Sebelum ni, saya pernah tulis tentang peluang perniagaan dalam bisnes ecommerce dalam blog ini. Saya kira, ada baiknya anda baca dulu artikel tersebut sebelum teruskan membaca artikel ini.
Klik untuk baca: Bisnes ecommerce – Tips menjalankan perniagaan ecommerce berdasarkan pengalaman sebenar
Artikel ni, adalah kesinambungan bagi artikel tersebut.
Kalau sebelum ini, saya lebih fokus kepada pengalaman sebenar yang saya lalui sendiri, kali ini, apa yang saya nak highlight adalah beberapa nasihat yang saya kumpulkan dari pelbagai sumber, tentang bagaimana untuk lancarkan sebuah laman web perniagaan ecommerce yang boleh berjaya dan berdaya saing.
Mana-mana nasihat yang anda rasakan baik, bolehlah praktikkan dan gunakan dalam perniagaan ecommerce milik anda. Mana-mana yang anda rasakan tidak sesuai, bolehlah tinggalkan sahaja.
Rata-rata usahawan online, yang ingin melancarkan laman web ecommerce miliknya, sudah pasti mahukan kejayaan. Banyak usaha, tenaga, masa dan wang ringgit yang perlu dilaburkan untuk memastikan kejayaan sesebuah laman web ecommerce.
Namun, adakah pelaburan tersebut berbaloi akhirnya? Apakah tindakan-tindakan yang dilakukan atau yang bakal diambil adalah tindakan yang betul? Atau sebenarnya, kita sebenarnya sedang fokus pada perkara yang salah?