Senarai program affiliate yang menawarkan komisen bertingkat-tingkat

by sabree hussin on August 17, 2017

in Buat Duit Online

Program affiliate dan juga program referral sememangnya telah terbukti mampu untuk memberikan peluang kepada para peserta yang menyertainya untuk menjana pendapatan.

 

Kerjanya tidak sesukar mana.

 

Anda hanya perlu bercerita tentang sesuatu produk atau perkhidmatan, dan seterusnya apabila orang yang mendengar cerita anda tu berminat untuk dapatkan produk tersebut, maka dari situ anda akan dibayar komisen.

pendapatan-lumayan-dari-program-affiliate

Walaupun dari segi konsep, ianya tidaklah begitu sukar, namun dari segi praktikal, tak ramai yang berjaya. Kenapa agaknya ya? Adakah disebabkan oleh sikap kita sendiri yang acuh tak acuh dan tidak memberikan sepenuh tumpuan ketika menjalankan kerja pemasaran? Wallahua’lam.

 

Jawapannya ada pada diri kita sendiri. Kita lebih tahu, apa yang buatkan kita tak berjaya dapat jualan.

 

Kebanyakkan program affiliate yang ada dipasaran, mereka membayar komisen berdasarkan berapa banyak jualan yang berjaya kita hasilkan.

 

Kalau dapat jual satu unit, maka komisen kita pun dikira berdasarkan berapa unit yang kita mampu jual. Walaubagaimanapun, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, muncul program-program affiliate yang menawarkan struktur komisen yang agak menarik.

 

Komisen bukan sahaja dikira berdasarkan prestasi anda semata-mata, malahan anda juga akan dibayar komisen apabila ada sub-affiliate yang mendaftar menerusi link affiliate anda berjaya membuat jualan.

 

Sebelum ini, konsep komisen berbilang tingkat ini, hanya diamalkan dalam program network marketing sahaja. Namun kali ini, struktur komisen tersebut turut diadaptasikan dalam program affiliate.

 

Apa yang menariknya?

 

Tahukah anda, untuk menyertai program affiliate, tiada sebarang yuran mahupun bayaran akan dikenakan. Ianya PERCUMA.

 

Berbeza dengan bisnes yang mengamalkan konsep MLM, yang mana anda akan “dipaksa” untuk bayar sejumlah wang barulah layak untuk menjadi sebahagian daripada sistem pemasaran syarikat. Lalu proses paksa memaksa ini berterusan sampailah tiada lagi orang yang nak join sebagai ahli, ataupun sehingga syarikat MLM tersebut gulung tikar.

 

Menerusi program affiliate, cara tersebut tidak terpakai. Nak join sebagai ejen affiliate? Free sahaja. Anda tidak akan dapat apa-apa kalau ada ahli mendaftar sebagai sub-affiliate anda.

 

Anda hanya akan dapat imbuhan jika sub-affiliate anda tu berjaya hasilkan jualan. Kalau nak duit, kena buat sale. Kalau tak mampu buat sale, belajar. Bila sama-sama buat kerja, hasilnya pasti sangat menarik.

 

Ini dia senarai program affiliate yang menawarkan komisen lebih dari satu peringkat. Anda boleh join terus hari ini juga kerana saya juga akan berikan anda link untuk melakukan pendaftaran.

 

(1) Program Referral Adhance by Ajobthing

promosi-laman-web-maukerja

Anda boleh klik sini untuk menyertai program referral ini.

 

Menerusi program ini, kita akan mempromosikan peluang-peluang kerja yang diiklankan di laman web Maukerja.my. Komisennya akan dikira berdasarkan berapa ramai pemohon yang membuat permohonan kerja menerusi link referral anda.

 

Anda boleh pilih, sama ada nak mempromosikan kerja tertentu secara spesifik, ataupun nak promosikan laman web maukerja.my secara umum.

 

Saya berpendapat, kalau kita promosikan kerja tertentu secara spesifik atau mengikut bidang adalah lebih mudah untuk dapat komisen berbanding promosi secara umum.

 

Komisen adalah berbeza iaitu sekitar 0.30 sen – 0.75 sen bagi setiap permohonan kerja yang dilakukan oleh calon yang kita perkenalkan dengan laman web maukerja ini.

 

Kerja yang berbeza, kadar upahnya juga berbeza.

 

Upah yang akan anda terima adalah sekitar 0.30 sen – 0.75 sen. Sekiranya anda berjaya mendapatkan sub-affiliate, anda akan dapat 15% komisen daripada sub-affiliate anda. Sebagai contoh, kalau sub-affiliate anda berjaya dapat komisen 0.75 sen, anda akan dapat 15% daripada komisen tersebut iaitu bersamaan dengan 0.11 sen.

 

Jumlah ini memang nampak tidak begitu besar. Tetapi, cuba bayangkan kalau ada dalam kalangan sub-affiliate anda yang mampu hasilkan ribu-ribu seperti carta top 10 dibawah ini.

