Rahsia Jurus Pemikat Jualan

by sabree hussin on July 25, 2016

in Buku & Bahan Bacaan

Rahsia jurus pemikat jualan – Bagaimana memukau emosi pembeli untuk terus membeli.”

 

Ya. Sebagai seorang yang buat duit dalam bidang jualan, sudah tentu kita nak prospek kita beli setiap produk, ataupun perkhidmatan yang kita promosikan kepada mereka. Kita sedia maklum, pembeli membeli sesuatu barangan bukan sebab logik, sebaliknya disebabkan oleh emosi.

 

Emosi adalah perasaan jiwa yang kuat di dalam hati atau sanubari seperti suka, marah, teruja, sedih, gembira, takut, berani dan sebagainya yang mampu untuk mempengaruhi segala tindak tanduk manusia. Dalam bidang jualan juga begitu. Pelanggan membeli kerana dipengaruhi oleh emosi yang menguasai dirinya, kemudian barulah dia akan memberikan justifikasi menurut logik akal kenapa sesuatu keputusan itu dilakukan.

 

Jadi, apabila kita mempunyai pengetahuan, kemahiran, dan kaedah yang dapat digunakan untuk memanipulasi emosi bakal pelanggan supaya mereka lebih cenderung untuk membeli produk yang kita jual atau promosikan, tidakkah ini merupakan satu skil yang sangat bermanfaat, yang dapat bantu kita meningkatkan jualan kita?

 

panduan-tulis-ayat-power Buku berjudul Rahsia Jurus Pemikat Jualan ini menawarkan pembacanya untuk menguasai dan memiliki ilmu tersebut!

 

Ilmu apa? Ilmu untuk memikat dan memukau emosi pembeli agar terus membeli dan terus beli dari kita.

 

Kejayaan dalam bidang jualan dapat diramal. Orang putih kata, the success is predictable.

 

Jika anda berada dalam bidang jualan, namun anda kurang gembira dengan hasil jualannya, itu bukan bermaksud anda adalah seorang jurujual yang lemah. Ini semua terjadi kepada anda mungkin disebabkan anda tidak memiliki bahan rujukan dan bacaan yang betul yang dapat mengajar anda bagaimana nak berjaya dalam bidang ini.

 

“Boleh bagi saya contoh ayat-ayat power yang saya boleh gunakan untuk promosikan produk yang saya jual ni?” 

 

Sepanjang saya buat duit dalam bidang jualan, dan menjual menggunakan kuasa perkataan dan ayat, selalu juga saya ditanya tentang ayat-ayat power. Adakah saya mempunyai koleksi ayat-ayat power yang dapat saya kongsikan dengan orang lain? Ada yang minat nak beli, dan ada juga yang nak mintak koleksi ayat-ayat power dari saya secara percuma.

 

Saya malas nak komen apa-apa terhadap mereka-mereka yang begitu rakus meminta-minta itu dan ini secara percuma, sebabnya saya tak kenal anda, dan saya tak tau apa situasi anda. Mungkin anda ada sebab yang kuat, kenapa anda patut minta secara percuma sedangkan orang lain ada yang sanggup BAYAR untuk dapatkan sesuatu yang bernilai pada dirinya.

 

Baiklah. Biar saya beritahu anda satu perkara. Pada pandangan saya, adalah lebih baik anda lupakan sejenak niat anda untuk cari koleksi ayat-ayat power tu. Saya nak berikan anda sesuatu yang lebih baik berbanding koleksi ayat-ayat power, iaitu ILMU macam mana nak hasilkan ayat-ayat power. Bagaimana? Berminat?

 

Buku ini adalah salah satu daripada banyak-banyak buku yang saya jadikan rujukan untuk bina ayat-ayat jualan dalam kempen pemasaran saya. In fact, untuk tulis artikel dalam blog pun, saya rujuk beberapa panduan yang dimuatkan dalam buku ini. Jadi, bolehlah saya katakan, buku ini, Rahsia Jurus Pemikat Jualan, pernah menjadi satu rujukan terpenting untuk saya hasilkan artikel yang mempunyai kuasa menjual.

 

Jom lihat apa kandungan yang dimuatkan dalam buku ini.

 

Bahagian 1 – Pengenalan

Apa itu Jurus?
Apa itu Jurus Rahsia?
Apa itu Pemikat Jualan?
Apakah yang anda faham dengan Jualan?
Kaitan Jualan dengan perniagaan anda
Cara terbaik untuk menyampaikan mesej jualan
Kaitan antara emosi manusia dengan jualan
Melakukan jualan keatas emosi pembeli

 

Jatuh atau bangun sesuatu perniagaan, sangat berkait rapat dengan faktor jualan.  Agak kelakar, bila ada individu yang kata, nak buat bisnes tapi tak nak buat jualan. Hakikatnya, bisnes tersebut tak akan bertahan lama jika langsung tidak melakukan jualan.

 

Dari pemerhatian saya, mana-mana bisnes yang kononnya tak perlu buat jualan, hanya menggunakan ayat “tak perlu buat jualan” sebagai gimik jualan semata-mata. Ayat ini berperanan untuk menarik PERHATIAN individu-individu yang minat nak buat bisnes tapi tak minat atau takut nak buat jualan. Setelah berjaya tarik perhatian, barulah si penjual ni tadi akan terangkan apa dia yang dimaksudkan dengan konsep “bisnes yang tak perlu buat jualan.”

 

Kalau dalam teknik copywriting versi orang putih, kita ada teknik yang dinamakan sebagai teknik AIDA. AIDA ini pula bermaksud

A – Attention
I – Interest
D – Desire
A – Action

 

Konsep ini pula, jika kita terjemahkan dalam bahasa Melayu, ia menjadi

Attention – Perhatian (P)
Interest – Minat (M)
Desire – Keinginan (K)
Action – Tindakan (T)

 

Akronim P, M, K, dan T jika disusun dengan cara ini, maka terhasillah perkataan PMKT atau PeMiKaT. Aha, rupanya dari sinilah datangnya perkataan Pemikat dalam frasa Jurus Pemikat.

 

Dalam bahagian 1 ini, pembaca akan belajar bagaimana faktor emosi memainkan peranan yang sangat kuat dalam proses jualan. Setelah kita pikat emosi bakal pelanggan, barulah kita mengajak bakal pelanggan itu tadi untuk beli produk yang kita jual.

 

Bahagian 2 – Tujuh Syarat Jurus Pemikat Jualan

Syarat #1 – Berjurus terus kepada emosi pembeli
Syarat #2 – Berjurus dengan penuh keunikan
Syarat #3 – Tentukan dimana kedudukan jurusan anda
Syarat #4 – Bagaimana jurusan dapat disampaikan secara beremosi?
Syarat #5 – Jurusan yang mampu memberikan pulangan
Syarat #6 – Berjurus terus pada sasaran dan tempat yang betul
Syarat #7 – Berjurus terus menggunakan kekuatan minda separa sedar anda

 

Dalam buku ini, anda akan dapat pelajari bahawa terdapat lima kunci emosi manusia membeli. Maksudnya? Jika nak memikat emosi pelanggan untuk membeli, kita kena tahu dan kuasai lima kunci ini, iaitu

(1) Emosi takut kehilangan atau ketinggalan
(2) Emosi keinginan untuk dapatkan lebih
(3) Emosi keinginan untuk berasa selesa dan mudah
(4) Emosi untuk bermegah
(5) Emosi keatas kepuasan diri

 

Sekarang, tanyakan pada diri anda, adakah produk yang anda jual, dapat dipersembahkan dengan cara supaya ia boleh memuaskan antara salah satu kriteria daripada lima kunci emosi yang disebutkan ini?

 

Salah satu produk yang saya promosikan, iaitu Panduan Jobdirumah, iaitu panduan yang mengajar bagaimana untuk bekerja dari rumah sebagai seorang freelancer. Saya dapati panduan ini boleh dipersembahkan dan dipromosikan dengan menggunakan kunci emosi keinginan untuk dapatkan lebih, keinginan untuk berasa selesa dan mudah serta emosi keatas kepuasan diri.

bekerja_dari_rumah

No wonder la produk ini agak mudah untuk convert kepada jualan, dan satu lagi, ia juga agak mudah untuk hasilkan artikel promosi.

 

Bahagian 3 – Tujuh Jenis Jurus Pemikat Jualan

Bagaimana jurus bertindak?
Jurus pemikat jualan #1 – Jurus Tarik
Jurus pemikat jualan #2 – Jurus Cipta
Jurus pemikat jualan #3 – Jurus Tolak
Jurus pemikat jualan #4 – Jurus Tekan
Jurus pemikat jualan #5 – Jurus Pancung/Potong
Jurus pemikat jualan #6 – Jurus cucuk/suntik
Jurus pemikat jualan #7 – Jurus Penunduk

 

Bahagian 3 ini adalah salah satu bahagian yang penting. Ia akan mengukuhkan lagi pembacaan dan penguasaan terhadap ilmu jualan seperti yang dipelajari dalam bab-bab sebelumnya.

 

Setiap jurus yang dinyatakan dalam bahagian ini, iaitu jurus tarik, cipta, tolak, tekan, pancung/potong, cucuk/suntik dan akhir sekali jurus penunduk semuanya ada penerangan yang tersendiri. Sebagai contoh, jurus tarik. Mungkin ada dalam kalangan pembaca yang tertanya-tanya, apa benda sebenarnya yang terkandung dalam jurus tarik ni?

 

Dalam jurus tarik ni, kita akan tarik PERHATIAN pelanggan. Kita juga akan tarik MINAT pelanggan. Masih ingat lagi di awal-awal tadi yang saya ada sebutkan tentang konsep “bisnes yang tak perlu jual barang”?

 

Ini adalah salah satu contoh yang boleh digunakan untuk menarik minat orang ramai untuk mendengar tawaran kita, lebih-lebih lagi jika anda terlibat dalam bisnes jenis MLM atau networking. Salah satu cara untuk menarik minat orang untuk dengar tentang peluang perniagaan yang ingin kita perkenalkan ialah dengan memberitahu kelompok sasaran bahawa terdapat satu bisnes yang boleh dilakukan tanpa perlu jual barang.

 

Bahagian 4 – Lima Jurus Booster Pemikat Jualan Anda

Jurus ‘Booster’ Pemikat Jualan #1 – Berikan pilihan YA kepada prospek anda
Jurus ‘Booster’ Pemikat Jualan #2 – Dengan sekali tindakan berjurus tidak mencukupi
Jurus ‘Booster’ Pemikat Jualan #3 – Jujur dan realistik ketika berjurus
Jurus ‘Booster’ Pemikat Jualan #4 – Berjurus pada waktu yang betul
Jurus ‘Booster’ Pemikat Jualan #5 – Berjurus melalui tiga langkah

 

Dalam bahagian 4 ini pula, anda akan pelajari jurus tambahan bagi meningkatkan lagi peluang anda untuk menaikkan jualan. Saya nak cerita tentang jurus booster pemikat jualan #1 sahaja disini sebabnya ini adalah salah satu kaedah yang kerap saya gunakan.

 

Sebelum kita nak ceritakan tentang tawaran kita, kita buatkan prospek kita menjawab YA kepada persoalan-persoalan yang kita telah sediakan.

 

Contoh 1 Menjual Panduan Bekerja Dari rumah

Syarat #6 – Berjurus terus pada sasaran dan tempat yang betul
Jurus pemikat jualan #1 – Jurus Tarik
Jurus ‘Booster’ Pemikat Jualan #1 – Berikan pilihan YA kepada prospek anda

Sasaran pelanggan: Golongan pelajar IPTA/IPTS

Adakah anda adalah seorang pelajar?

Adakah anda sedang mencari pendapatan tambahan untuk beli buku rujukan dan lain-lain bahan ilmiah?

Mahukah anda buat kerja sambilan sebagai seorang jurutaip, data entry, dan anda boleh lakukan semua ini hanya dari rumah?

 

Selalunya golongan sasaran akan menjawab YA untuk ketiga-tiga soalan. Apa yang berlaku disini ialah, kita dapatkan jawapan YA daripada bakal pelanggan dengan memberikan mereka tiga soalan yang menjurus kepada jawapan YA. Prospek itu tadi mungkin akan jawab YA dalam hati sahaja. Apabila diawal-awal lagi kita dah berjaya buatkan prospek jawab YA, selalunya kita akan mendapat peluang yang baik untuk tukarkan prospek ini kepada pelanggan. Cubalah.

 

Kalau anda perasan, sesetengah penulis akan memulakan penulisan mereka dengan perkataan YA. Kenapa agaknya ya? Ini sebabnya. Apabila diawal-awal lagi anda telah menyebut kata keramat YA, maka akan lebih mudah untuk anda (pembaca) bersetuju dengan setiap idea mahupun cerita yang dibawakan oleh penulis itu tadi.

 

Contoh 2 Menjual Ubat Resdung

Adakah anda selalu rasa gatal dibahagian muka dan terasa seperti ada sesuatu sedang menjalar di muka anda?

Adakah kulit muka anda ditumbuhi jerawat sehingga meninggalkan kesan parut?

Adakah anda menghadapi masalah nafas berbau?

Jika jawapan anda adalah YA, besar kemungkinan anda menghidapi masalah resdung!

 

Baiklah, ini hanya sebahagian sahaja yang bakal anda pelajari dari buku Rahsia Jurus Pemikat Jualan ini. Sebenarnya ada banyak lagi yang anda bakal pelajari. Saranan saya, dapatkan buku ini, baca, ulang pembacaan, terus praktikkan. Saya percaya, anda akan dapat lihat perbezaannya.

 

Paling penting dan paling ketara, ayat-ayat jualan anda dah tak bosan lagi. Buku ini pun tidaklah begitu tebal. Ia mengandungi 109 muka surat sahaja. Buku ini ditulis oleh Zahrul Azua Kamaluddin dan ia diterbitkan oleh Truewealth Publishing. Cetakkan pertama buku ini adalah pada tahun 2009.

 

Memandangkan pada waktu catatan ini ditulis, saya tak dapat cari link untuk anda buat tempahan secara online, maka saya rasa anda terpaksa cari buku ini di kedai-kedai buku berhampiran anda. Itupun selagi stok masih ada ya.

 

Apa pun, jika anda serius nak berjaya dalam bidang jualan, especially menjual menggunakan artikel atau penulisan, ini adalah buku yang patut anda miliki untuk dijadikan sebagai rujukan. Selamat membaca, semoga berjaya dan moga-moga lepas ini anda akan lebih banyak dapat sales selepas mempraktikkan apa yang anda pelajari dalam buku ini!

 

 

Be Sociable, Share!

{ 7 comments… read them below or add one }

egtukar July 25, 2016 at 10:32 pm

nak menjual pun, xboleh suka-suka je jual..memang kena ada jurus pemikat.hehe

Reply

anuar July 25, 2016 at 10:36 pm

Banyaknya info jurus pemikat jualan yg dikongsikan dalam entri ini.. sebahagiannya saya pernah baca sebelum ini.. sebahagiannya lagi merupakan ilmu baru buat saya…

Reply

mrhanafi July 28, 2016 at 6:50 am

buku yang hebat dan menarik untuk dipelajari

Reply

Noriza Rahman August 2, 2016 at 9:56 am

Bagusnya buku ni untuk diamalkan, nanti nak cari juga la

terima kasih

Reply

Raihanah August 4, 2016 at 9:46 am

menariknya ni

Reply

Amir Zil-el-Saif Abdullah August 4, 2016 at 10:19 pm

Makin banyak baca artikel2 macam ni, makin rendah rasanya ilmu yang saya ada.. Perlu ngadap blog ni sampai pagi nampak gayanya.. 😀

Reply

Rahsia Pemikat Jualan November 6, 2018 at 8:54 am

Blogging dan affiliate program adalah cara buat duit yang paling praktikal di internet. Update blog setiap hari dan artikel baru terus memantapkan pendapatan daripada blogging. Hanya perlu kesabaran, rajin menulis, rajin membaca.

Reply

Leave a Comment

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post: