Rutin kerja Internet Marketer yang juga seorang Blogger

by sabree hussin on February 8, 2017

in Pemasaran Internet

Saya pernah tulis pasal rutin kerja harian sebagai seorang Internet Marketer dalam blog ni sebelum ni. Itupun saya tulis pada bulan Julai tahun 2015. Sekarang ni kita dah pun berada di tahun 2017.

Klik untuk baca: Jadual dan rutin harian Internet Marketer Malaysia

 

Jadi kali ini, saya nak share serba sedikit lifestyle sebagai internet marketer yang mungkin anda patut tahu. Kalau nak tau sama ada kerjaya sebagai Internet Marketer ni best ke tidak, bolehlah baca perkongsian saya ni. This is the lifestyle of Internet Marketer and Blogger.  

Setiap kali ada emel yang masuk, saya boleh terus baca melalui handphone sahaja. Jadi, kebiasaannya saya tak perlu semak inbox dengan kerap.

 

Kalau pada hari tu ada pembaca dan pelawat blog ni yang tanya apa-apa soalan yang berkaitan dengan topik yang biasa saya kongsikan dalam blog ni, maka saya akan berikan jawapan yang terbaik. Sesetengah emel yang saya terima, saya akan jawab terus menerusi emel juga.

 

Sesetengah emel yang saya terima, jika perlu saya akan jawab dalam bentuk blogpost. Terutama sekali kalau jawapan untuk soalan tersebut memerlukan saya berikan penerangan yang agak panjang. Mungkin saya perlu provide screenshot dan juga beberapa imej bagi memudahkan proses penerangan.

 

Kita bukannya tahu, setakat mana pemahaman dan tahap cerdik orang yang bertanya. Pada saya, biar terlebih terangkan daripada langsung tak cukup. Bila terangkan tapi tak cukup lengkap, akhirnya nanti saya juga yang susah, kena terangkan balik semula.

 

Ataupun lagi tak best, saya terangkan lain, dia faham lain. Kemudian dia kongsikan pulak benda yang dia salah faham tu kepada orang lain. Saya pulak nanti yang dikatakan “ajar benda mengarut… ”

 

Cek inbox emel saya yang lagi satu. Manalah tau kalau-kalau ada tempahan iklan yang perlu saya siarkan dalam blog ni. Kalau ada yang berminat, rules yang saya tetapkan simple je. Bayar dulu then saya akan mulakan kerja. So far, semua pelanggan yang saya berurusan tak ada masalah dengan rules ni.

 

Caj yang saya kenakan pun sebenarnya tidaklah tinggi sangat. Itupun kalau anda nampak nilai pengiklanan dalam blog ni.

Sebelum tulis artikel iklan, saya perlu study dulu produk yang nak dipromosikan. Kadang-kadang saya dapati, selepas saya study produk tersebut, saya boleh jual produk itu lebih baik berbanding pemilik asal produk tu.

 

Artikel iklan yang baik memerlukan proses kerahan idea yang lain daripada yang lain. Memanglah perkataan itu adalah percuma, tapi berapa ramai penulis yang mengalami sindrom writer’s block setiap kali nak mula menulis? Ada ramai.

 

So, anda tolong saya dengan beri saya bisnes, saya tolong anda semula dengan mempromosikan bisnes anda. Jika tak sanggup beri saya bisnes, boleh cari penulis lain, ataupun buat sahaja kerja-kerja pemasaran sendiri.

 

Buka laman web Lazada. Ini sebab nak tengok berapa banyak jumlah klik yang berjaya saya hasilkan pada hari sebelumnya, dan nak tengok ada atau tidak conversion untuk produk-produk yang saya promosikan. Kalau ada Alhamdulillah. Kalau tak ada, redha. Cuba lagi dengan teknik dan skil pemasaran yang berbeza.

laman-web-lazada-malaysia

Kemudian, buka pula laman web Involve Asia. Laman web Involve Asia ni saya promosikan secara biasa-biasa sahaja. Tak agresif macam saya promosikan produk yang dijual di Lazada Malaysia.

 

Sejak saya mula aktif tawarkan perkhidmatan iklan dalam blog ini, saya kena lebih alert dengan prestasi iklan yang disiarkan dalam blog ni.

 

Setiap hari saya akan semak, bagaimana prestasi iklan tersebut di laman web carian Google. Adakah sudah berjaya masuk ke page pertama Google? Atau… adakah artikel yang asalnya dah masuk ke page pertama Google, kena tendang ke page belakang-belakang pulak.

 

Kalau masih maintain kat page pertama Google, Alhamdulillah. Boleh tarik nafas lega. Kalau masih belum berjaya masuk ke page pertama Google, maknanya ada banyak lagi kerja kena buat.

 

Sesetengah kata kunci memang cukup degil dan cukup payah untuk masuk ke page pertama google. Lebih-lebih lagi untuk kata kunci yang ada banyak persaingan. Pada waktu catatan ini saya tulis, saya sedang bersaing untuk ranking kata kuncibelajar buat blog dan juga kata kunci kerja dari rumah dengan iLancee.

 

Memandangkan bukan saya seorang yang cuba untuk dapatkan kedudukan pertama bagi kata kunci tersebut, maka cabarannya agak besar. Tak apa. Benda ni boleh diusahakan.

 

Seorang klien meminta saya untuk tulis satu artikel advertorial dan ingin saya sasarkan kata kunci tertentu (yang memang banyak saingan). Ini memang kata kunci untuk buat duit, dan siapa yang berjaya masuk ke page pertama, memang peluang sangat cerah untuk buat duit.