Jadi, janganlah berlengah lagi. Sertai sekarang program referral ini dan daftarlah secara PERCUMA sahaja menerusi link ini.

 

Baca lagi

(i) Cara buat duit dengan AdHance by Ajobthing

(ii) Jana pendapatan sampingan dengan menyebarkan iklan kerja kosong

 

(2) Program Affiliate Jamumall.com 

buat-duit-online-dengan-jamumall

Program affiliate ini boleh disertai menerusi pautan ini.

 

Setelah anda klik pada pautan tersebut, anda akan dibawa ke laman web utama Jamumall. Cari pautan yang tertulis Affiliate dan seterusnya buat pendaftaran disitu.

 

Produk yang dijual di Jamumall adalah produk berasaskan kesihatan dan kecantikan. Bagi setiap jualan yang anda berjaya hasilkan, anda akan dibayar komisen sebanyak 10% daripada harga produk.

 

Sekiranya anda ada sub-affiliate, dan sub-affiliate anda tu pula berjaya buat sale, anda akan dapat komisen sebanyak 5% daripada nilai jualan yang dilakukan oleh sub-affiliate anda.

 

(3) Program Affiliate Vison Data

program-affiliate-visondata

Untuk menyertai program affiliate Visondata ini, sila buat pendaftaran menerusi laman web mereka di pautan ini.

 

Produk yang mereka tawarkan adalah perkhidmatan sambungan wifi buat mereka yang ingin travel ke luar negara. Kita sedia maklum, apabila kita ke luar negara, salah satu cara untuk kekal berhubung dengan insan yang tersayang adalah menerusi sambungan internet.

 

Jika kita langgan pakej internet dari negara yang kita kunjungi, mungkin dari segi kos ianya agak mahal. Jadi, sebagai penyelesaiannya, apa kata anda langgan sambungan internet menggunakan device yang disediakan oleh Vison Data.

 

Cerita tentang potensi pendapatan sebagai ejen affiliate pula.

 

Komisen affiliate adalah sehingga 3 level, mengikut peratusan berikut

Level 1 – 15%

Level 2 – 2%

Level 3 – 0.5%

 

Info lanjut tentang komisen ini boleh diperolehi di member area, dan anda boleh klik sini untuk daftar sebagai ejen affiliate. Pendaftaran juga adalah PERCUMA.

 

(4) Program Affiliate Formula Income Seumur Hidup

formula-income-seumur-hidup

Program ini boleh disertai menerusi pautan ini.

 

Ada 4 jenis komisen yang bakal anda perolehi menerusi Formula Income Seumur Hidup ini.

Komisen pertama – RM1

Anda akan dapat komisen sebanyak RM1, apabila anda berjaya memperoleh prospek yang mendaftar sebagai affiliate. Affiliate ini akan dikenali sebagai sub-affiliate anda.

Komisen ini juga dikenali sebagai Pay Per Lead.

 

Komisen kedua – RM0.50

Komisen sebanyak 50 sen ini akan anda perolehi apabila sub-affiliate anda berjaya mendaftarkan affiliate lain untuk menyertai program ini.

Komisen ini juga dikenali sebagai Pay Per Lead.

 

Komisen ketiga – RM100

Komisen ini adalah merujuk komisen jenis Pay Per Sale.

Anda akan dapat komisen berjumlah RM100 apabila ada yang membeli produk utama yang terkandung dalam Formula Income Seumur Hidup ini.

 

Komisen keempat – RM50

Bagi komisen sebanyak RM50 ini pula, anda akan perolehi apabila sub-affiliate yang pernah mendaftar menerusi link affiliate anda, berjaya menghasilkan jualan.

Sub-affiliate anda tu masih lagi akan dapat komisen berjumlah RM100, tanpa mengurangkan komisen yang diterima oleh dirinya. Anda mendapat RM50 hasil dari kerja promosi sub-affiliate anda sebagai bonus yang diberikan oleh pengendali program ini, iaitu Zamri Nanyan.

 

Bacaan lanjut: Macam mana cara hasilkan pendapatan menerusi program Formula Income Seumur Hidup

 

Pada pendapat saya, komisen jenis yang pertama dan kedua, atau dikenali juga dengan nama komisen Pay Per Lead mungkin akan ditawarkan untuk masa terhad sahaja. Selepas pihak pengendali program ini kehabisan bajet, mereka akan fokus kepada komisen jenis yang ketiga dan keempat sahaja.

 

Formula Income Seumur Hidup ini memang agak mahal harganya. Jadi untuk berjaya dapatkan jualan bukannya mudah.

 

Namun demikian, tugas kita sebagai affiliate adalah usaha dan fokus untuk bawa masuk trafik yang berkualiti ke laman web mereka.

 

Untuk menyertai sebagai affiliate, tiada sebarang bayaran yang dikenakan.

 

Baiklah, inilah antara program affiliate yang menawarkan komisen lebih dari satu level yang anda boleh sertai. Jika di masa akan datang, muncul lagi program lain yang tawarkan komisen lebih dari satu level, saya akan update disini.

