Back up Generator serba guna!
Maklumat Lanjut

Blog Sabree Hussin

A Reflection of Mind, Body & Soul

  • Tentang Penulis
  • Arkib
  • Hubungi Saya
  • Perkhidmatan Iklan

Sistem ejen dalam menjalankan Bisnes Homestay

August 5, 2019 by sabree hussin 3 Comments

Apa maksud ejen?

 

Merujuk kepada laman web Dewan Bahasa dan Pustaka, istilah ejen membawa maksud

(1) Orang dan lain-lain yang menjalankan perniagaan untuk orang lain; wakil dalam urusan jual beli atau dalam perdagangan; wakil penjual:

Contoh ayat: Pemuda itu ialah ejen sebuah syarikat kereta.

 

(2) Orang yang diupah untuk melakukan sesuatu untuk orang lain

Contoh ayat: Salah seorang ejen pertubuhan haram itu telah diberkas oleh pihak polis.

Sekarang kita dah faham, apa yang dimaksudkan dengan ejen atau wakil penjual.

 

Konteks perbincangan kali ini adalah mengenai peranan ejen dalam memasarkan perniagaan berbentuk homestay. Saya nak kongsikan beberapa maklumat yang saya perolehi hasil daripada temubual dengan pemilik bisnes homestay dan juga hasil pembacaan yang saya lakukan.

 

Dalam masa tak sampai lima minit, anda boleh belajar sesuatu yang baru tentang perkara ini. Jom teruskan baca.

 

Adakah sistem ejen bagus untuk bisnes Homestay?

Saya jawab bagus.

 

Ia sedikit sebanyak memudahkan pemilik perniagaan homestay mendapatkan tetamu untuk homestay yang dimilikinya.

 

Sistem ejen, jika disusun dengan penuh sistematik dapat menjadikan perniagaan homestay anda berjalan secara automatik.

 

Anda ada ejen yang berperanan dalam kerja-kerja pemasaran dan mendapatkan pelanggan.

Anda mempunyai ejen yang bertanggungjawab dalam bahagian housekeeping, atau kerja pembersihan.

 

Kalau begitu apa peranan pemilik bisnes? Peranan anda adalah untuk memastikan sistem ini dapat berjalan dengan lancar. Jika ada tanda-tanda sistem ini akan bermasalah, anda cepat-cepat melakukan intervensi bagi mengelakkan masalah dari berlaku.

 

Apa yang penting, ejen dapat bayaran, anda dapat keuntungan dan proses ini diulang berkali-kali sampai bila-bila, selagi mana property anda masih wujud dan permintaan untuk datang ketempat tersebut masih tetap ada.

 

Setakat catatan ini ditulis, saya hanya familiar dengan 3 bentuk sistem ejen untuk bisnes homestay.

 

(1) Ejen persendirian

Saya menerima soalan dari pembaca blog ini.

Assalamualaikum & Night. Saya pengurus sebuah homestay. Saya nak tanya berapa ya biasanya komisyen yang di kenakan bagi orang tengah? Saya menerima wasap dari orang yang menawarkan diri untuk jadi orang tengah/ pencari pelanggan.

 

Saya pernah bertukar-tukar pendapat dengan seorang pemilik bisnes homestay yang berdekatan dengan Airport Langkawi.

 

Homestay ini adalah bisnes keluarga. Pelanggan diperolehi melalui promosi mulut ke mulut, ada yang walk in ke pejabat pengurusan, pelanggan buat panggilan telefon terus ke nombor telefon yang terdapat dibanner dan juga melalui laman web pemilik bisnes homestay tersebut.

 

Saya ditugaskan untuk bantu promosi bisnes ini melalui kaedah Search Engine Optimization (SEO). Bawah ini adalah iklan yang saya tulis untuk bisnes homestay ini.

Kerja saya “selesai” setelah artikel yang saya hasilkan masuk ke halaman pertama untuk kata kunci yang saya sasarkan.

 

Pemilik homestay ini berkongsi cerita dengan saya pengalaman bekerjasama dengan ejen. Oleh sebab cerita ini dah agak lama dan saya pun tak berapa ingat exact story, jadi saya ubah sedikit jalan ceritanya tanpa mengubah info yang beliau kongsikan.

 

Ada beberapa individu yang menghubungi beliau untuk menyatakan minat untuk jadi ejen. Kalau situasi yang sama berlaku pada anda, saya berpendapat anda perlu mempunyai sistem tempahan yang teratur bagi mengelakkan masalah di kemudian hari.

 

Katakanlah, kadar sewaan di homestay anda adalah RM200 untuk semalaman.

Anda sebenarnya masih boleh dapat untung kalau sewakan RM150 semalaman.

Perbezaan sebanyak RM50 tadi adalah kadar untung untuk ejen jika dia promosikan homestay anda dengan kadar yang sama dengan yang anda promosikan, iaitu RM200.

 

Harga sewa yang anda berikan pada ejen, kena pastikan yang ia adalah satu harga yang anda masih boleh buat untung.

 

Persoalannya ialah, adakah ejen tadi akan jual balik khidmat homestay anda dengan harga serupa dengan yang anda minta? Tak semestinya.

 

Semuanya terpulang pada kebijaksanaan strategi ejen itu tadi. Dia boleh jual semula dengan harga yang sama, iaitu RM200 dan dapat untung RM50.

 

Dia juga boleh jual dengan harga yang lebih tinggi, daripada harga asal anda, dan kaut lebih banyak keuntungan!

 

Dia juga boleh jual semula dengan tawaran harga yang lebih rendah, bawah RM200 asalkan atas RM150. Mungkin RM170 – RM199.

 

Tak kanlah susah payah buat marketing, lepas tu cuma nak ambik untung RM10 @ RM20 sahaja untuk penginapan semalaman di homestay tu tadi.

 

Siapa sebenarnya latar belakang individu yang nak jadi ejen homestay bagi pihak anda ini?

Saya berpandangan, anda perlu ambil kira dan kenal betul-betul latar belakang individu yang nak jadi ejen anda nanti.

 

Ejen ini, akan melakukan kerja pemasaran bagi pihak anda. Dia adalah wakil anda dalam urusan jual beli, jadi sudah tentu kita tak nak orang sembarangan untuk jadi wakil kepada bisnes kita.

 

Sekurang-kurangnya, anda perlu tanya soalan seperti “apa yang buatkan anda rasa anda layak atau mampu untuk jadi ejen saya? Awak akan buat promosi dengan cara apa dan kepada siapa?” 

 

Saya cuma nak anda ambil langkah berhati-hati dan berjaga-jaga.

 

What if ejen tu tadi sebenarnya terlibat dengan kegiatan jenayah? What if dia buat aktiviti pemerdagangan manusia atau lain-lain jenayah.

 

Pelanggan yang dia perkenalkan sebenarnya adalah mangsa-mangsa jenayah dan homestay anda dijadikan tempat persembunyian atau transit sebelum bergerak ke checkpoint seterusnya.

 

Ok sudah tentu kita tak mahu senario seumpama ini untuk berlaku. Tujuan saya minta anda berhati-hati adalah supaya anda tidak tersalah memilih orang untuk jadi ejen anda.

 

Baiklah, senario seterusnya.

 

Mungkin individu yang ingin jadi ejen tu sebenarnya menjalankan bisnes pakej perlancongan. Pakej pelancongan yang dia tawarkan termasuk servis seperti

  1. Van sewa termasuk tour guide
  2. Lawatan ke tempat-tempat menarik
  3. Aktiviti
  4. Penginapan

 

Dengan kerjasama yang dia bakal jalankan bersama anda, dia akan pastikan homestay anda akan dapat penghuni jika ada pelanggan yang membeli pakej percutian dengan syarikat miliknya.

 

Sekali lagi, tak salah rasanya kalau anda ambil langkah berjaga-jaga dan tanyakan dengan lebih details, siapa sebenarnya target market ejen ini tadi.

 

Adakah pelanggan dari Arab? Pelanggan dari negara India? Pelanggan dari negara China? Atau pelanggan tempatan.

 

Persoalannya ialah, bersediakah anda untuk menerima pelanggan dari negara seperti Arab, India dan China yang mungkin agak kasar, tidak menjaga kebersihan dan ada kebarangkalian untuk mencuri harta benda dalam rumah.

 

Itupun perlu difikirkan ya.

 

Ya, kita boleh anggap ini semua adalah risiko dalam menjalankan bisnes. Itu memang saya tak nafikan. Cuma saya kira, anda perlu ada perjanjian bertulis dengan ejen anda, jika dia perkenalkan pelanggan yang bermasalah, siapakah yang akan menanggung kerugian?

 

Sebelum saya nak beralih kepada poin seterusnya, saya nak sentuh juga tentang aspek pembayaran sewa.

 

Saya difahamkan, ada ejen yang akan meminta duit deposit dari pelanggan sebagai bayaran komitmen. Contoh, kadar sewa ialah RM200 semalaman.

 

Ejen akan minta pelanggan bayar dulu pada dia sebanyak RM50. Bakinya perlu dijelaskan kepada tuan rumah pada hari daftar masuk.

 

Kalau semua berjalan lancar, tak ada masalah, then ok la.

 

Bagaimana kalau tetamu itu tadi ingin batalkan tempahan? Adakah duit deposit akan dipulangkan? Ataupun anda mengamalkan konsep duit deposit tidak akan dipulangkan. Saya rasa bahagian ini anda boleh fikir-fikirkan dan bincangkan sesama ahli pasukan pengurusan anda.

pengusaha-bisnes-homestay-berjaya

Ingat lagi ejen yang minta duit deposit sebanyak RM50 tu? Dia awal-awal lagi dah dapat upah dia, sedangkan dalam sistem ejen sepatutnya upah hanya diperolehi apabila transaksi telah selesai.

 

Sekali lagi timbul persoalan, jika berlaku masalah overbook, siapa yang perlu bertanggungjawab nanti?

 

(2) Sistem ejen melalui laman web Online Travel Agency (OTA)

Terdapat terlalu banyak laman web yang bertindak sebagai Online Travel Agency (OTAs) yang dapat bantu anda untuk dapatkan pelanggan bagi bisnes homestay anda.

 

Contohnya adalah seperti

  1. Airbnb.com
  2. Booking.com
  3. Agoda.com
  4. Homestay.com
  5. HostelHunting.com

 

Sebenarnya ada banyak lagi. Setiap satu mempunyai terma dan syarat yang berbeza. Anda perlu pergi ke setiap laman web untuk baca dan fahamkan apakah tawaran dan perkhidmatan yang mereka sediakan untuk anda.

 

Kebanyakkan laman web OTA seperti yang saya senaraikan, tidak mengenakan sebarang bayaran untuk membuat iklan di platform mereka. Anda hanya perlu bayar apabila homestay anda mendapat penyewa hasil daripada tempahan yang dibuat melalui laman web OTA.

 

Disitu terdapat elemen perkongsian keuntungan, antara anda dengan laman web OTA.

 

Sesetengah pelanggan, mereka lebih yakin nak buat tempahan melalui laman web OTA berbanding terus berurusan dengan pemilik property. Bagi mereka, berurusan melalui orang tengah, dalam situasi ni laman web OTA adalah lebih selamat.

 

Saya ambil contoh website Airbnb. Walaupun menempah melalui Airbnb lebih mahal sebab ada service fee, namun orang yang menggunakan Airbnb rasa lebih yakin dan selamat untuk berbuat demikian.

 

Andai kata tempahan mereka ada masalah dikemudian hari, pelanggan boleh minta pihak Airbnb untuk bantu sebagai orang tengah untuk selesaikan masalah tersebut.

 

Begitu juga pemilik homestay. Jika pemilik homestay tidak berpuas hati dengan tetamu, boleh juga minta Airbnb untuk campur tangan, sebagai orang tengah.

 

Satu perkara yang baik tentang kerjasama dengan OTA ialah, mereka mempunyai bajet yang besar untuk buat iklan berbayar. Sama ada iklan berbayar Google Adwords ataupun Facebook Ads.

 

Ini contoh iklan berbayar milik company OTA yang kita boleh lihat di halaman Google atau dimana-mana laman web yang menyiarkan iklan Google.

Oleh sebab mereka dah keluarkan bajet untuk buat iklan berbayar seperti ini, maka kalau anda tak nak buat iklan berbayar pun tak ada masalah. Kalau anda masih tertanya-tanya, kenapa anda perlu bayar servis caj, inilah jawapannya. Duit tersebut digunakan untuk buat iklan berbayar, bagi membantu anda dapat pelanggan.

 

Biasanya, setelah anda bekerjasama dengan OTA, kebarangkalian untuk anda dapat pelanggan international juga lebih tinggi, memandangkan laman OTA boleh diakses di seluruh dunia.

 

Jika anda minat untuk belajar dengan lebih details macam mana sistem Airbnb dapat berikan manfaat kepada bisnes homestay anda, saya cadangkan anda download panduan ini.

 

(3) Ejen yang dibayar untuk melakukan tugasan yang spesifik 

Jenis ejen yang ketiga, adalah ejen yang ditugaskan untuk membuat tugasan yang spesifik.

 

Dari masa ke masa, pemilik homestay akan menghubungi saya untuk saya menulis tentang bisnes yang mereka jalankan. Saya akan hasilkan sebuah artikel promosi dan akan menggunakan teknik Search Engine Optimization dalam penulisan, bagi memastikan artikel dapat masuk ke halaman pertama Google.

 

Tugas saya dikira selesai, apabila artikel milik pelanggan berjaya masuk ke page pertama Google. Salah satu artikel saya berjaya masuk ke page pertama Google untuk keyword “homestay di Tangkak”.

Pengguna internet yang mencari maklumat menggunakan kata kunci tertentu, akan menemui artikel yang saya hasilkan. Dia akan baca artikel tersebut, dan jika dia minat nak buat tempahan, dia akan terus hubungi pemilik homestay.

 

Pemilik homestay tak perlu nak bayar apa-apa komisen kepada saya jika berjaya dapat pelanggan melalui cara ini. Sebarang urusan, adalah terus kepada pemilik homestay.

 

Pemilik homestay hanya perlu bayar kepada saya sekali sahaja, iaitu pada peringkat permulaan sewaktu mula-mula beliau berikan tugasan ini kepada individu seperti saya.

 

Kebarangkalian untuk berjaya dapat pelanggan, apabila menggunakan kaedah ini akan jadi lebih baik, jika penulis yang anda pilih sememangnya mempunyai laman blog dalam niche percutian seperti laman web Xplorasi Destinasi ataupun laman web Jom Jalan.

 

Saya tidak akan cerita dengan lebih mendalam tentang strategi menggunakan blog percutian untuk pemasaran bisnes homestay anda, sebabnya saya cuma nak bincangkan mengenai sistem ejen untuk bisnes homestay yang ada diluar sana.

 

Sebagai kesimpulan, saya amat menyokong dan menggalakkan anda menggunakan sistem ejen dalam pemasaran bisnes homestay anda, namun pastikan anda tidak memilih sistem ejen yang silap.

 

Fikirkan betul-betul sebelum buat keputusan kerana setiap tindakan yang anda ambil, akan ada implikasinya, sama ada positif atau sebaliknya.

 

Semoga artikel ini bermanfaat, dan jika anda ada soalan, boleh tanyakan dibahagian komen.

 

 

Baca juga artikel berikut:

  1. 10 Rahsia Pelaris Bisnes Homestay – Panduan menjalankan perniagaan homestay yang disukai pengunjung
  2. Cabaran menjalankan bisnes homestay yang anda perlu tahu
  3. Berkesan ke promosikan bisnes homestay menggunakan blog?
  4. Masalah dengan bisnes homestay yang diusahakan oleh orang kita

Filed Under: Pemasaran Internet Tagged With: bisnes homestay, ejen homestay, ejen untuk bisnes homestay, perniagaan homestay

Comments

  1. Asilah says

    February 6, 2022 at 4:35 pm

    Saya nak jadi ejen untuk homestay tapi saya tidak tahu cara terbaik untuk cari owner homestay untuk jadi ajen bawah dia, mohon tunjuk ajar

    Reply
    • sabree hussin says

      February 7, 2022 at 11:44 pm

      Saya tak pasti kalau wujud cara terbaik tu.

      Tapi puan boleh cuba hubungi pengendali homeestay satu per satu melalui Airbnb.
      Ataupun jadi ejen affiliate melalui Online Travel Agency.

      Reply
  2. GRAND says

    January 25, 2023 at 9:20 am

    Hi, ada cadangan agen homestay tak. Area Taiping

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sabreehussin dot com

Recent Posts

  • Kenapa pilih untuk buat bisnes homestay?
  • Tiket masuk ke Zoo Negara
  • Apa sebenarnya Punca & Faktor kemiskinan?
  • Apa perlu buat selepas join PG Mall Consumerchant
  • Cara elak menerima review negatif untuk bisnes homestay

Recent Comments

  • zue on Lepas SPM tak nak sambung belajar?
  • GRAND on Sistem ejen dalam menjalankan Bisnes Homestay
  • Servis menulis artikel - Sabree Hussin Dot Biz on Buat perniagaan berasaskan perkhidmatan
  • Mr Ringgit on Adakah blog masih relevan?
  • ZUREDA ZAINI on Cara dapatkan kerja data entry – Ini cara betul memohon kerja data entry dan elak kena tipu

Categories

  • Advertorial
  • Affiliate Marketing
  • Agama
  • Banding Hotels
  • Bekerja dari rumah
  • Bisnes Dropship
  • Bisnes Homestay
  • Bisnes Kedai Runcit
  • Bisnes Network Marketing
  • Blogging
  • Buat Duit Online
  • Buku & Bahan Bacaan
  • Copywriting
  • Forex
  • Generasi Warisan Prihatin
  • Idea Bisnes
  • Isu Pelajar
  • Jobdirumah
  • Karier & Kerjaya
  • Kerjaya Freelancer
  • Kerjaya Penulis
  • kewangan
  • Komisyen Affiliate
  • Kucing
  • Madu Sunnah
  • Onexox
  • Panduan Blogging
  • Panduan Buat Duit Online
  • Panduan Dominasi FB Group
  • Pelaburan Emas & Perak
  • Pelaburan Forex
  • Pelaburan Hartanah
  • Pelaburan Saham
  • Pemasaran Affiliate
  • Pemasaran Blog
  • Pemasaran Emel
  • Pemasaran FB
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • PG Mall Consumerchant
  • Powergold
  • Produk
  • Public Gold
  • Review
  • Servis Advertorial
  • Sistem Jualan PRO
  • Sketsa Hidup
  • Tanya Sabree Hussin
  • Tempat Penginapan
  • Travelog
  • Tune Talk Tone Excel
  • Uncategorized

Copyright © 2023 · News Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in