Back up Generator serba guna!
Maklumat Lanjut

Blog Sabree Hussin

A Reflection of Mind, Body & Soul

  • Tentang Penulis
  • Arkib
  • Hubungi Saya
  • Perkhidmatan Iklan

Solat Sunat Dhuha: Berapa rakaat sepatutnya kita lakukan solat sunat Dhuha?

June 30, 2015 by sabree hussin 7 Comments

 

“Jika anda benar-benar YAKIN bahawa Solat Dhuha adalah salah satu amalan yang MUJARAB untuk menjemput lebih banyak REZEKI, lantas cukupkah sekadar mengerjakan solat ini sekadar dua rakaat sahaja?”

 

Pagi ni, bukak je FB saya terbaca sebuah posting dari rakan FB berkenaan dengan solat sunat Dhuha. Jika anda ingin merasakan energi disebalik solat sunat Dhuha, buatlah hingga 12 rakaat! Apa barang buat sikit-sikit? Kata nak jemput rezeki kan… jadi kenapa nak berkira? Kita nak rezeki yang banyak, tetapi bila solat sunat Dhuha, buat yang paling sedikit bilangan rakaatnya ataupun langsung tak pernah buat pulak. Patutke begitu?

solat

 

Persoalan: Berapakah sebenarnya bilangan rakaat bagi solat sunat Dhuha?

Solat sunat dhuha ni sebenarnya ada berapa banyak rakaat? Adakah 2 rakaat? 4 rakaat? 8 rakaat ataupun lebih dari itu dan tiada had dalam penentuan rakaat bagi solat sunat Dhuha ni?

 

Baiklah, untuk persoalan ini, saya merujuk kepada salah satu buku berkaitan dengan solat sunat Dhuha yang saya pernah beli sebelum ini berjudul Menjana Kekayaan Dengan Solat Dhuha oleh Nik Rahimah Rahim. Saya petik jawapan di muka surat 54 hingga 56 bab “Bilangan Rakaat Sembahyang Dhuha.”

 

buku_panduan_solat_sunat_dhuha

Bilangan rakaat sembahyang Dhuha itu sekurang-kurangnya dua rakaat, dan sebanyak-banyaknya lapan rakaat, sebagaimana disebut dalam hadis Rasulullah SAW.

 

Adapun pendapat yang mengatakan sembahyang Dhuha adalah empat rakaat berdasarkan hadis dari Aisyah r.a., bahawa ia berkata

Maksudnya: Nabi s.a.w. sembahyang Dhuha empat rakaat dan baginda menambahnya jika baginda menghendaki. (Riwayat Ahmad, Muslim, dan Ibnu Majah)

 

Pendapat yang mengatakan  dua rakaat adalah berdasarkan hadis riwayat Ummu Hani’ yang bermaksud

Bahawa Nabi s.a.w. mengerjakan sembahyang Dhuha sebanyak lapan rakaat dan bersalam setiap dua rakaat. (Riwayat Abu Daud)

 

Sayid Sabiq berkata:

“Sekurang-kurang bilangan rakaat sembahyang Dhuha adalah dua rakaat sebagaimana telah dinyatakan di dalam hadis Abu Dzar. Dan sebanyak-banyaknya yang dikerjakan oleh Rasulullah s.a.w. ialah lapan rakaat, sedang menurut yang disabdakannya ialah dua belas rakaat.

 

Sesetengah ulama berpendapat bahawa tidak ada batas bilangan rakaat sembahyang Dhuha. Ini adalah pendapat Abu Ja’far, Hulaimi, Ruyani dari golongan Syafi’i. Di dalam kitab Syarah Tirmizi Al-Iraqi berkata:

“Saya tidak pernah melihat seorang pun, sama ada dari golongan sahabat atau tabi’in yang membatasinya hanya sampai dua belas rakaat.”

 

Demikian pula yang dikatakan oleh Suyuti. Sa’id bin Manshur ketika ditanya: “Apakah sahabat Rasulullah s.a.w ada mengerjakan sembahyang itu?”

Jawabnya: “Ya, di antara mereka ada yang mengerjakannya sebanyak dua belas rakaat, ada yang empat rakaat dan ada pula yang terus menerus mengerjakannya sampai tengah hari.”

 

Diriwayatkan dari Ibrahim An’Nakha’i, bahawa ada orang yang bertanya kepada Aswad bin Yazid: “Berapa rakaatkah sepatutnya saya mengerjakan sembahyang Dhuha?”

Ia menjawab: “Lakukanlah sebanyak mana yang engkau suka.”

 

Adapun sesetengah orang yang berpendapat bahawa sembahyang Dhuha itu boleh dikerjakan seberapa yang mampu, mungkin berpandukan kepada hadis dari Aisyah r.a. maksudnya

Adalah Nabi s.a.w. sembahyang Dhuha empat rakaat dan ditambahnya seberapa yang dikehendaki Allah.

 

Jika kita mahu meneladani perbuatan yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w. dan berpandukan kepada sistem tarjih, iaitu memilih mana yang kuat dalilnya, maka sembahyang Dhuha itu mempunyai rakaat sekurang-kurangnya dua rakaat dan sebanyak-banyaknya lapan rakaat. Sebaiknya dilakukan setiap dua rakaat sekali salam.