 

Masalahnya, kedudukan artikel yang telah saya hasilkan tak berapa konsisten. Kejap masuk page pertama, kejap terkeluar sampai ke page kedua, dan baru-baru ni saya tengok artikel iklan tersebut terperosok jauh ke page kelima. Ini satu perkembangan yang mencabar ego saya sebagai penulis dan pengguna teknik search engine optimization.

 

Mujurlah, prestasi artikel iklan saya tu tetap berkali ganda lebih baik kalau nak bandingkan dengan web milik klien yang langsung tak nampak bayangnya dia search engine. Jangan risau, walaupun sukar, saya akan pastikan kerja-kerja pemasaran akan terus dilakukan secara berkala supaya artikel tersebut akan dapat kedudukan yang baik di search engine.

 

Buka laman web Facebook. Ada beberapa page yang memang saya duk bukak hampir setiap hari. Antaranya

(1) Pseudoscience Watch [Link]

Page ni pernah kena block dengan FB sebelum ini. Kat fanpage ni, dapatlah saya tahu beberapa program scam dan juga penjual-penjual serta pengamal perubatan alternatif yang menggunakan sains palsu dan juga sentimen agama semata-mata untuk jual produk.

 

(2) SAY NO To MLM [Link]

Page anti MLM. Banyak dedahkan tentang penipuan-penipuan tentang skim MLM.

 

(3) Rafizi Ramli [Link]

Page politik Ahli Parlimen Pandan. Susah nak jumpa ahli politik macam ni. Banyak dedahkan isu-isu rakyat dan salah guna kuasa kerajaan Malaysia yang dipimpin oleh parti Barisan Nasional. Pihak BN hanya setakat mampu kata “ini fitnah…” tapi langsung tak ada sebarang hujah atau bukti yang membuktikan pendedahan tersebut adalah fitnah.

 

(4) Saya Sayang Tun Dr Mahathir  [Link]

Kadang-kadang ada artikel yang ditulis sendiri oleh Tun M. Saya suka baca dan banyak perkara boleh belajar dari cara penulisan Tun M. Tun M bukannya jenis yang cakap kosong dan setiap yang dikatakan pasti ada sumber yang boleh kita rujuk semula.

 

(5) Friends of BN – Barisan Nasional [Link]

Ok saya buka juga page ni sebagai “cross check” bagi page-page politik lain sebelum ini. Page ni bosan sikit dan lebih kepada kaki ampu. Biarlah… setiap page kan ada matlamat dia sendiri.

 

Dah boring baca update terkini dari page-page ni semua, bukak balik laman web Lazada. Kali ini, nak kenalpasti apa produk yang nampaknya ada potensi untuk dipromosikan dalam blog ini.

 

Buat market research sikit. Baca testimoni, baca review produk kalau ada. Kemudian buat pula kajian kata kunci atau keyword research. Bila dah betul-betul puas hati, baru tulis artikel promosi pasal produk tu.

 

Apa yang best dengan Lazada ni ialah, walaupun kita tengah cerita pasal produk lain, dan ada prospek yang klik pada link affiliate saya, tetapi dia beli produk lain, saya masih lagi akan dapat komisen. Walaupun cara buat duit dengan Lazada ni pada pemerhatian saya, agak leceh dan bukannya besar sangat pun komisennya, tapi sedikit sebanyak ia membantu untuk saya dapat buat duit online.

Klik untuk baca: Pengalaman buat duit dengan Lazada sepanjang tahun 2016

 

Baru teringat, ada banyak lagi buku yang pinjam kat perpustakaan negara itu hari yang masih banyak yang belum dibaca. Cari masa sikit untuk baca beberapa helai, dan kalau boleh nak baca at least satu bab dalam sehari.

 

Blog ni perlu dipastikan sentiasa hidup. Perlu sentiasa ada artikel terkini. Perlu pastikan jumlah trafik sentiasa maintain ditahap ribu-ribu, barulah In Shaa Allah, income pun boleh dapat ribu-ribu.

 

Itu kalau anda nak gunakan blog sebagai medium pemasaran. Kalau anda lebih minat nak jadi Internet Marketer yang fokusnya pada Facebook, Instagram, atau email marketing misalnya, besar kemungkinan rutin anda juga akan berbeza.

 

Internet marketer yang juga seorang penulis blog, fokusnya bukan semata-mata untuk jual barang. Sebaliknya, dia juga perlu berikan tumpuan untuk memastikan laman blognya kekal menarik. Supaya dengan ini, akan sentiasa ada pembaca baru yang sudi datang ke blognya.

 

Inilah dia… sedikit sebanyak yang dapat saya kongsikan.

 

 

Be Sociable, Share!

{ 7 comments… read them below or add one }

Anuar February 10, 2017 at 5:52 pm

Ya… Kerja jadi internet marketing ni memang mencabar… full time pulak tu…

Reply

mrhanafi February 13, 2017 at 3:33 am

saya sekarang pun dah ada kerja baru selain blogger..kalau boleh inilah pekerjaan yang boleh saya wariskan kepada anak-anak yang berminat

Reply

sabree hussin February 14, 2017 at 12:09 pm

Bagus tu mrhanafi, pilihlah sebuah kerjaya yang boleh dijadikan sebagai legasi dalam keluarga

Reply

reezluv February 13, 2017 at 8:43 am

tapi bagi mereka yang fokus emel marketing dan fbads, tak pandang pun blogging ni..kan

Reply

sabree hussin February 14, 2017 at 12:50 pm

Bagus jugak bila diorang tak kacau line blogging ni hehe

Reply

zik February 15, 2017 at 1:45 am

perghh fb page tuh sama tuh.. duk tengok2 .. tapi amran fans aku pun ada jenguk2 jerla.. tapi idea tak datang jugak..

Reply

sabree hussin February 15, 2017 at 2:30 pm

Hang layan Amran Fans jugak ka haha

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: