Jika anda ingin memulakan atau sedang menjalankan perniagaan anda secara online, pernah tak terlintas di fikiran anda, adakah anda sedang membina aset bagi perniagaan anda atau anda sedang membina liabiliti bagi aktiviti perniagaan anda?
Ataupun selama ni, anda tak pernah fikirkan pun hal-hal berkaitan aset dan liabiliti ni? Dalam bahasa mudahnya, maksud aset adalah apa-apa yang memberikan anda pendapatan adalah aset, manakala apa-apa perkara yang menyebabkan anda perlu keluarkan duit adalah suatu liabiliti.
Dalam konteks perniagaan online misalnya. Saya ambil contoh, langganan yang anda buat untuk mendapatkan servis sistem autoresponder. Sistem autoresponder ini seperti yang anda mungkin telah sedia maklum, ia adalah suatu tools yang sangat penting untuk memudahkan dan melicinkan lagi proses untuk membantu anda buat duit online.