Promosikan perniagaan Offline anda secara Online dengan teknik yang berkesan

by sabree hussin on March 10, 2016

in Pemasaran Internet

Adakah anda merupakan seorang pemilik perniagaan dan mempunyai premis perniagaan anda sendiri? Boleh saya tahu, mahukah anda mengetahui kaedah promosi secara online yang berkesan dan pada masa yang sama, ayat-ayat iklan anda sentiasa mendapat sambutan dan selalu ada orang like, komen dan mungkin akan ada yang dengan sukarela bantu share iklan anda.

 

Bagaimana? Berminat tak nak tahu? Berapa nak kena bayar? Eh mana ada nak kena bayar apa-apa. Saya kongsikan dalam blog ni secara percuma sahaja. Tak ada sebarang bayaran yang perlu dilakukan. Saya tau sikit, jadi saya share sikit. Nanti-nanti, bila saya ada info tambahan, saya share lagi dalam blog ni.

 

Anda hanya perlu baca sahaja. Jika anda merasakan apa yang saya bakal ceritakan dalam perkongsian kali ini makes sense dan sesuai diamalkan untuk perniagaan anda, maka sila amalkan. Kalau anda nak share artikel ini juga saya amat alu-alukan. Baiklah, saya nak cerita tentang bagaimana caranya untuk mempromosikan perniagaan offline anda secara online dengan kaedah yang berkesan.

internet-marketing-channels

 

Bila kita kata perniagaan secara offline ni, saya maksudkan perniagaan seperti kedai runcit, kedai gunting rambut, kedai dobi, bengkel kereta dan sebagainya. Jenis-jenis perniagaan seperti ini, memang agak mustahil untuk dijalankan secara online.

 

Sebagai contoh, jika anda pemilik kedai gunting rambut. Macam mana anda nak gunting rambut pelanggan anda secara online pulak? Kan mustahil tu. Nak tak nak perniagaan seperti ini tetap perlu dijalankan secara offline. Walaupun perniagaan dijalankan secara offline, namun tak bermakna anda tak boleh promosikan perniagaan anda secara online.

 

Hakikatnya, anda akan dapat lebih ramai prospek jika anda turut mempromosikan perniagaan anda secara online.

 

Kita teruskan kepada agenda UTAMA kita iaitu macam mana caranya untuk kita promosikan perniagaan kita secara online.

 

Pertama sekali, pastikan anda mempunyai laman web khas untuk perniagaan anda. Benda ni masih ramai juga yang terlepas pandang. Apa yang boleh saya katakan, masih banyak lagi perniagaan-perniagaan offline kat luar sana yang tidak mempunyai laman web sendiri.

 

“Saya dah ada FB Fanpage, adakah saya masih perlu ada laman web untuk perniagaan saya sendiri?”

 

Ini adalah antara soalan yang biasanya akan ditanyakan oleh para pemilik perniagaan. Cukup ke sekadar bergantung kepada FB Fanpage.

 

Baiklah, saya tak dapat nak berikan anda jawapan yang straight to the point. Saya tak akan jawab YA mahupun TIDAK. Tetapi, saya nak anda nilaikan sendiri pendapat yang bakal saya kongsikan ini.

 

Daripada pemerhatian yang saya lakukan, kebanyakkan perniagaan yang tidak mempunyai laman web sendiri, namun mempunyai FB Fanpage terbukti masih lagi dapat menjalankan kerja-kerja promosi secara online. Kebiasaannya, pemilik Fanpage akan menggunakan iklan berbayar FBAds bagi mendapatkan dan meluaskan capaian iklan (reach).

 

Strategi ini cukup berkesan untuk memastikan iklan anda dilihat oleh pengguna Facebook. Walaubagaimanapun, satu perkara yang kurang menyeronokkan ialah, apabila anda berhenti buat bayaran untuk beriklan. Pada waktu itu, jumlah capaian menjadi semakin rendah dan lama-kelamaan hanya tinggal beberapa orang sahaja yang dapat lihat apa yang anda post di wall.

 

Apabila sambutan semakin kurang, dan kos iklan makin bertambah, lama kelamaan fanpage tersebut akan mula ditinggalkan dan pemilik fanpage tersebut mula beralih kepada projek baru, dan memulakan fanpage yang baru pula. Fanpage bisnes sebelum ini? Ia mula ditinggalkan dan terus senyap sunyi.

