Rose Face Serum Zeeta – Rahsia bagaimana menghilangkan jeragat dan parut jerawat sepantas 14 hari

by sabree hussin on August 19, 2017

in Produk

Anda ada masalah jerawat dan jeragat?

 

Adakah anda sedang mencari penyelesaian pantas kepada masalah jerawat dan jeragat?

 

Anda berada di tempat yang betul. Sekejap lagi, dalam masa kurang dari 5 minit, saya akan tunjukkan kepada anda satu cara yang cukup berkesan untuk hilangkan jerawat, jeragat termasuklah bekas jerawat dengan cara yang cepat dan selamat.

cara-hilangkan-jeragat-paling-berkesan

Selepas anda mengetahui rahsia ini, anda boleh ucapkan selamat tinggal kepada masalah kulit buat selamanya.

 

Sebelum tu, saya ada teka-teki untuk anda. Dalam banyak-banyak bunga, bunga apa yang boleh digunakan untuk menyembuhkan masalah kulit dan menjadikan kulit lebih halus dan licin?

 

Hint dia… bunga ni ada banyak disekeliling kita dan mudah juga diperolehi. (jawapan saya berikan di akhir artikel ni)

 

Sesetengah orang, mereka memilih untuk buat tak tau dengan masalah jerawat. Mereka anggap masalah jerawat ni adalah perkara remeh.

 

Boleh jadi mereka beranggapan yang jerawat ini akan hilang sendiri bila dah sampai masanya. Tapi kita semua tahu, ia tak akan berlaku seperti itu.

 

Jerawat tumbuh silih berganti. Ia mungkin tak akan tumbuh ditempat yang sama, tetapi yang pasti, apabila ia hilang, ia akan meningggalkan kesan parut yang hodoh. Ya, kesan parut jerawat.

 

Selama ini, mungkin ada antara kita yang fikir, tiada cara untuk hilangkan bekas dan parut jerawat. Kalau ada cara sekalipun, mungkin ianya sangat mahal atau perlu melalui prosedur yang rumit.

 

Mempunyai kulit wajah yang bermasalah bukanlah sesuatu yang menyeronokkan. Selain menyakitkan, ia juga memalukan.

 

Cuba bayangkan apabila anda perlu berada dihadapan khalayak ramai, kemudian setiap orang yang berada dihadapan anda seolah-olah lebih fokus kepada jerawat yang banyak bertaburan di muka anda. Apa perasaan anda?

 

Pengalaman seperti ini, mungkin tak akan dirasai oleh semua orang. Tetapi, bagi mereka yang kerja seharian memang perlu mengadap orang ramai, pasti akan rasa tak selesa. Silap-silap boleh hilang confident.

 

Itu belum lagi kita ambil kira mulut-mulut nakal yang tegur… “besar jerawat, mimpi basah ke ha3…”

 

Anda lebih faham keadaan anda. Betapa kritikal dan betapa pentingnya untuk anda selesaikan masalah kulit wajah dan menjadikan wajah anda lebih berseri-seri. Jadi, tanpa membuang masa, saya ingin kongsikan kepada anda, produk terbaik untuk menghilangkan jerawat dan jeragat, inilah dia… Rose Face Serum Zeeta.

rose-face-serum-zeeta-untuk-masalah-jerawat

Apa benda Rose Face Serum Zeeta ni?

Produk ini merupakan serum muka berasaskan Rose Organik No.1 Di Malaysia. Cara penggunaan serum ini adalah dengan kaedah semburan dan ianya berkesan untuk menghilangkan jerawat, jeragat dan parut jerawat sepantas 14 hari.

 

Kesan penggunaan bagi setiap individu adalah berbeza-beza, dan untuk rekod, ada juga pengguna Rose Face Serum Zeeta ini, yang dah nampak kesan positif hasil penggunaan serum mawar ini secara konsisten seawal 7 hari.

 

Bawah ini adalah feedback dari pengguna serum ini.

rose-face-serum-zeeta-testimonial-pengguna

Bukan cuma pengguna ni sahaja yang dah rasai kesan positifnya. Ada ramai lagi.

 

Ini satu lagi testimoni daripada pengguna Rose Face Serum Zeeta ini. Katanya selepas spray di wajah, jerawat pun dah tak tumbuh. Kalau ikut kebiasaan, memang kulitnya jenis yang senang tumbuh jerawat.

kesan-penggunaan-rose-face-serum-zeeta

Apa yang terkandung dalam sebotol Rose Face Serum Zeeta ini?

Dalam sebotol serum ini, ia mengandungi Vitamin E, Vitamin C, Omega 3 dan Omega 6 yang sangat penting untuk melindungi kulit dari kesan panas cahaya matahari.

 

Secara ringkasnya, berikut adalah penerangan tentang betapa pentingnya nutrisi yang terkandung dalam sebotol serum ini untuk kesihatan kulit wajah kita.

 

(1) Vitamin E

Fungsinya adalah untuk menghalang radikal bebas (free radicals) yang terdapat banyak di udara dari merosakkan kulit kita. Vitamin E juga di sebut sebagai anti oxidant.

 

Apabila kulit kita ni terdedah kepada radikal bebas, ia menyebabkan berlakunya proses penuaan pada kulit. Sekiranya kita boleh lawan free radicals dari kulit, kita boleh mengurangkan kesan kedutan dari berlaku dengan cepat dan jaga sel kulit muka agar sentiasa kelihatan muda.

 

Sebab tu ada pengguna serum ini yang guna secara kerap dah boleh nampak kesan kedutan pada kulit mula hilang.

 

(2) Vitamin C

Seperti Vitamin E, vitamin C ini juga kaya dengan anti oxidant. Namun, vitamin C mempunyai peranan untuk mengaktifkan sel muka dan menghasilkan collagen, iaitu molekul penting untuk kulit yang sihat.

 

Pengambilan vitamin C selalunya sama ada dengan cara kita makan atau sapu pada kulit. Hasilnya ia akan merangsang kulit untuk menghasilkan collagen.

 

Vitamin C ini juga penting sebab dia yang akan merawat kesan ultraviolet (uv). UV ni yang akan rosakkan kulit muka, istilahnya photodamage. Photodamage ni merujuk kepada kerosakkan yang biasa berlaku pada kulit disebabkan oleh pendedahan kepada sinar UV.

 

Biasa kita dengar orang makan kolagen kan? Sebenarnya, cara yang lebih baik adalah kita makan vitamin C atau sapukan vitamin tersebut pada bahagian yang kita mahukan. Biarkan kulit menghasilkan kolagen secara natural.

 

(3) Omega 3

Kulit mmg perlukan asid lemak (fatty acid) macam omega 3 bagi mengekalkan kelembapan, normalkan pengeluaran minyak dan untuk maintain keanjalan kulit.

 

Sama seperti vitamin C, Omega 3 turut memainkan peranan penting untuk melindungi kulit dari kesan photodamage dan kesan sunburn. Kesan sunburn ni dipanggil “inflammatory skin response”. Lebih kurang macam kesan terbakar apabila kulit terkena minyak panas.

 

Ataupun bagi mereka yang biasa berjemur ditengah panas, juga akan alami kesan ini.

 

Omega 3 dalam minyak ikan yang kita makan, akan pergi ke hati, di proses dan barulah akan ke kulit untuk fungsi yang sama. Sebaliknya, Omega 3 yang kita sapukan pada kulit akan pergi ke bahagian sasaran dengan lebih cepat.

 

(4) Omega 6

Omega 6 ni kaya dengan linoleic acid, dan ianya ringan serta nipis rasa minyaknya. Peranan dia adalah untuk menyuburkan kulit tapi tak rasa berat berminyak.

 

Omega 6 ni berperanan untuk mengekalkan fungsi kulit sebagai pelindung muka kita dan mengurangkan sel kulit dr mengelupas. Orang yg ada masalah jerawat kebiasaannya disebabkan oleh kurang linoleic acid. Ini yang menyebabkan muka dia kurang keupayaan “melindungi” dan kulit jadi senang di serang bahaya dr uv dan toxic udara.

 

Rose Face Serum ini memang diformulasikan mengandungi 4 bahan ini. Lagi satu yang bagusnya, apabila spray pada muka, ianya tidak meleleh. Nutrisi yang terkandung dalam serum ini, menjadikan produk ini sebagai produk terbaik untuk hilangkan parut jerawat dan jeragat.

 

Lagi testimoni pengguna Rose Face Serum Zeeta

Memang ada banyak lagi testimoni daripada pengguna Rose Face Serum ni. Jom kita lihat dulu, apa kata pengguna-pengguna serum ini.

 

“Sejak pakai Serum Rose ni, parut dah banyak pudar walaupun pakai belum sampai sebulan.

Nur Zubilah

testimoni-pengguna-rose-face-serum-dari-zeeta

 

Lihat gambar sebelum dan selepas penggunaan Rose Face Serum ini. Boleh nampak kesan-kesan parut jerawat dan jeragat mula kian pudar. Ini bukan gambar photoshop atau edit ok.

testimoni-rose-face-serum-zeeta

Untuk makluman anda, Rose Face Serum Zeeta ni juga turut digunakan bagi tujuan menghilangkan kesan parut. Mungkin ada antara pembaca blog ini yang pernah alami kemalangan dan kesan dari kemalangan tersebut, ada parut yang jelas kelihatan.

 

Spraykan sahaja Rose Face Serum Zeeta ini.

testimoni-rose-face-serum-zeeta

Jika anda juga ada mempunyai masalah kulit seperti pengguna-pengguna sebelum ini, anda juga boleh cuba gunakan produk ini.

 

Macam mana cara nak guna Rose Face Serum ni?

Cara gunanya sangatlah mudah. Hanya perlu spray sahaja di wajah anda.

 

Ya, buat mereka yang masih agak baru, mungkin teragak-agak dan ingin tahu macam mana cara sebenar nak spray kan? Ok lihat video ni. Perhatikan betul-betul macam mana cara penggunaannya ya. Sila tekan butang play ya.

 

Dah tengok video tu? Harap-harap lepas ni anda tau la macam mana nak gunakan ye. Sebenarnya, spray sedikit sahaja pun boleh.

 

Tapi disebabkan produk ni wangi dan syok bila di spray, terasa nak spray banyak-banyak kali pulak!

 

Berapa harga Rose Face Serum Zeeta ini dan kat mana boleh dapatkan serum tersebut?

Ya, saya tahu anda juga dah tak sabar nak dapatkan produk terbaik untuk hilangkan parut jerawat ni.

rose-face-serum-zeeta-harga-promosi

Harga sebotol adalah RM50 sahaja. Harga ini tidak termasuk caj penghantaran.

 

Setiap botol serum Rose Face ini mengandungi 70ml dan untuk penggunaan secara konsisten, ia boleh tahan selama dua bulan.

 

Rahsia untuk dapatkan diskaun produk Rose Face Serum Zeeta

Psst…

 

Benda ni rahsia. Kalau anda jenis yang rajin membaca, anda pasti akan nampak rahsia ini. Tetapi, kalau anda bukan jenis yang membaca, atau jenis yang baru baca tajuk dah terus komen “PM” maka kebarangkalian untuk anda nampak rahsia ni mungkin agak rendah.

 

Macam yang saya dah cerita sebelum ni, harga produk ni ialah RM50 untuk satu botol. Walaupun begitu, anda boleh dapat dengan harga yang lebih murah, dengan syarat…

 

Anda jadi ejen! Ya, jadi ejen untuk syarikat. Lihat poster dibawah.

harga-diskaun-rose-face-serum

Untuk jadi ejen, yurannya adalah serendah RM350 sahaja. Dalam masa yang sama, anda juga akan dapat

(1) 10 botol Rose Face Serum 

Kalau beli sebotol harganya ialah RM50. Tetapi kalau jadi ejen, anda akan dapat 10 botol Rose Face Serum, dan disini anda dapat diskaun sebanyak RM25 untuk setiap botol.

 

(2) Percuma Booklet Produk

Anda akan dibekalkan dengan maklumat produk lain yang turut dijual oleh Zeeta.

 

(3) Free Gift menarik

Hmm… hadiah misteri. Apa agaknya ya? Misteri ni. Kalau nak tahu, kena jadi ejen la.

 

(4) Bimbingan marketing yang terbukti berkesan

Setelah menjadi ejen, anda tidak akan dibiarkan keseorangan. Ada tenaga pengajar yang akan bantu anda menunjukkan cara-cara untuk buat marketing. Sebagai ejen, anda akan ada 10 botol Rose Face Serum ditangan anda, dan kalau anda tak pakai, boleh jual selebihnya.

 

Sampai bila tawaran ini akan dibuka? Wallahua’lam. Mungkin untuk tempoh terhad sahaja.

 

Anda boleh daftar sebagai ejen zeeta menerusi pautan ini. Saya galakkan anda bertindak CEPAT kalau betul minat nak dapatkan tawaran ini. Sebabnya pada bila-bila masa, mungkin tawaran ini akan ditutup.

 

Selepas anda jadi ejen, anda akan dapat harga istimewa untuk restock produk ni. Bagus, kan?

 

Kalau waktu anda baca artikel ini, dan pautan tersebut dah tak berfungsi, bermakna tawaran sebagai ejen tu pun dah ditutup la ya.

 

Saya berminat untuk buat tempahan serum mawar ini, bagaimana caranya?

Buat masa ini, ada beberapa cara yang anda boleh gunakan untuk buat tempahan.

 

Cara pertama – Menerusi Facebook

rose-serum-face

Facebook rasmi adalah Zeeta Pakar Mawar

 

Cara kedua – Menerusi Instagram

Boleh cari instagram rasmi menerusi @zeetaofficial

 

Cara ketiga – Menerusi Whatsapp

Untuk whatsapp, boleh hubungi nombor ini 019-2209069

 

Cara keempat – Menerusi Laman web Rasmi  

Laman web rasmi mereka ialah http://www.zeeta.com.my

Kalau anda layari laman web rasmi Zeeta, anda bolehlah lihat lain-lain produk berasaskan mawar yang turut dijual.

 

Terima kasih saya ucapkan kerana anda sudi luangkan masa untuk baca perkongsian saya tentang bagaimana nak hilangkan parut jerawat ini. Ya, caranya adalah dengan menggunakan Rose Serum Face Zeeta.

 

Mudah sahaja. Hanya perlu spray sahaja.

 

Oh by the way, jawapan untuk teka teki kat atas tu, ialah bunga mawar atau bunga ros. Ada banyak juga artikel dan jurnal kajian yang dah diterbitkan yang mengkaji kelebihan bunga mawar. In Shaa Allah, saya kongsikan apa kelebiha bunga mawar dilain masa.

 

Ps: Anda ada masalah kulit mengelupas tak? Kalau anda ada masalah kulit sensitif macam Cik Mila ni, guna spray Rose Face Serum ni pun sesuai.

testimoni-rose-face-serum

Cubalah serum ini. Ia mungkin adalah penyelesaian kepada masalah kulit yang anda hadapi selama ini.

 

Terima kasih saya ucapkan kerana anda sudi baca perkongsian saya tentang Rose Face Serum Zeeta ini. Semoga buat pembaca yang ada masalah kulit, dapat beroleh manfaat dari perkongsian ni.

 

 

 

Be Sociable, Share!

{ 19 comments… read them below or add one }

Leave a Comment

Previous post:

Next post: