Jika anda sedang mencari skrip, software ataupun sebarang aplikasi yang boleh digunakan untuk bantu anda kumpul likes dengan cara yang lebih pantas dan murah, skrip samsengFB ini mungkin sesuai dan menepati citarasa anda.
Walaubagaimanapun, saya tak galakkan anda terus buat pembelian sebelum anda benar-benar faham bagaimana cara nak gunakan skrip ini. Jika anda beli jugak sebelum anda faham bagaimana skrip ini berfungsi, boleh jadi anda akan rasa kecewa jika skrip ini tidak menepati citarasa anda. Sebagai pembeli dan pengguna yang bijak, tugas untuk mendapatkan maklumat yang sepenuhnya adalah tanggungjawab anda.
Sebagai salah seorang yang pernah beli dan guna skrip ini, apa yang saya dapat kongsikan kat sini ialah pengalaman saya menjadi pengguna skrip samsengFB ini. Mungkin ia berguna untuk anda, dan mungkin juga sebaliknya. Baiklah, dalam posting ini ada beberapa perkara yang saya akan highlight untuk makluman anda. Iaitu
1. Apa yang diperlukan untuk menggunakan skrip SamsengFB
2. Bagaimana ia berfungsi untuk menaikkan likes
3. Bagaimana dengan bertambahnya likes, akan menaikkan lagi trafik?
4. Adakah bila trafik dan likes banyak, jualan juga akan meningkat?
5. Adakah skrip ini menyalahi terma dan syarat FB dan bagaimana pula jika pihak FB ubah polisi?
6. Ada tak sebarang kos tambahan setelah guna skrip ni?
7. Macam mana pula kalau saya nak dapatkan lagi banyak likes?
Ada banyak juga yang saya akan cuba cover dalam post ini. Saya percaya, ada satu atau dua poin daripada yang saya highlightkan ini, yang anda juga mungkin nak tau. Betul? Tak apa, saya akan terangkan satu per satu.
1. Apa yang diperlukan untuk menggunakan skrip SamsengFB?
Anda perlukan
1. Komputer atau laptop
2. Akses internet
3. Skrip samsengFB yang anda boleh download disini
4. Blog
5. Akaun FB
Anda akan diberikan tutorial cara pemasangan skrip ini. Untuk anda pasang skrip ini, anda perlu guna komputer ataupun laptop. Maaf, sepanjang yang saya tahu, kalau anda hanya ada smartphone atau ipad, tab dan sebagainya, kerja-kerja pemasangan akan jadi sedikit rumit.
Kemudian, anda perlu ada laman web ataupun blog.
Cara kerja skrip samsengFB ini adalah menukarkan pelawat yang melayari laman web atau blog anda sebagai likers dengan memaksa mereka (pelawat) menekan butang like sebelum mereka dapat baca kandungan blog anda.
Anda juga perlu ada akaun FB which is saya percaya sekarang ni hampir setiap orang ada akaun FB. Anda perlu siap sedia dengan Fan Page yang anda ingin naikkan bilangan likes nya.
2. Bagaimana skrip ini berfungsi?
Flow adalah seperti berikut
1. Pelawat menemui laman web ataupun laman blog anda
2. Mereka berminat nak baca kandungan laman web anda
3. Satu popup akan muncul dan menghalang mereka daripada membaca kandungan web anda
4. Untuk menutup popup tersebut, pelawat perlu klik butang likes
5. Popup tersebut akan hilang, dan jumlah likes pada fanpage anda akan bertambah satu like
Fungsi content lock
Lihat screenshot dibawah:
Konsep content lock ini ialah, selagi pelawat tidak menekan butang like, selagi itu dia tak boleh baca maklumat atau info yang anda kongsikan di laman web anda. Jika kandungan web anda benar-benar menarik, pasti pelawat itu tadi tidak ada masalah untuk tekan like.
Hanya selepas pelawat tekan butang like, barulah gangguan pop up ini akan hilang.
3. Bagaimana dengan bertambahnya likes, trafik boleh bertambah?
Ini ada kena mengena dengan konsep viral. Bila anda tekan likes, ada sebahagian kawan-kawan anda akan tahu dan mereka akan dapat notifikasi bahawa anda baru sahaja tekan likes pada page tertentu. Kadang-kadang, kalau kita tekan like pada status update seseorang, kawan kita juga boleh tau. Contoh dia macam kat bawah ni
Jadi, kalau anda nak likes gambar perempuan cun ke, baik-baiklah ya, sebab wife anda mungkin sedang memerhati dan memantau aktiviti online anda haha
Kadang-kadang, dari 1 like akan menghasilkan 5 likes yang baru sebabnya kawan-kawan dia pun ikut like jugak. Ok faham tak ni?
4. Adakah bila trafik dan likes bertambah, jualan juga akan meningkat?
Kita lihat testimoni pengguna lain yang berjaya buat sales.
Satu part yang mungkin tidak diceritakan ialah, anda perlu tahu konsep match-maker. Maksudnya ialah, fanpage, laman web, likers adalah dari niche yang sama. Kalau masih kurang jelas, maksudnya ialah begini
1. Blog anda adalah berkenaan dengan tips penjagaan kesihatan mata
2. Pelawat yang masuk ke blog anda juga adalah pelawat yang nak tau bagaimana menjaga mata supaya tak cepat rabun misalnya
3. Fanpage anda juga mestilah fanpage berkaitan kesihatan mata. Contohnya anda letaklah nama “Saya sayang mata saya…”
4. Produk yang anda jual juga berkaitan dengan penjagaan mata, contohnya cermin mata Ibnu Sina yang sebelum ni pernah popular
5. Tawaran anda mestilah menepati kehendak dan keperluan likers yang anda berjaya kumpul
Biasanya, kebarangkalian untuk anda berjaya dapat sales daripada likes yang dikumpulkan adalah rendah, jika
1. Blog atau laman web anda tiada niche yang tetap
2. Pelawat yang masuk ke web anda atas sebab tertarik dengan kandungan yang berbeza-beza
3. Fanpage anda juga tidak ada topik khusus atau niche yang spesifik
4. Produk pulak macam pasaraya, semua benda nak dipromosikan
Bukanlah saya nak kata, anda pasti gagal dapat sales, tetapi lazimnya, jika anda buat macam ni, gunalah apa skrip sekalipun, anda pasti gagal dapat sales. So anda masih lagi perlukan proper planning untuk menjamin kejayaan anda menggunakan skrip ini.
5. Adakah skrip ini menyalahi terma dan syarat FB dan bagaimana pula jika pihak FB ubah polisi?
Selagi skrip ini masih berfungsi, bermakna ia masih lagi tidak menyalahi terma dan syarat FB. Setakat apa yang saya perhatikan, penggunaan skrip ini tidaklah menjadi satu kesalahan.
6. Ada tak sebarang kos tambahan setelah guna skrip ini?
TIADA. Untuk bina laman web berkonsepkan blog, anda boleh guna servis percuma seperti yang disediakan oleh pihak google, iaitu blogspot.
Jika anda ingin gunakan domain dan hosting sendiri, iaitu menggunakan platform blog berbayar dari wordpress misalnya, kos anda adalah untuk langgan domain dan hosting. Jika anda melanggan pakej hosting dari pihak NetKL, kosnya adalah sekitar RM60 sahaja setahun.
Jika anda tak tau macam mana nak pasang blog wordpress anda sendiri, boleh baca artikel saya sebelum ini berjudul: Panduan pemasangan blog wordpress self hosted
7. Bagaimana kalau nak dapatkan lagi banyak likes
Jika anda ingin dapatkan lagi banyak likes, anda perlu improve trafik yang masuk ke laman blog anda. Maksudnya, anda perlu banyakkan menulis atau siarkan artikel-artikel yang menarik yang sesuai dengan niche anda.
Apabila laman web anda mempunyai aliran trafik yang konsisten, contohnya sekitar 300++ trafik setiap hari, anda mungkin akan dapat jumlah likes sekitar 10 ~ 20 likes setiap hari secara automatik. Kadang-kadang, boleh jadi jugak likes tak sampai 10 orang walaupun trafik banyak, sebabnya mungkin orang yang sama yang hari-hari baca blog anda.
Bacaan tambahan:
Anda rasakan kaedah ini tak berapa sesuai untuk anda? Tak ada masalah. Ada banyak lagi cara yang anda boleh guna untuk naikkan likes. Saya dah senaraikan disini:
1. Koleksi cara berkesan tingkatkan dan dapatkan likes pada FB Fanpage
Alhamdulillah, siap dah. Inilah serba sedikit yang dapat saya kongsikan mengenai skrip samsengFB. Moga saya dapat memberi pencerahan kepada anda.
Jika anda ada sebarang pertanyaan, bolehlah tanyakan dibahagian komen dibawah.
Leave a Reply