Sekiranya anda memulakan sesuatu perniagaan dengan modal yang minima, anda pasti telah mempertimbangkan banyak perkara bagi mengurangkan kos untuk menjalankan perniagaan tersebut.
Salah satu cara untuk anda menjimatkan belanja adalah dengan menguruskan sendiri segala aspek yang berkaitan dengan pengurusan kewangan dan perakaunan syarikat. Hal ini tidak mustahil untuk dilakukan sekiranya anda mempunyai ilmu dan latarbelakang yang berkaitan dengan bidang berkenaan.
Namun, tahukah anda sebenarnya fungsi dan peranan pengurus kewangan dan akauntan adalah lebih rumit dan tidak terhad semata-mata untuk merekod perbelanjaan dan transaksi yang berkaitan dengan perniagaan yang dijalankan.
Salah urus tadbir kewangan boleh menjejaskan perjalanan perniagaan anda untuk jangka masa panjang. Malahan anda mungkin tidak berjaya mencapai matlamat perniagaan jika aspek ini dipandang ringan.
Justeru, saya ingin kongsikan kepada anda, apakah perkara-perkara yang seorang akauntan dapat bantu bagi memastikan perniagaan anda berdaya saing dan dapat berkembang dengan maju.