Sesiapa Berminat Jana Pendapatan Lebih Sila Klik…

by sabree hussin on March 23, 2014

in Pemasaran Internet

Siapa berminat jana pendapatan lebih?

Anyone?

Dapat duit tambahan nanti. Macam-macam boleh buat dengan duit tambahan tu.

Boleh buat beli kereta, rumah, dirikan rumah tangga, pergi haji, buat modal untuk melabur, buat modal berniaga dan macam-macam lagi.

Sebenarnya saya tak perlu nak bagitahu pun apa yang anda boleh buat dengan duit sampingan yang anda bakal perolehi.

Its all yours dan anda boleh buat apa sahaja yang anda suka!

Ironinya semua orang suka ada pendapatan tambahan, TETAPI

Mereka nak pendapatan tambahan tanpa perlu berusaha ๐Ÿ™

Mereka nak pendapatan tambahan tanpa perlu keluar modal ๐Ÿ™

Mereka nak pendapatan tambahan secara PERCUMA ๐Ÿ™

Mereka nak pendapatan tambahan dengan cara yang senang ๐Ÿ™

Macam adik kita seorang ni

jana pendapatan lebih

Masuk ke blog orang, laman web orang, tiba-tiba sebarkan link yang mempromosikan laman web yang bukan-bukan pulak.

Siapa yang ajar adik ni buat marketing macam ni?

Ada cikgu yang ajar ke atau adik ni pandai-pandai sendiri buat marketing cara macam ni?

Pemasaran cara macam ni SALAH!

Kalau ya nak promosikan melalui blog orang lain, tinggalkan komen yang berkualiti dan letakkan link dibahagian website. Kemudian terpulang pada budi bicara admin sama ada nak siarkan atau tidak komen tersebut.

jana pendapatan tambahan

Tetapi, kalau komen yang ditinggalkan terang-terangan berniat untuk buat promosi, maka janganlah terkejut kalau komen tersebut kena delete atau kena edit dengan admin ๐Ÿ˜€

Baiklah, sekiranya anda betul-betul berminat nak jana pendapatan lebih, saya sarankan beberapa perkara sahaja iaitu

1. Buat duit dengan blogging

2. Buat duit dengan affiliate marketing

3. Buat duit dengan Tune Talk Tone Excel

4. Buat duit dengan program dropship

Empat contoh kat atas ini ialah antara yang saya amalkan secara peribadi dan ia berhasil.

Selain daripada itu, saya tak berani nak komen lebih-lebih, especially program yang klik-klik, dan sebar link untuk dapatkan duit.

Dari segi pengalaman… hmm saya pun pernah buat dan program macam tu tak bayar pun ahlinya.

Buat penat je kita promosikan laman web macam tu.

 

 

Be Sociable, Share!

Leave a Comment

Previous post:

Next post: