Setelah hampir seminggu saya mendaftarkan blog ini di laman web Advertorial.MY sekarang ni barulah saya ada sedikit masa untuk tulis review mengenai platform terbaru yang memang sangat awesome untuk para blogger di Malaysia ni.
Kalau kat luar negara, portal seperti ini memang cukup banyak dan dikenali dengan pelbagai nama. Apa taknya, mereka lebih terkedepan dalam hal-hal melibatkan pemasaran seperti ini. Kita pun boleh join portal dari luar negara.
Memandangkan saya sendiri lagi selesa menulis dalam bahasa Melayu. Jadi nak tak nak, terpaksalah saya lupakan je dulu hasrat nak buat duit dengan blog menerusi kaedah penulisan advertorial.
Kat laman web utama Advertorial.MY ini anda boleh lihat iklan milik saya.
Seperti yang anda dapat lihat, saya join pada 22 August 2014. Jadi, review yang saya tulis mengenai platform Advertorial.MY ini juga 100% adalah berdasarkan daripada pengalaman saya sendiri.
Macam mana nak buat duit dengan platform Advertorial.MY?
Sebenarnya ada tiga cara nak buat duit menerusi platform ni.
Saya akan ceritakan satu per satu supaya tak bercampur aduk dan untuk mengelakkan daripada anda keliru.
Cara pertama, job berbayar menulis artikel review
Sebelum saya tulis dengan lebih panjang… adakah anda tahu apa yang dimaksudkan dengan advertorial?
Advertorial sebenarnya adalah gabungan dua patah perkataan, iaitu advertising (pengiklanan) dan juga editorial. Ringkasnya, ia adalah satu bentuk pengiklanan dalam bentuk editorial atau penulisan.
Setengah orang memanggilnya dengan nama seperti servis article write up.
Walaupun namanya berbeza, namun fokusnya adalah sama. Iaitu bertujuan untuk mengiklankan sesuatu produk, servis atau bisnes atau sebarang info menerusi editorial.
Anda boleh baca lebih lanjut mengenai maksud advertorial disini.
*
Situasi usahawan dan peniaga online/ offline di Malaysia…
Pemerhatian ini saya buat berdasarkan pada klien-klien yang pernah mendapatkan khidmat marketing consultation dari saya. Apa yang saya dapat simpulkan, mereka ini kebanyakkannya masih lagi kurang mendapat pendedahan mengenai kaedah pemasaran secara online.
Bila kita kata bisnes mereka perlu diiklankan, automatik mereka akan bayangkan dua kaedah pengiklanan sahaja. Sama ada iklan menggunakan FBAds atau iklan menggunakan google adwords.
Apa boleh buat… mungkin kaedah pengiklanan advertorial ini sedikit asing buat mereka. Kalau ada yang pernah dengar mengenai kaedah pengiklanan menerusi blog pula, majoriti daripada mereka akan mengambil langkah yang salah!
Nak tahu apa yang berlaku?
Mereka akan buat laman web sendiri. Kemudian, mereka akan setup laman blog sendiri. Mereka akan mula luangkan masa untuk menulis artikel, dari satu artikel ke satu artikel, sedangkan sebelum ni mereka bukanlah seorang penulis blog. Mereka adalah usahawan, bukan blogger.
Kemudian, satu hari mereka dapati, nak menjual menerusi blog bukan sesuatu yang mudah. Ada banyak perkara yang mereka perlu tahu, antaranya
1. SEO marketing
2. Content marketing
3. Copywriting
4. Backlinking
5. Blogwalking
6. … dan banyak lagi
Akhirnya, bila mereka mula sedar, ada terlalu banyak kerja yang mereka perlu buat, akhirnya… blog entah ke mana. Bisnes pulak entah ke mana. Sepatutnya, masa yang ada tu, digunakan dengan sebaiknya untuk uruskan bisnes, bukannya tulis blog dan bersaing pula dengan laman-laman blog yang memang dah kuat.
**
Adakah anda juga berhadapan dengan dilema tersebut?
STOP!
Tanpa ilmu yang betul menerusi kaedah pemasaran menggunakan medium blog… Blog anda mungkin
1. Tidak akan di index oleh enjin carian google
2. Blog anda tidak akan masuk ke page pertama google
3. Anda perlu hasilkan sekurang-kurangnya 50 artikel barulah google menemui blog anda.
Jika tiga perkara ini berlaku, segala usaha anda menulis blog akan jadi sia-sia. Bukan ke lagi baik anda serahkan kerja-kerja menulis blog ini kepada yang memang dah sedia pakar. Kepada saya misalnya…. ehem.
***
Bagaimana cara untuk menyenaraikan laman web produk anda di page pertama google?
Cara biasa yang sering dilakukan oleh para usahawan online adalah membeli slot iklan dari pihak google.
Jadi apa masalahnya? Lagipun, ramai lagi yang gunakan kaedah pengiklanan seperti ini, betul tak?
Satu je masalahnya, iklan anda akan terus berada di muka surat pertama google selagi anda masih lagi membayar untuk mendapatkan kedudukan tersebut. Apa jadi lepas anda kehabisan bajet pengiklanan anda?
Jawapannya… Google akan buang iklan anda, dan gantikan dengan iklan dari pengiklan lain.
Berita baik untuk anda.
Jika anda seorang penulis blog, anda mungkin dah biasa dengan teknik ini. Namun, jika anda bukan penulis blog, adalah lebih baik anda outsource sahaja kerja-kerja mempromosikan produk anda di laman carian google kepada blogger.
Lihat salah satu contoh
Anak panah berwarna biru mewakili iklan berbayar. Selagi bajet pengiklan masih ada, selagi itu iklan itu akan berada di page pertama google. Selepas bajet iklan habis, iklan tu akan kena buang dengan pihak google.
Untuk kekal berada di page pertama seperti itu, anda perlu sentiasa tambahkan bajet pengiklanan. Sebenarnya, iklan disitu sentiasa berubah pemiliknya.
Kotak berwarna merah pula adalah blog saya.
Itu adalah artikel review yang saya pernah hasilkan sebelum ini. Anda boleh lihat tarikh artikel tersebut saya tulis adalah pada 21 haribulan April 2014.
Pada waktu screenshot ini diambil, ia berada dikedudukan pertama untuk organic listing. Kadang-kadang artikel tu akan jatuh ke kedudukan nombor dua. Namun yang pasti, ia akan tetap berada di kedudukan pertama laman carian google. Menarik, kan?
Kaedah ini memang berkesan!
Artikel yang mengiklankan produk ini akan terus berada di page pertama google tanpa perlu saya bayar apa-apa kepada google. Selagi ia berada di page pertama google, selagi itu ia berpotensi untuk jana pendapatan menerusi jualan produk tersebut.
Jadi, para usahawan, peniaga online dan pengiklan tegar menggunakan FBAds dan juga google Adwords, sekarang ni anda dah boleh pertimbangkan untuk dapatkan servis dari blogger pula untuk naikkan lagi bisnes anda. Hubungi pihak Advertorial.MY
****
Apa sebenarnya fungsi sebenar laman web Advertorial.MY?
Jika anda ada masa, saya amat menyarankan anda study laman web Advertorial.MY ini. Kerana dari situ, anda pasti akan dapat gambaran sebenar mengenai fungsi dan peranan laman web ini.
Kalau ikut kefahaman saya, Advertorial.MY ini berfungsi sebagai orang tengah, yang menghubungkan antara penulis blog dan juga usahawan online yang ingin mengiklankan produk-produk mereka.
Para blogger boleh gunakan servis laman web ini untuk mengiklankan blog atau blog-blog milik mereka.
Manakala untuk usahawan, ini memudahkan mereka untuk mencari blog mana yang berpotensi untuk dijadikan platform bagi memperkenalkan produk mereka kepada umum.
Jika anda seorang blogger dan berminat untuk mengetengahkan servis menulis review ini kepada beribu-ribu malah berjuta-juta usahawan online, maka anda boleh sertai Advertorial.MY ini sekarang.
1. Layari laman web Advertorial.MY
2. Buat pendaftaran
3. Submit blog anda
4. Pihak Advertorial.MY akan mengiklankan blog anda secara online
5. Pengiklan akan hubungi anda secara terus untuk deal dan dapatkan servis dari anda.
Urusniaga antara anda dan juga pengiklan adalah tertakluk sepenuhnya pada anda. Sama ada anda nak reject atau nak terima tawaran tersebut. Berapa yang anda nak caj juga terpulang pada anda.
Anda boleh tawarkan servis anda dari serendah RM30 – RM350 kepada advertiser. Seterusnya, jika persetujuan dicapai, pengiklan akan terus membuat bayaran ke akaun bank anda tanpa melalui pihak Advertorial.MY
*****
Kalau urusniaga antara blogger dan juga pengiklan adalah tanpa melalui pihak Advertorial.MY, jadi macam mana pihak Advertorial.MY nak dapat untung? Macam mana mereka nak buat duit?
Ini anda tak perlu risau.
Buat masa ini, yang saya perasan terdapat sekurang-kurangnya dua cara bagaimana pihak Advertorial.MY buat duit. Mereka pun perlukan sumber kewangan untuk memastikan laman web dan sistem operasi mereka berjalan dengan lancar.
Sumber pertama ialah menerusi yuran keahlian yang dikenakan kepada para blogger.
Manakala sumber kedua adalah dari caj listing blog yang perlu dibayar oleh blogger, jika blogger tersebut ingin menggunakan fungsi Featured listing. Kalau anda tak minat nak buat sebarang bayaran untuk menyenaraikan blog anda, boleh guna fungsi normal listing sahaja.
… dan ya, untuk menyenaraikan laman blog anda di sistem Advertorial.MY, anda perlu buat pembayaran untuk pendaftaran. Laman web ni bukan untuk blogger yang just suka-suka nak daftar. Kemudian tak jenguk langsung apa jadi kat blog dia. Ini juga untuk mengelakkan berlakunya lambakkan blog blog sampah yang dah tak aktif daripada disenaraikan di laman web ini.
******
Jadi betul ke boleh buat duit dengan Advertorial.MY ni?
Ini contoh emel yang saya terima
Ada juga yang menghubungi saya menerusi Facebook
dan juga
Selepas anda join Advertorial.MY dan anda senaraikan blog anda, anda mungkin akan mula dihubungi oleh pengiklan yang berpotensi untuk dapatkan servis dari anda.
Nasihat saya… pandai-pandailah nak deal.
Ada yang senang berurusan dengan kita, ada yang mungkin akan menyusahkan kita kembali. So, jangan kelabu mata nak ambik semua job. Fikir betul-betul nak ambik job dari siapa dan caj tu, jangan terlalu murah.
Ingat, artikel review tu (dipanggil advertorial) akan berada di laman carian google untuk satu tempoh masa yang lama. Mungkin setahun atau mungkin selama-lamanya. Anda pula hanya mendapat manfaat sekali sahaja. Jadi, ia tak berbaloi kalau anda caj murah sangat.
Baik, setakat ni saya dah cerita mengenai cara pertama untuk para blogger buat duit dengan Advertorial.MY
*******
Cara kedua, buat duit dengan program affiliate Advertorial.MY
Untuk makluman anda juga, pihak Advertorial.MY turut menawarkan program affiliate.
Lagi ramai blogger yang kita dapat ajak untuk sertai platform ini, lagi besar potential income yang anda boleh dapat.
Untuk cara buat duit kedua ini, iaitu menerusi program affiliate, ianya begitu straight forward. Jadi tak perlulah rasanya untuk saya terangkan dengan panjang lebar, kan.
********
Cara ketiga,tambahkan jualan untuk bisnes anda
Cara ini khusus untuk anda yang mendaftar sebagai advertiser.
Cuba anda bayangkan, jika laman web anda berada di muka surat pertama enjin carian google tanpa anda perlu membelanjakan satu sen pun untuk tujuan iklan adwords.
Laman web anda pula kekal dikedudukan itu selama bertahun-tahun lamanya!
Inilah rahsia pemain-pemain dan pakar SEO buat duit secara berulang-ulang kali dan secara autopilot. Mereka ada laman web yang berada di page pertama google.
Potential buyer sentiasa ada setiap hari untuk mendapatkan servis atau produk mereka. Menarik bukan?
Ok… lets be real.
Mungkin laman web anda tak akan masuk ke page pertama google. 🙂
Tapi, anda masih lagi ada peluang bagus. Apa kata anda, kalau laman web enjin carian google, dipenuhi oleh iklan-iklan advertorial dari blogger berbeza, dan semuanya mempromosikan produk anda? … selama bertahun-tahun lamanya pulak tu.
Free advertising.
Free credibility.
… dan banyak lagi.
Jika anda dah sedia untuk merasai sendiri pengalaman seperti ini, ada caranya. Saya akan ceritakan dalam artikel yang akan datang.
Stay tune dan selalu-selalulah baca blog saya ya.
Kita jumpa lagi.
Semoga artikel ini bermanfaat untuk anda dan perniagaan anda.
blogger lelaki says
nampak macam best..tapi takut tak boleh beri komitmen..sesiapa yang ada kelapangan dan rajin tu boleh la join
sabree hussin says
la… bro busy bwat benda apa tu? Kenapa tak boleh bagi komitmen pulak ni
muja says
i am still trying. hari tu macam ada yang mintak no hp,, then senyap,, hmm,, tak pe,, kita tunggu lagi.. 😀
sabree hussin says
Cuba lagi Muja 🙂
Letak caj mahal sangat kot hhe
zik says
belum register lagi… tak terkejar den..hehe..
sabree hussin says
La… pasepa tak terkejar pulak ni Zik
titan says
Yap.
benda ni memang leh buat duit.
sabree hussin says
Yap.
Alhamdulilah sekarang ni saya pun dah mula jana income dengan program ni.
Nanti akan buat second round punya review untuk program ni
ilasaleh says
penerangan yang sangat jelas.. dan saya rasa bertuah pulak tetiba.. bertuah sebab saya memulakan blog sekitar 5 tahun yang lepas.. masa tue saja2 mcm diary utk anak2.. setahun kebelakangan nie saya cuti tanpa gaji kerana menjaga anak yg tak sihat.. saya meniaga online & review produk yg saya jual tue berada di laman pertama goggle!
sekarang saya faham kenapa review produk yg saya buat tue berada di laman pertama gogle bila baca entri ini.. mungkin encik nak baca ranking gogle blog saya tue.. di sini http://kokoadik.blogspot.com/2014/09/ekstrak-kacip-fatimah-utm-ranking.html tq so muchhh sebab penerangan tuan sangat jelas!!
sabree hussin says
Terima kasih ilasaleh, kalau macam ni memang dah berpengalaman dah ni dalam kerja-kerja review me review ni. Patut boleh kembangkan lagi bakat tu
daddydee says
Wah boleh cuba program ni. Macam menarik…
sabree hussin says
Dah join ke belum ni?
Ainie says
Nak jadi publisher saja kena bayar jugak ke?
sabree hussin says
Kalau nak guna sistem dan platform advertorial.MY memang kena bayar.
Kalau tak nak bayar apa-apa, buat sistem pemasaran sendiri. Caranya adalah dengan cari pengiklan sendiri.
Bayaran yang dikenakan adalah sebagai komitmen fee dan caj penggunaan sistem pemasaran yang mereka bangunkan