Platform Shopee bukanlah satu platform yang asing bagi kita semua.
Ramai orang kenal Shopee sebagai tempat untuk shopping barang murah.
Sama ada nak shopping alat tulis, buku novel, barang rumah, makanan ringan, sampailah ke peralatan elektrik, barangan komputer dan pelbagai lagi.
Mungkin anda pernah tengok iklan barang tertentu, yang anda rasa minat nak beli.
Tapi sebelum nak terus buat pembayaran, anda akan buka dulu apps Shopee untuk semak harga, berapa banyak penjimatan yang anda boleh dapat kalau beli melalui platform ini.
Biasalah.
Sebagai pengguna bijak, kita mesti nak buat perbandingan harga dulu sebelum buat pembelian, kan?
Tapi sedarkah anda, Shopee bukan sekadar tempat untuk membeli-belah semata-mata?
Ia juga merupakan sebuah platform yang cukup berpotensi untuk bantu kita jana pendapatan tambahan.
Ramai yang mencari peluang untuk menambah pendapatan tanpa menggangu kerja hakiki.
Bagi yang masih belum ada kerja dan belum ada pendapatan sendiri, mereka juga tercari-cari lubuk untuk buat duit.
Dan Shopee adalah antara pilihan yang mudah untuk anda pertimbangkan.
Kenapa platform Shopee?
Ada banyak kaedah yang kita boleh cuba untuk menghasilkan pendapatan.
Kali ini kita akan fokuskan perbincangan kita pada platform Shopee.
Apa yang membuatkan Shopee sebagai pilihan yang baik untuk mereka yang baru nak bermula?
Ada beberapa sebab.
(1) Kos permulaan yang rendah
Anda tak perlukan kedai fizikal untuk mula menjalankan perniagaan menerusi platform Shopee.
Anda boleh buka kedai digital dan mula beroperasi hanya dari rumah.
Asalkan anda mempunyai produk untuk dijual, walaupun hanya satu jenis produk sahaja, anda sudah boleh mula berniaga di platform Shopee.
(2) Akses kepada jutaan pelawat dan pembeli
Shopee mempunyai jumlah pengguna aktif yang tinggi. Setiap hari ada berjuta orang pengguna yang melayari laman web Shopee atau mengakses melalui apps.
Produk anda boleh dilihat oleh ribuan orang tanpa perlu bayar iklan yang mahal.
Terdapat sekurang-kurangnya dua kaedah untuk mula menjana pendapatan melalui Shopee
i. Menjadi penjual (seller)
Kaedah yang pertama adalah dengan menjadi penjual.
Perbincangan mengenai cara untuk jadi penjual di platform Shopee bukanlah fokus penulisan kali ini. Tapi kalau anda minat nak jadi penjual, saya syorkan anda lanjutkan pembacaan di laman web ini.
ii. Menjadi Ejen Affiliate
Cara kedua untuk buat duit melalui platform Shopee adalah dengan menjadi ejen affiliate.
Sebagai ejen affiliate, peranan kita bukannya jual barang. Kita hanya perlu fokus untuk mempromosikan produk-produk yang ada dijual di platform Shopee.
Ada beza ya, antara jual barang dengan promosikan barang.
Dalam affiliate marketing, kita tak perlu jual barang.
Cukup sekadar kita fokus kepada buat pemasaran.
Kemudian, kalau ada orang yang tekan klik pada link affiliate anda, dan seterusnya dia buat pembelian, anda akan dapat bayaran komisen.
Mari kita berfikiran realistik.
Kaedah affiliate ini sebenarnya bukan untuk semua orang.
Walaupun kita katakan affiliate marketing ini bagus, tetap akan ada orang yang kata, program affiliate ini ada banyak kekurangan dan kelemahan.
Pada saya, itu normal.
Tapi kalau anda jenis orang yang seperti berikut maka affiliate marketing ini mungkin pilihan yang baik untuk anda.
i. Tak nak pegang stok barang
ii. Tak ada masa nak uruskan bab pembungkusan dan penghantaran
iii. Tak ada masa nak layan pelanggan
iv. Sanggup luangkan masa untuk cipta konten pemasaran
Kalau anda menepati kriteria seperti diatas, bermakna kaedah affiliate marketing adalah sesuai untuk anda cuba, kalau nak jana pendapatan.
Program affiliate Shopee ini adalah antara program affiliate yang cukup mudah untuk dijalankan dan mudah untuk hasilkan komisen.
Kita hanya perlu kongsikan pautan produk dan sekiranya ada orang beli melalui pautan tersebut, kita akan dapat komisen.
Kalau anda baru pertama kali dengar tentang program affiliate Shopee dan inginkan maklumat yang lebih lanjut, sila luangkan sedikit masa untuk baca perkongsian ini.
Saya hasilkan artikel ini khusus buat mereka yang masih baru, yang masih mencari rentak untuk memulakan kerja-kerja pemasaran. Saya juga akan bincangkan beberapa strategi promosi yang anda boleh gunakan.
Apa itu Program Affiliate Shopee?
Kita mulakan dengan persoalan “apa”.
Mungkin diluar sana, ada yang baru pertama kali dengar tentang program affiliate ni dan anda mempunyai pertanyaan, apa benda sebenarnya program affiliate Shopee ni?
Sebenarnya program affiliate Shopee ini lebih kurang sama sahaja dengan lain-lain program affiliate diluar sana.
Kalau anda pernah dengar tentang konsep program affiliate, dan faham sikit-sikit, apa itu program affiliate, bermakna anda juga boleh faham apa itu program affiliate Shopee.
Konsep dia serupa.
Kita bertindak sebagai seorang ejen pemasaran.
Sebagai ejen, kita akan menggunakan segala teknik pemasaran yang kita ketahui dan mampu gunakan, bagi tujuan mempromosikan produk-produk yang dijual diplatform tersebut, dan akhirnya kita mensasarkan supaya kita berjaya mendapatkan jualan.
Apabila ada orang yang tekan klik pada pautan produk yang kita promosikan, lalu mereka ini membuat pembelian, disitu kita akan diberikan komisen.
Apa yang menarik sekali ialah, individu ini tak semestinya perlu beli produk yang kita promosikan.
Kadang kita promosikan jam tangan G-Shock, tapi orang yang tekan klik pada link affiliate kita tu, dia beli benda lain.
Tak perlu risau kalau orang tak beli barang yang kita promosikan, sebabnya kita masih akan terima bayaran.
Asalkan mereka pernah klik link affiliate kita, dan seterusnya buat pembelian, kita masih akan tetap menerima ganjarannya.
Kelebihan Program Affiliate Shopee
Sebelum kita nak sertai sebarang program, sudah tentu kita nak tahu apakah terdapat sebarang kelebihan yang khusus pada program tersebut.
Untuk program affiliate Shopee ini, saya kira ini adalah antara kelebihan yang ada padanya.
(1) Anda tak perlu modal
Anda tak perlu keluarkan modal dalam bentuk wang ringgit untuk memulakan program ini.
Berbeza dengan kebanyakkan bisnes yang ada diluar sana yang secara umumnya memerlukan anda mengeluarkan modal.
Menerusi program affiliate, anda tak perlu beli stok, bayar sewa premis, atau keluarkan kos pengiklanan yang tinggi.
Risiko dari segi kewangan juga agak rendah.
Kalau anda join program ini, dan ditakdirkan anda tak berjaya hasilkan jualan, anda tak rugi apa-apa.
Mungkin kita boleh katakan, yang anda akan rugi dari segi masa dan tenaga.
Tapi kerugian dalam bentuk wang ringgit hampir tiada.
Selain itu, anda boleh terus bermula dengan apa yang ada ditangan anda.
Pada hari ini, hampir kebanyakkan orang ada smartphone, tablet ataupun laptop, maka saya boleh katakan hampir semua orang boleh mula menyertai program ini.
Bagi tujuan pemasaran, anda boleh fokuskan pada platform media sosial.
Itu sudah memadai.
Persoalan seterusnya, anda nak buat ataupun tidak?
(2) Anda tak perlu simpan stok
Salah satu cabaran yang besar dalam mana-mana perniagaan adalah pengurusan stok.
Kalau produk yang kita jual tak laku, atau lambat terjual, maka keuntungan kita terikat dalam bentuk stok.
Kalau terlalu lama stok yang kita pegang tu tak terjual, kita bimbang produk tersebut jadi tak relevan dan permintaan terus turun secara mendadak.
Andai kata kita jual produk yang ada terlalu banyak permintaan, situasi yang berbeza akan berlaku.
Kita ada terlalu banyak tempahan, tetapi kita tak dapat nak penuhi permintaan tersebut, disebabkan stok dalam tangan kita yang tidak mencukupi.
Apa yang saya cuba sampaikan ialah, faktor pengurusan stok ini bukan perkara yang mudah.
Kalau kita tak ada sistem yang betul, ia akan merumitkan keadaan.
Tapi mujurlah dalam program affiliate, kita tak dibebankan dengan pengurusan stok.
Kalau anda rasakan produk yang anda sedang promosikan sekarang ini kurang mendapat sambutan, pada bila-bila masa anda boleh tukar fokus dan promosikan produk yang lain pula.
Ataupun kalau dalam satu masa, anda nak terus promosikan produk dari berlainan kategori secara serentak juga tiada masalah. Semuanya terpulang kepada kreativiti anda.
(3) Fokus kepada mempromosikan link
Tugas hakiki kita adalah mencipta strategi pemasaran untuk menghasilkan kempen promosi yang mampu untuk hasilkan jualan.
Kaedah promosi yang biasa digunakan adalah menggunakan pendekatan content marketing.
Biasa orang akan kata, “buat konten”.
Terpulang pada anda, sama ada nak buat marketing melalui blog, Youtube, Facebook, X, LinkedIn dan sebagainya.
Kandungan yang sama, kita boleh siarkan di platform yang berbeza.
Mungkin ada yang kita perlu sunting serba sedikit, dan ada konten kita yang boleh terus disiarkan di platform yang berbeza.
Oleh kerana kita hanya perlu fokus kepada aktiviti pemasaran sahaja, bermakna kita boleh manfaatkan masa yang ada untuk berkembang dengan lebih cepat berbanding lain-lain jenis model perniagaan.
Kalau model perniagaan yang lain, kita perlu urus stok, menjawab pertanyaan pelanggan, uruskan tempahan pelanggan, penghantaran dan sebagainya.
(4) Anda tidak perlu uruskan pelanggan
Sebagai ejen affiliate, tiada keperluan untuk anda uruskan pelanggan.
Salah satu beban yang agak besar bagi peniaga online adalah bab customer service.
Anda perlu layan pertanyaan pelanggan.
Ada pelanggan yang suka tanya macam-macam, tapi akhirnya tak jadi beli.
Ada pelanggan yang suka merungut.
Sedangkan produk yang dia beli tu, bukannya mahal sangat harganya.
Kualiti setandinglah dengan harga.
Kemudian ada juga situasi dimana pelanggan tak berpuas hati dengan produk yang dibeli, dan mereka minta untuk tukar barang atau pulangkan duit.
Semua ini boleh membuatkan kita jadi makin serabut.
Menerusi program affiliate, pelanggan tak akan tanya apa-apa mengenai produk kepada anda.
Kalau mereka ada pertanyaan sekalipun, soalan tersebut boleh diajukan terus kepada penjual.
Bila pembeli klik link affiliate anda dan buat pembelian, tanggungjawab selepas jualan sepenuhnya diruskan oleh seller dan juga platform Shopee itu sendiri.
Kita tunggu je komisen kita masuk dalam akaun bank.
Kadang-kadang emosi kita sebagai peniaga boleh terganggu disebabkan oleh kerenah pelanggan yang macam-macam ragam.
Hanya disebabkan satu pelanggan yang bermasalah, boleh rosak habis mood kita untuk hari tersebut.
(5) Terdapat ratusan ribu produk untuk dipromosikan
Kita pun sebenarnya tak tau berapa jumlah sebenar produk yang dijual menerusi platform Shopee.
Yang kita tahu, produk yang dijual ada sangat banyak.
Shopee mempunyai ribuan penjual yang menawarkan berjuta-juta produk.
Ada barangan untuk kegunaan secara harian hinggalah ke produk eksklusif yang menepati niche tertentu.
Ini secara tak langsung memberi kelebihan kepada para affiliate untuk memilih dan mempromosikan produk yang betul-betul sesuai dan relevan dengan audiens mereka.
Kalau anda nak fokus untuk bina konten dalam niche parenting, terdapat produk yang sesuai untuk anda promosikan.
Begitu juga kalau anda ingin bina konten berkaitan dengan teknologi, kecantikkan, barangan dapur dan banyak lagi.
Saya pula suka buku.
Jadi kebanyakkan masa, saya akan promosikan pelbagai judul buku berbeza yang saya pernah baca sebelum ini.
Percayalah.
Anda tak akan kehabisan produk untuk dipromosikan.
Memandangkan di platform Shopee itu ada terlalu banyak pilihan, ini secara tak langsung akan berikan potensi untuk hasilkan lagi banyak jualan.
Andai kata satu seller kehabisan stok produk, ada banyak lagi seller lain yang menjual produk yang sama.
Tak akan ada isu produk kehabisan stok.
Cuma mungkin harga sahaja yang berbeza antara seller yang berlainan.
(6) Produk terbukti ada permintaan
Terdapat banyak produk yang terbukti mempunyai permintaan.
Kita boleh lihat maklumat dibawah yang menunjukkan berapa banyak jualan yang telah dihasilkan.
Berapa banyak jualan yang berjaya dihasilkan sebelum ini, memberi gambaran bahawa kebanyakkan pengguna percaya untuk berurusan dengan penjual tersebut.
(7) Harga di Shopee umumnya lebih murah
Kalau nak buat perbandingan harga, lazimnya platform Shopee ini mampu untuk tawarkan harga yang kompetitif.
Ramai pembeli “bijak” yang sebenarnya akan buat perbandingan harga terlebih dahulu sebelum terus buat keputusan pembelian. Mereka akan bandingkan harga di platform seperti Tiktok, Lazada, PG Mall dan sebagainya.
Kalau nak cari harga yang murah, Shopee lah tempatnya.
Bagi kategori pelanggan yang memang sensitif dalam bab harga, platform ini akan dijadikan pilihan untuk dapatkan lebih penjimatan.
(8) Shopee ada sistem ansuran SpayLater
Untuk pelanggan yang nak beli barang, tapi tak cukup duit, mereka ini masih boleh membuat pembelian dengan menggunakan sistem ansuran yang dikenali sebagai SPayLater.
Ini sangat berguna untuk membantu pembeli membeli barangan yang agak mahal misalnya seperti smartphone, tablet, laptop, jam tangan jenama G-Shock dan banyak lagi.
Bila ada SPayLater ni, kita tak perlu takut-takut nak promosikan barang yang mahal.
(9) Shopee ada banyak promosi
Dekat platform Shopee ada promosi sepanjang tahun.
Kemudian ada juga promosi sempena 3.3, 6.6, 9.9, 11.11 dan banyak lagi.
Bila ada musim perayaan, pihak Shopee akan jalankan promosi lagi.
Bagi platform yang kerap buat promosi ini, kita sebagai ejen boleh tumpang gelombang promosi yang dijalankan.
Pada masa tu, kita boleh hasilkan konten seperti tips jimat berbelanja, tips untuk dapatkan potongan harga yang banyak dan banyak lagi.
Siapa yang sesuai sertai program ini?
Pada asasnya, program affiliate ini terbuka kepada semua.
Ya, semua orang boleh sertai program ini.
Tapi adakah semua orang yang sertai program ini akan menghasilkan pendapatan?
Itu belum tentu.
Tak ada sebarang jaminan bahawa mereka yang sertai program ini akan berjaya hasilkan jualan dan akan memperolehi komisen.
Maklumlah, usaha setiap orang kan tak sama.
Bukan setakat usaha tu tak sama, malahan garisan permulaan untuk setiap orang pun turut berbeza.
Maksud saya begini, kalau hari ini anda baru nak mula, anda mungkin perlukan masa yang lebih lama untuk mula nampak hasilnya, kalau nak dibandingkan dengan mereka yang sebenarnya memang berkecimpung dalam bidang penghasilan kandungan.
Saya maksudkan mereka yang kita gelar sebagai content creator, social media influencer, Youtuber, Blogger dan sebagainya. Mereka ini sudah mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang penciptaan kandungan dan pada masa yang sama, mereka juga sudah mempunyai pengikut dan platform yang mereka kendalikan sudah mempunyai trafik.
Tapi kalau kita mula dengan tak ada apa-apa, mula dari bawah dan baru nak start, kita tak perlu terlalu cepat putus asa kalau hasil yang kita perolehi tak sama macam orang lain.
Kita teruskan je buat kerja marketing macam biasa.
In Shaa Allah, nanti kita akan dapat hasil setara dengan usaha yang kita laburkan.
Kalau anda merupakan salah satu daripada golongan dibawah ini, bermakna anda ada peeluang yang cerah untuk berjaya buat duit dalam program affiliate Shopee ini nanti.
(1) Influencer Mikro
Influencer mikro ini merujuk kepada individu yang mempunyai bilangan pengikut dalam anggaran 1,000 – 10,000 orang.
Walaupun bilangan pengikut yang dimiliki tidak begitu ramai, iaitu tidak mencecah ratusan ribu atau jutaan pengikut, tetapi mereka ini mempunyai kadar enggagement yang sangat bagus.
Pengikut mereka ini adalah terdiri daripada kenalan, saudara mara, komuniti tertentu dan mereka yang benar-benar menghargai konten yang dihasilkan oleh inidvidu tersebut.
Pada tahap ini, biasanya kita akan mempunyai sedikit keraguan dan kebimbangan.
Maklumlah pada masa ini, kita masih belum popular dan kita ada sedikit kebimbangan (atau rasa malu-malu) kalau keluarga kita, atau kenalan kita akan mula bercakap tentang usaha kita.
Kalau kita rasa macam tu, sebenarnya itu semua normal.
Tapi pada pengalaman saya sendiri, saya berpendapat sebenarnya orang lain tak peduli dan tak kisah pun apa yang kita nak post dekat media sosial.
Lagi-lagi kalau kita post konten nak buat duit.
Jadi, buat je.
(2) Blogger atau penulis kandungan
Penulis blog ada kelebihan dari segi menghasilkan konten yang boleh tersenarai di halaman Google Search.
Artikel yang dihasilkan boleh dijumpai melalui carian Google walaupun selepas beberapa bulan atau tahun artikel tersebut ditulis.
Walaubagaimana, untuk memastikan artikel tersebut terus kekal relevan, ia perlu sentiasa dikemaskinikan sekiranya terdapat pertambahan maklumat baru.
Jangan biarkan artikel lama, yang dah tak relevan terus berada dalam blog anda.
Jika ini berlaku, lama-kelamaan enjin carian juga akan mula mengabaikan blog anda, dan tidak lagi menyumbangkan trafik.
Satu lagi yang kita perlu berikan perhatian adalah dari segi perkembangan teknologi Artificial Intelligence.
Halaman atau aplikasi chatbot seperti ChatGPT, Gemini, Co-pilot dan sebagainya akan memetik isi kandungan dari blog sebagai sumber rujukan.
Ini juga boleh memberikan trafik tambahan yang berpunca dari platform chatbot.
Dengan teknik Search Engine Optimization atau SEO yang betul, sebuah artikel boleh menarik pelawat dan trafik yang konsisten bertahun lamanya.
Kandungan yang ditulis dengan baik, juga boleh muncul sebagai salah satu sumber rujukan bagi aplikasi chatbot.
(3) Video marketer atau video content creator
Ada orang dia kurang dalam bab penulisan.
Tapi kalau bab video, memang terbaik!
Saya tabik individu yang mahir menghasilkan video.
Golongan ini menghasilkan kandungan visual yang mampu untuk menarik kadar tontonan yang sangat tinggi.
Video yang dihasilkan pula boleh diterbitkan di platform seperti Youtube, Reels Facebook, X dan banyak lagi.
Kalau nak upload video dekat platform Shopee pun boleh sekarang!
Sebab sekarang ini, Shopee pun dah ada fungsi live dan reel video.
Sekali imbas rasa macam kita tengah tengok tiktok.
Satu perkara yang saya kurang suka dengan penciptaan video ni ialah, ada terlalu banyak pencuri video dekat luar sana.
Kita susah payah buat video untuk kita siarkan dekat tiktok, kemudian ada pula jembalang yang save video kita, lepas tu dia upload dekat Shopee, X dan lain-lain lagi.
Tujuannya adalah untuk promosikan link affiliate milik mereka.
Entahlah… mereka ini memang tak peduli soal keberkatan duit yang dihasilkan agaknya.
(4) Admin Page atau Group Komuniti
Kalau sebelum ini anda pernah jadi admin untuk FB Fanpage atau mungkin group FB yang ada banyak ahlinya yang aktif, ini juga satu kelebihan buat anda.
Anda mempunyai kelebihan kerana ada akses kepada audiens yang sangat tepat (highly targeted) dan biasanya ahli group atau pengikut fanpage mengikuti sesuatu page kerana tujuan page atau group tersebut diwujudkan bertepatan dengan minat mereka.
Kalau group berkaitan dengan komuniti atau penduduk setempat, boleh sesekali buat posting untuk mencadangkan beli barangan rumah, pokok bunga, sistem kamera cctv dan sebagainya.
Kita perlu imbangkan jenis posting yang kita siarkan, supaya tak kelihatan terlalu ingin menjual sesuatu.
Kalau posting asyik jenis iklan dan nak jual barang sahaja, lama-kelamaan orang akan mula rasa bosan dan mungkin akan keluar dari group.
Cara Sertai Program Affiliate Shopee
Terdapat beberapa cara untuk anda mula menyertai program affiliate Shopee dan mula mempromosikan produk-produk yang dijual di platform tersebut.
1. Shopee Affiliate Program Official
Cara pertama adalah dengan menyertai program ini dengan terus membuat pendaftaran menerusi platform mereka.
Kalau anda menggunakan komputer, anda boleh layari laman web berikut.
https://affiliate.shopee.com.my/
Paparan seperti dibawah akan kelihatan.
Klik pada butang Enter Now.
Kemudian isikan borang pendaftaran yang dipaparkan.
Pendaftaran anda akan disahkan selepas beberapa hari.
Sila berikan masa untuk pihak Shopee memproses permohonan anda.
Apabila pendaftaran anda diluluskan, anda boleh mula menjana pendapatan dengan mempromosikan link affiliate anda.
Sekiranya anda menggunakan apps Shopee, boleh gunakan kaedah ini.
Buka apps Shopee dan cari tab “me”.
Scroll down.
Pilih tab “Affiliate Program”.
Paparan seperti dibawah ini akan kelihatan.
Isikan borang pendaftaran dan tunggu permohonan anda untuk jadi ejen affiliate disahkan.
Siap.
2. Involve Asia
Cara kedua untuk menyertai program affiiliate Shopee ini adalah menerusi platform affiliate network yang dikenali sebagai Involve Asia.
Kalau ini merupakan kali pertama anda dengar istilah Affiliate Network, saya ingin jemput anda untuk baca perkongsian saya yang sebelum ini.
Baca disini: Apa itu Affiliate Network
Layari pautan ini untuk membuat pendaftaran.
Paparan seperti dibawah ini akan kelihatan.
Tekan pada butang Login.
Jika anda masih belum ada akaun dengan Involve Asia, anda boleh daftar akaun dengan menekan butang “create new account”.
Beri masa beberapa hari untuk pendaftaran anda disahkan dan akaun affiliate anda diaktifkan.
Sebaik sahaja akaun Involve Asia aktif, anda boleh log in ke member area dan pilih untuk mempromosikan platform Shopee.
Kelebihan mempromosikan Shopee melalui affiliate network seperti Involve Asia ini ialah komisen anda akan disatukan dengan lain-lain komisen yang anda berjaya hasilkan.
Kita andaikan yang anda adalah seorang yang sangat aktif dalam menjalankan kerja-kerja pemasaran, jadi tak mustahil untuk anda juga berjaya hasilkan jualan untuk lain-lain program dibawah rangkaian yang sama.
Sebenarnya sebelum ini saya dah pernah tulis artikel yang membincangkan cara untuk jadi affiliate Shoppee melalui network Involve Asia.
Kalau anda ada masa, apa kata anda baca posting saya sebelum ini.
Baca disini: Program Affiliate Shopee melalui Involve Asia
3. AccessTrade
Selain Involve Asia, anda juga boleh daftar melalui platform Access Trade.
Anda boleh pergi ke pautan ini untuk daftar akaun dengan pihak AccessTrade Malaysia.
Cara untuk dapatkan link affiliate
Seterusnya kita akan bincangkan tentang cara untuk dapatkan link affiliate yang akan kita gunakan bagi tujuan mempromosikan produk yang terdapat di platform Shopee.
Jangan risau sebab cara nak dapatkan link affiliate sangatlah mudah.
Buka apps Shopee dan pergi ke tab “me”.
Kalau sebelum ini anda dah pernah daftar program affiliate, dan pendaftaran anda telah pun diluluskan, boleh terus cari tab Affiliate Program.
Bila berada pada paparan seperti dibawah ini, anda boleh gunakan search bar untuk cari produk yang anda nak promosikan.
Dalam contoh ini, saya cari buku bertajuk “bolehkah kita mengubah takdir”.
Kalau kita perhatikan dari senarai pilihan buku diatas, ada dua kadar komisen yang ditawarkan.
Ada yang 11% dan ada yang 4%.
Katakanlah, kita nak pilih yang komisen 11%.
Link affiliate ni kita boleh terus post dekat WhatsApp, Telegram, Messenger, Facebook dan lain-lain.
Boleh klik je pada ikon yang mewakili platform masing-masing.
Atau sebagai alternatif, boleh klik pada copy link.
Link yang kita copy, bentuknya seperti dibawah ini
Itulah link affiliate kita yang kita perlu promosikan nanti.
Senang, kan?
Strategi Promosi Untuk Dapatkan Jualan
Kita pergi kepada persoalan yang penting.
Kita hanya akan dibayar komisen apabila kita berjaya hasilkan jualan.
Persolannya ialah, macam mana kita nak hasilkan jualan?
Ia sebenarnya berkaitan dengan strategi pemasaran yang bakal kita gunakan nanti.
Topik pemasaran ini sebenarnya berkait rapat dengan topik penciptaan kandungan atau content creation.
Bila kita cakap mengenai content creation ini, kita ada pilihan sama ada nak buat kandungan dalam bentuk
1. Artikel
2. Imej
3. Video
4. Audio
5. Gabungan antara artikel dan imej
Selepas kita tentukan, apakah bentuk kandungan yang bakal kita cipta, barulah kita fikirkan apakah format konten yang bakal dihasilkan.
Kalau anda tak ada idea, nak hasilkan konten yang bagaimana, ada beberapa tips yang anda boleh cuba.
(1) Konten jenis perkongsian pengalaman
Kalau anda pernah beli atau pernah menggunakan produk yang bakal anda promosikan, boleh cuba ceritakan pengalaman peribadi anda menggunakan produk tersebut.
Sesetengah seller di Shopee ada yang berikan sample produk secara percuma, untuk membantu anda mendapatkan pengalaman menggunakan produk.
Bila anda bercerita dari sudut pengalaman sebenar menggunakan produk, cerita anda akan rasa lebih dekat di hati audiens berbanding sekadar promosi kosong.
(2) Konten jenis review
Hasilkan review, sama ada dalam bentuk artikel atau rakaman video mengenai produk yang anda ingin promosikan.
Berikan ulasan secara jujur.
Biasanya kita akan fokus ulasan kita kepada beberapa kelebihan yang terdapat pada produk, dan berikan hanya satu kekurangan.
Cuba kenalpasti, 7 kelebihan yang terdapat pada produk dan nyatakan satu kekurangan.
Kita tak nak nyatakan banyak kelemahan atau kekurangan produk, sebab matlamat kita adalah untuk hasilkan jualan.
Jangan sampai review yang kita buat tu nanti menjadi penyebab kenapa pelanggan tak nak beli produk yang kita promosikan.
Penat je nanti kita hasilkan konten, tapi akhirnya konten tersebut tak convert kepada sales.
Sebab tu kita perlu lebih berhati-hati dalam pemilihan produk.
Kalau dah tahu produk tu tak bagus, tak payah la susah payah nak buat video atau artikel review.
Buang masa.
(3) Konten jenis senaraian produk terbaik
Sebagai contoh, kita buat konten yang senaraikan
a. 5 model smartphone bawah RM1,000 yang berbaloi beli.
b. 5 Blender Bawah RM100 yang Berbaloi Beli
Setiap satu produk yang kita sebutkan dalam konten kita tu nanti, kita masukkan juga link affiliate.
Jadi, tak kisah mana satu yang audiens kita akan beli.
Semua itu akan menyumbangkan komisen kepada kita.
(4) Konten demo produk dan unboxing
Ini merupakan satu jenis konten yang agak popular dan biasa dihasilkan oleh affiliate.
Bila produk yang mereka tempah dah sampai, mereka akan buat video unboxing dan dalam video yang sama mereka akan tunjukkan juga cara untuk menggunakan produk tersebut.
(5) Konten perbandingan produk
Bandingkan dua atau lebih produk yang serupa atau yang setara.
Perbezaan tu mungkin dari segi jenama.
Terangkan dari segi fungsi, kelebihan dan kekurangan produk, supaya pelanggan dapat buat keputusan yang lebih baik, mana satu yang paling sesuai dengan situasi mereka.
(6) Konten tips berkaitan produk
Kita berikan nilai tambah, dengan menghasilkan konten yang memberikan ilmu kepada pengguna.
Sebagai contoh, kita buat perkongsian seperti
“Cara memastikan sayur yang disimpan dapat tahan lebih lama.”
“Cara memilih powerbank yang sesuai untuk kegunaan handphone anda.”
“Cara memilih aircond yang sesuai untuk kediaman anda.”
Kita buat konten supaya audiens yang kita sasarkan nanti akan jadi berminat untuk lihat kandungan pemasaran yang kita gunakan.
Suka ataupun tidak, anda perlu jadi kreatif untuk cipta kandungan yang lain dari yang lain.
Bila audiens kita luangkan masa untuk baca artikel yang kita hasilkan, atau menonton video yang kita rakam, dari situ barulah akan timbul minat untuk mereka tekan link pada link affiliate kita.
Kalau kita cuma post link affiliate semata-mata, kebiasaanya memang sangat susah untuk audiens kita tengok posting kita dan klik pada link tersebut.
Justeru, penciptaan kandungan adalah merupakan satu langkah yang cukup penting dalam affiliate marketing.
Penutup
Program affiliate Shopee adalah peluang terbaik untuk sesiapa yang mahu mula jana pendapatan online tanpa risiko tinggi.
Dengan strategi yang betul, anda boleh hasilkan pendapatan pasif setiap bulan.
Saya harapkan semoga panduan ini sedikit sebanyak membantu anda memulakan langkah anda dalam bidang pemasaran affiliate dengan langkah yang betul.
Anda tak perlu jadi selebriti, pakar jualan, atau terkenal untuk berjaya buat duit menerusi program affiliate Shopee.
Apa yang lebih penting sebenarnya adalah anda konsisten.
Konsisten buat konten.
Konsisten kongsikan maklumat yang bermanfaat dengan cara yang jujur.
Sambil-sambil tu, kita selitkan juga link affiliate kita.
Setiap orang ada kelebihan tersendiri.
Asalkan anda kenal kekuatan anda, tahu siapa audiens yang anda ingin sasarkan, dan tahu cara hasilkan konten yang bersesuaian, In Shaa Allah anda berada dalam landasan yang betul untuk hasilkan income menerusi program ini.
Semoga berjaya.
Jika ada pertanyaan, boleh tanyakan dibahagian komen.
Leave a Reply