 

Adakah situasi ini akan berubah sekiranya anda menggunakan laman web perniagaan untuk menjalankan kerja-kerja pemasaran? Ya sudah tentu. Laman web khusus untuk perniagaan, jika anda masukkan fungsi blog, ataupun anda membina laman web perniagaan menggunakan konsep laman blog, anda akan tetap menerima pelawat walaupun anda sudah jarang mengemaskini laman web tersebut.

 

Dengan syarat anda menerapkan teknik SEO dalam setiap konten yang anda siarkan di laman web anda. Sampai satu tahap, anda boleh lihat sendiri menerusi statistik laman web, bahawa anda turut menerima pelawat yang asalnya mereka adalah pencari maklumat tertentu di laman web enjin carian seperti google, yahoo, bing! dan sebagainya. [7 Sebab kenapa anda perlu wujudkan blog khusus untuk bisnes anda]

 

Ini bahagian pertama. Kena pastikan anda dah ada laman web perniagaan anda, sama ada menggunakan konsep web statik ataupun konsep blog. Kalau nak mudah, guna sahaja konsep blog. Ia lebih santai dan percayalah, pengunjung laman web anda juga lebih suka membaca sesuatu yang lebih berbentuk santai berbanding something yang kaku.

 

Siap bahagian pertama kita move on ke bahagian seterusnya, iaitu kita nak jalankan pemasaran menggunakan medium Facebook. Kenapa Facebook? Mudah sahaja. Sebab pada hari ini, boleh dikatakan semua orang ada akaun Facebook. Saya juga begitu. Malahan saya ada lebih daripada satu akaun Facebook (termasuk fake profile haha)

 

Biasa dengar FB Group? Cuba anda taipkan nama kawasan tempat anda tinggal ataupun nama kawasan dimana perniagaan anda dijalankan. Sebagai contoh, kedai saya berada di Meru, Klang maka saya taipkan kata kunci “meru” di search box di Facebook. Lihat gambar dibawah.

buat-duit-fb-group

Seperti yang anda boleh lihat pada gambar diatas ni, hasil carian untuk kata kunci tersebut memberikan banyak group yang dibina yang khusus untuk penduduk di kawasan tersebut. Mungkin ada antara ahli yang dah tak aktif, ataupun yang tak tau pun dirinya di add masuk dalam group tersebut. Tak apa, itu kita cerita lain kali.

 

Bila anda dah dapat senarai group yang berkaitan dengan tempat tinggal anda, maka anda joinlah group tersebut. Bermula dari waktu anda diterima masuk itulah, anda patut siap sedia dengan kempen-kempen pemasaran anda.

 

Untuk memudahkan kerja-kerja pemasaran yang bakal anda jalankan, pastikan anda dah siap sedia dengan template seperti berikut

(1) Template ayat memperkenalkan diri

(2) Template ayat memperkenalkan perkhidmatan yang anda tawarkan

(3) Template ayat yang menceritakan tentang pengalaman anda menjalankan perniagaan

(4) Template ayat yang menceritakan tentang pengalaman anda berurusan dengan ragam pelanggan

(5) Pastikan setiap kali anda post sesuatu, anda sertakan juga link url laman web anda

 

Ramai orang buat silap dalam fasa ini. Mereka meninggalkan iklan dalam bentuk iklan hard sell semata-mata. Sebenarnya beriklan di group ada seni dan kaedahnya. Gunakan pendekatan seolah-olah anda sedang bercerita. Orang suka baca dan suka ambik tahu cerita tentang orang lain, tapi orang cukup menyampah nak baca ayat-ayat iklan yang bajet best.

 

Jika anda post sesuatu yang 100% iklan, dan bukannya bercerita, biasanya post anda akan kena remove tanpa komporomi lagi oleh pihak admin. Anda dah sia-siakan usaha anda untuk beriklan jika begitu. Bukan itu sahaja, jika anda terus menerus beriklan, kebarangkalian untuk anda kena remove juga agak tinggi.

 

Sebaik-baiknya adalah gunakan kaedah bercerita. Bila kita bercerita, kadang-kadang admin pun akan rasa pening. Nak delete, cerita tu best pulak. Nak biarkan, post tu bunyi macam iklan, nak tak nak admin terpaksa biarkan jugak. Ok saya nak bagi contoh iklan dalam cerita.