 

Selamat mencuba dan semoga anda juga berjaya.

 

Ps: Saya juga pernah tersenarai dalam top 10 program affiliate, dan nama program affiliate tersebut adalah program affiliate klikjer. Boleh baca cerita saya di sini >> Carta top 10 Affiliate Klikjer June 2017

 

 

 

 

Be Sociable, Share!

{ 24 comments… read them below or add one }

anuar August 17, 2017 at 11:09 pm

Yang last sekali tu nampak hebat…
Tapi persoalannya kenapa tak ramai usahawan internet yang turun padang mempromosikannya..

Reply

sabree hussin August 19, 2017 at 12:15 am

Mungkin diorang ni buat promosi secara underground la agaknya 🙂

Reply

Ikhwan August 24, 2017 at 1:57 pm

Produk FISH harga RM350, tapi komisyen RM100. Kalau komisyen 50% dari harga produk, ramai la yang turun padang.

Satu lagi admin tak pernah jawab soalan saya, dah 2 kali hantar emel tapi tak ada sebarang jawapan.

Reply

sabree hussin August 24, 2017 at 5:00 pm

Bro Ikhwan tanya apa ye sebelum ni. Hoho nak tau jugak apa soalan yang tak berjawab tu.

Reply

mohd rawi August 20, 2017 at 12:44 am

Thanks sharing this info. Baru tahu ada lagi nich affiliate lain yang boleh di join .

Reply

sabree hussin August 20, 2017 at 4:11 pm

Welcome. Dah join ke belum 🙂

Reply

titan August 20, 2017 at 11:22 pm

hoho..

aku memilih sekarang.

tak larat dah macam dulu-dulu.

Reply

sabree hussin August 21, 2017 at 2:15 pm

Sekarang ni ko pilih program affiliate yang macam mana titan? Share la

Reply

olaoli August 21, 2017 at 12:51 am

lepas baca post tuan ni terus saya register affiliate yang first tu.

Reply

sabree hussin August 21, 2017 at 2:15 pm

Tahniah! Selamat buat duit 🙂

Reply

rujukan August 21, 2017 at 5:39 pm

boleh di katakan apa yang hang promote kat atas ni xda satu pun yg aku dah join, menarik juga nih

Reply

sabree hussin August 21, 2017 at 8:29 pm

Join la, sambil-sambil tu boleh promote 🙂

Reply

musadun August 22, 2017 at 2:45 pm

Tq sharing. Semua masih boleh daftar ke program ni?

Reply

sabree hussin August 23, 2017 at 12:02 am

Masih boleh daftar lagi.

Reply

Dukenaim August 24, 2017 at 1:19 pm

Wow baru tahu ade banyak lagi rupanya lubuk affiliate yang boleh kita buat. Kalau sebelum ni ada ashadee. Tapi tqkpelah since klikjer pun boleh tahan. Boleh kata semua yang kat atas ni pestime dengar. Buat income dengan Affiliate ni memang nampak mudah.

Cuma dari segi praktikal dan kesungguhan tu kadang-kadang boleh terbengkalai. Yang penting fokus dan ade matlamat. Terima kasih sebab share info menarik ni.

Reply

sabree hussin August 24, 2017 at 4:56 pm

Mudah je 🙂 kalau ada blog, update je blog macam biasa. Sambil-sambil tu, selit-selit la sikit link affiliate. In Shaa Allah ada yang convert kepada sales

Reply

zik August 25, 2017 at 12:19 am

macam2 ada … tapi saya kalau nak promote nak kena banyak buat research dari segi permintaan tuh.. selain kita sendiri nak kena pandai relate dengan apa yang sedang berlaku.. sambil2 tuh promote… bukan mudah

Reply

sabree hussin August 25, 2017 at 2:46 pm

Cuba tengok dalam senarai tu, kalau kena dengan niche blog, bolehlah promosikan 🙂

Reply

reezluv August 28, 2017 at 4:38 pm

tak larat nak buat bebanyak..fokus je kat satu,dua atau tiga je..haha..fokus kat mana yang banyak komisen je..RM50 dan ke atas..bawah dan salesletter tak best..abaikan..:P

Reply

sabree hussin August 28, 2017 at 5:16 pm

Aku join semua. Tapi yang promosi secara serius pun sikit je. Yang selebihnya cuma buat syarat. Just letak mana-mana link aff kat tempat yang mungkin sesuai

Reply

Dedaun Comel August 30, 2017 at 3:34 am

Terbaik.. boleh la buat duit dengan affliate ni.. cuma usaha yang menentukannya

Reply

sabree hussin August 30, 2017 at 1:41 pm

Betul tu. Usaha dan rezeki juga.

Reply

atiehilmi dot com September 12, 2017 at 5:58 am

saya bookmark entri ni ya.. hee~ saya baru nak belajar buat affiliate.. tengah study sikit2..

Reply

sabree hussin September 12, 2017 at 8:38 am

Sila-sila. Pastu jangan segan-segan untuk join ye

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: