INI BUKAN KLISE – HIMPUNAN ANALISA TERPILIH SEORANG AKTIVIS.
Bila saya terpandang buku ini, saya rasa macam ada sesuatu yang menarik yang bakal saya baca dari buku ini. Lalu saya ambil buku ini dan baca sinopsis yang dimuatkan di bahagian belakang buku.
Ini bukan Klise. Himpunan Analisis Terpilih Seorang Aktivis memuatkan rencana penulisan Amin Iskandar yang menampilkan pandangan, kritikan dan cadangan beliau mengenai wajah dan lanskap politik negara ini.
Antara isu-isu yang disentuh adalah tentang politik Malaysia, sistem pilihan raya, hala tuju generasi muda, orang Melayu dan agama.
Pandangan yang dipaparkan bukan sahaja langsung dari sudut hati penulis sendiri, tetapi juga dari pengalaman peribadi penulis sebagai seorang aktivis pada masa itu.
Seringkali tulisan Amin Iskandar menimbulkan kontroversi tetapi bagi beliau, kebenaran harus ditegakkan. Dengan harapan sedikit sebanyak pembaca mendapat manfaat daripada tulisan beliau.
Artikel-artikel yang dimuatkan dalam buku ini sebenarnya pernah disiarkan dalam akhbar Malaysian Insider dan juga Malaysia Kini. Jadi, jika anda adalah salah seorang peminat kedua-dua akhbar tersebut, anda mungkin pernah baca artikel yang dikarang dan ditulis oleh Amin Iskandar ini.
Memandangkan saya tak berapa follow kedua-dua akhbar tersebut, maka kebanyakkan artikel yang saya baca dalam buku ini, semuanya adalah pengalaman kali yang pertama.
Saya rasa buku ni menarik, sebabnya ia menyentuh isu-isu semasa, isu yang pernah berlaku, ada cerita pasal sejarah sedikit, ada juga sentuh isu-isu sensitif yang secara berkala akan dibangkitkan dari masa ke masa oleh golongan tertentu bagi mengekalkan penguasaan dalam bidang politik tanah air.