 

Jadi, marilah kita sama-sama mengerjakan solat sunat Dhuha, In Shaa Allah besar ganjarannya. Jika tak mampu nak lakukan sehingga 8 rakaat sekalipun, usahakanlah untuk lakukan 2 rakaat. Peringatan ini untuk diri saya sendiri juga.

Baca juga: Formula Tarik Rezeki

 

 

Baca juga artikel berikut:

  1. 10 Kesilapan Yang Pernah Saya Lakukan Dalam Bisnes Tone Excel
  2. Adakah BERNIAGA dari rumah adalah satu keputusan yang TEPAT?
  3. Faktor yang mengharuskan suami untuk berpoligami
  4. Ringkasan Riyadhus Solihin: Kelebihan menuntut ilmu

Filed Under: Agama Tagged With: bilangan rakaat solat dhuha

Comments

  1. Uncle Zuan says

    June 30, 2015 at 9:23 pm

    alhamdulillah, terima kasih atas perkongsian.

    akan cuba untuk tak miss duha setiap hari 🙂

    Reply
  2. Sani says

    July 1, 2015 at 12:51 pm

    Nak buat itu mudah. Nak istiqamah tu yang payah. Moga Allah swt beri kita kekuatan..

    Reply
  3. Riza Afzan Asri says

    July 4, 2015 at 12:13 am

    Buat sikit takpa. Yang penting istiqamah kan?

    Reply
  4. ridhwan says

    July 6, 2015 at 10:57 pm

    tak dapat usahakan 8 rakaat pun tak pa.. 2 rakaat pun bole juga…istiqamah tu penting

    Reply

Trackbacks

  1. Adakah BERNIAGA dari rumah adalah satu keputusan yang TEPAT? says:
    July 6, 2015 at 11:26 am

    […] berdoa, amalkan amalan-amalan murah rezeki seperti solat sunat dhuha, dan In Shaa Allah, Allah akan bantu anda untuk dapatkan […]

    Reply
  2. Mudahnya Menjemput Rezeki - Blog Sabree Hussin says:
    January 21, 2016 at 8:05 pm

    […] kita juga akan rasa makin mudah dan tak sabar-sabar untuk mengerjakan amalan solat sunat seperti solat sunat dhuha, solat tahajud dan […]

    Reply
  3. Bersegeralah apabila ingin melakukan kebaikkan - Sabree Hussin Dot Biz says:
    November 1, 2017 at 5:14 pm

    […] pagi, ketika anda sedang duduk termenung selepas siap bersarapan pagi, tiba-tiba ada rasa nak buat solat sunat dhuha. Alhamdulillah. Bagus […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sabreehussin dot com

Recent Posts

  • Tiket masuk ke Zoo Negara
  • Apa sebenarnya Punca & Faktor kemiskinan?
  • Apa perlu buat selepas join PG Mall Consumerchant
  • Cara elak menerima review negatif untuk bisnes homestay
  • Kekurangan Platform Online Travel Agent – Pemilik bisnes homestay perlu tahu

Recent Comments

  • zue on Lepas SPM tak nak sambung belajar?
  • GRAND on Sistem ejen dalam menjalankan Bisnes Homestay
  • Servis menulis artikel - Sabree Hussin Dot Biz on Buat perniagaan berasaskan perkhidmatan
  • Mr Ringgit on Adakah blog masih relevan?
  • ZUREDA ZAINI on Cara dapatkan kerja data entry – Ini cara betul memohon kerja data entry dan elak kena tipu

Categories

  • Advertorial
  • Affiliate Marketing
  • Agama
  • Banding Hotels
  • Bekerja dari rumah
  • Bisnes Dropship
  • Bisnes Homestay
  • Bisnes Kedai Runcit
  • Bisnes Network Marketing
  • Blogging
  • Buat Duit Online
  • Buku & Bahan Bacaan
  • Copywriting
  • Forex
  • Generasi Warisan Prihatin
  • Idea Bisnes
  • Isu Pelajar
  • Jobdirumah
  • Karier & Kerjaya
  • Kerjaya Freelancer
  • Kerjaya Penulis
  • kewangan
  • Komisyen Affiliate
  • Kucing
  • Madu Sunnah
  • Onexox
  • Panduan Blogging
  • Panduan Buat Duit Online
  • Panduan Dominasi FB Group
  • Pelaburan Emas & Perak
  • Pelaburan Forex
  • Pelaburan Hartanah
  • Pelaburan Saham
  • Pemasaran Affiliate
  • Pemasaran Blog
  • Pemasaran Emel
  • Pemasaran FB
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • PG Mall Consumerchant
  • Powergold
  • Produk
  • Public Gold
  • Review
  • Servis Advertorial
  • Sistem Jualan PRO
  • Sketsa Hidup
  • Tanya Sabree Hussin
  • Tempat Penginapan
  • Travelog
  • Tune Talk Tone Excel
  • Uncategorized

Copyright © 2023 · News Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in