modal, disini tempatnya.