 

Misteri Pokok Besar di sebelah klinik

Korang mesti biasa nampak kan pokok besar kat tepi klinik kerajaan dekat pekan meru kan. Ok ni nak cerita pengalaman masa saya lalu sorang-sorang kat depan pokok besar tu.

Hari tu memang lain sikit dari kebiasaan. Customer ramai pulak yang datang kedai. Untuk tak menghampakan customer yang dah lama tunggu, so saya pun tutup kedai lewat sikit. Customer terakhir siap kalau tak silap masa tu pukul 12.40 malam dah. Saya sorang-sorang masa tu, jadi saya pun cepat-cepat tutup kedai.

Kalau ada yang masih tak tau, saya sebenarnya bukak kedai ___ (jenis perniagaan anda) kat (lokasi). Masa dalam perjalanan balik tu, saya lalu depan pokok tu.

Tiba-tiba saya terhidu bau wangi. Entah macam mana, sayup-sayup terdengar pulak seolah ada suara orang perempuan memanggil.

Korang pun pernah kena macam ni ke?

 

Dalam cerita ringkas ni, anda tarik perhatian ahli group lain untuk baca kisah misteri anda. Kemudian anda ceritakan apa pengalaman yang anda lalui. Di samping itu, anda juga perkenalkan apa sebenarnya bisnes yang anda jalankan. Dalam cerita ada promosi.

 

Sebenarnya ini cuma salah satu kaedah penceritaan yang anda boleh lakukan. Tak semestinya anda hanya bercerita tentang kisah-kisah misteri, sebaliknya anda boleh juga gunakan pendekatan seperti

(1) Bercerita tentang tempat-tempat menarik yang ada di kawasan anda yang mungkin orang lain tak pernah tahu

(2) Bercerita tentang berita terkini

(3) Kongsikan sebarang perkembangan terbaru tentang tempat anda

 

Yang penting jangan sesekali menulis iklan semata-mata. Banyakkan berkongsi dalam bentuk penceritaan. Cerita yang menarik pasti orang akan suka baca. Selain itu, anda juga perlu sentiasa alert pada setiap post terbaru yang disiarkan dalam group tersebut.

 

Jadi antara yang terawal untuk klik like, komen dan sebagainya. Sebaik-baiknya komen, untuk menarik perhatian orang lain akan kewujudan anda. Anda tak perlu jual apa-apa dalam group tersebut. Fungsi group tersebut hanya untuk bersosial.

 

Anda boleh masukkan mesej-mesej jualan anda, sama ada di laman web anda, ataupun di wall FB Personal anda. Bukannya di group. Ok faham dah?

Panduan dominasi FB Group

Klik sini sekarang

 

Teknik penceritaan dalam menghasilkan jualan

Teknik ini juga sebenarnya turut dikenali sebagai teknik story selling. Sebagai seorang pemasar, kita menghasilkan cerita yang dimasukkan ke dalamnya mesej-mesej jualan. Adakalanya, jika seseorang itu benar-benar mahir menggunakan teknik ini, pembaca ataupun prospek langsung tak perasan yang mereka sebenarnya sedang membaca iklan.

 

Apa yang berlaku seterusnya ialah, secara automatik, prospek itu tadi terus menghubungi kita dan membuat tempahan. Jika tak buat sebarang tempahan sekalipun, mereka akan hubungi kita untuk dapatkan maklumat tambahan.

 

Di pihak prospek itu tadi, dia menyangkakan proses ini berlaku secara semulajadi, iaitu keinginan untuk mengetahui dengan lebih lanjut atau keinginan untuk mendapatkan produk yang diiklankan berpunca daripada keinginan dirinya sendiri secara natural. Sebenarnya tidak. Minda mereka telah dirangsang untuk menyukai apa yang kita kongsikan sehingga tanpa sedar mereka terus bertindak untuk membeli.

 

Menarik kan teknik story selling ini.

 

Teknik yang sama ini jugalah yang banyak saya gunakan dalam penulisan blog. Dan kalau anda nak tahu, kebanyakkan sales yang berjaya saya perolehi, kebanyakkannya adalah daripada penggunaan teknik ini.

 

Baiklah, semoga anda dapat belajar sesuatu yang bermanfaat dari pengkongsian saya ini.

 

 

Be Sociable, Share!

Leave a Comment

Previous post:

Next post: