Program Affiliate Pay Per Click: Anda dibayar RM0.40 untuk setiap klik pada link affiliate anda

by sabree hussin on June 6, 2016

in Pemasaran Affiliate

Anda tak perlu jual apa-apa. Anda hanya perlu promosikan link affiliate anda. Apabila terdapat seseorang yang menekan klik pada link affiliate anda, anda akan dibayar komisen affiliate sebanyak RM0.40 untuk setiap klik. Nak buat lagi banyak duit? Formulanya mudah! Hanya perlu pastikan ada ramai yang tekan klik pada link affiliate anda.

 

Itu sahaja.

 

Ramai sebenarnya yang tak berapa suka nak menjual. Menjual bukannya satu perkara yang mudah. Walaupun secara online. Rasanya tak salah kalau saya katakan, menjual secara online adalah lebih sukar berbanding menjual secara depan-depan.

 

Apabila menjual secara online, si penjual tak nampak barang yang dijual, dan tak dapat nak pegang, nak rasa, serta nak semak barang yang hendak dijual tu. Lebih-lebih lagi dalam situasi mereka yang terlibat dengan aktiviti bisnes dropship dan juga bisnes affiliate.

 

Begitu juga keadaannya dengan bakal pelanggan. Situasi bakal pelanggan juga tak jauh berbeza. Dia juga tak dapat nak lihat barang yang hendak dibeli, tak boleh nak pegang, nak rasa dan juga nak semak kualiti barang yang bakal dibeli.

program-affiliate-involve-asia

 

Segalanya bergantung harap pada gambar yang dibekalkan oleh si penjual. Oh bukan itu sahaja. Selain gambar, ayat-ayat mahupun penerangan yang diberikan oleh si penjual turut memainkan peranan yang penting dalam hal ini. Sekiranya bagus penerangan yang diberikan, dan si bakal pembeli dapat membayangkan apa sebenarnya yang ditawarkan oleh si penjual, maka peluang untuk berlaku jualan agak tinggi.

 

Jika sebaliknya, maka sayonara, good bye… Tiada jualan terhasil.

 

Memang tak hairan, apabila ada ramai yang berikan respons seperti

(1) Saya memang dah lama join program affiliate ni, tapi sampai sekarang masih tak pernah dapat sebarang sales… kurang fokus kot.

(2) Saya pernah cuba dah buat bisnes dropship ni, tapi susahlah. Tak dapat sales pun…

 

Siapa-siapa yang mengharapkan wang mudah akan datang dari program affiliate mahupun dari bisnes dropship, sorry to say, anda dah tersilap besar. Mereka yang mendakwa, pada hari ini mereka dengan senang-senang boleh buat banyak duit dengan program affiliate, boleh jadi sebenarnya dia juga telah melalui saat-saat yang sukar satu masa dulu.

 

Setelah fasa-fasa sukar berjaya ditempuhi, akhirnya pada hari ini, proses untuk menghasilkan wang dari program affiliate jadi lebih mudah. Sudah tentu, untuk buat duit dengan program affiliate, ada proses yang perlu dilalui. Ini pernah saya ceritakan dalam blog ini satu masa dulu. Jadi saya tak akan ulas dalam catatan pada kali ini.

 

Baiklah. Kita terus menuju kepada skop perbincangan pada kali ini, iaitu program affiliate Pay Per Click (PPC) yang menawarkan komisen sebanyak RM0.40 per klik. Adakah ia cukup lumayan bagi anda?

 

Belasah je la ya. Asalkan boleh buat duit, dan halal pulak tu. Tak perlu nak pilih-pilih sangat kan. Buat aje. Kalau buat dengan betul, In Shaa Allah anda boleh dapat komisen yang lebih banyak daripada ahli Tone Excel yang baru je join sebagai ahli.

 

Program Affiliate PPC yang saya maksudkan adalah dari Trivago. Anda boleh lihat screenshot dibawah ni bukti saya sedang kumpul RM0.40 dari Trivago.

program-affiliate-involve-asia

Sekiranya anda juga berminat nak sertai program affiliate PPC ini, dan mempromosikan laman web Trivago seperti yang saya sedang lakukan, anda boleh berbuat demikian dengan menjadi sebahagian daripada affiliate Involve Asia.

 

Baca artikel saya yang sebelum ini untuk mengetahui bagaimana cara nak join affiliate Involve Asia

Klik untuk baca: Program Affiliate Pay Per Lead: Anda dibayar RM5 untuk setiap yang mendaftar

 

Saya difahamkan, syarat kelayakkan untuk menjadi sebahagian daripada affiliate Involve Asia semakin ketat hari demi hari. Ada banyak juga permohonan baru yang kena REJECT kerana tak menepati syarat.

 

Kebetulan sebelum ini, permohonan saya diterima. Mungkin sebab saya ada blog. Bukan sebab ada blog semata-mata, malahan kena pastikan yang laman blog yang dibina tu mempunyai kunjungan trafik yang konsisten.

 

Baiklah.

 

Jika anda dah cuba untuk join Involve Asia, namun permohonan anda ditolak, apa kata dalam masa sebulan ke dua bulan ni, anda cuba bangunkan laman blog anda sendiri. Cuba target untuk siarkan lebih kurang 60 – 100 blog post dalam masa dua bulan, kemudian cuba sekali lagi buat permohonan untuk menjadi affiliate Involve Asia.

 

Kalau masih kena reject. Tak ada masalah. Fokus dulu untuk bangunkan blog anda. Dapatkan seberapa banyak trafik yang berkualiti untuk masuk ke blog anda, dan selepas mungkin 6 bulan, cuba sekali lagi untuk buat permohonan menjadi ahli Involve Asia.

 

Siapa tahu, mungkin percubaan seterusnya akan membuahkan hasil.

 

Program affiliate Trivago ini mungkin hanya akan berjalan untuk sementara waktu sahaja. MUNGKIN. Saya pun tak tau sampai bila ia akan terus berjalan. Biasalah tu. Setiap benda pasti akan ada pengakhirannya, kan.

 

Selagi peluang tu masih ada, kita buat aje. Cuba sehabis baik, dan usaha untuk hasilkan yang terbaik.

 

Kalau anda nak join program affiliate ini, boleh isikan borang pada laman web ini. Selamat mencuba dan semoga anda juga akan berjaya dapat komisen.

 

Be Sociable, Share!

{ 11 comments… read them below or add one }

Afif Rayyan June 13, 2016 at 1:50 am

Macam adsense la pulak.. ahaha

Reply

Junaidy Jaimi June 13, 2016 at 5:34 am

Woa… semakin menarik nampaknya…best,best ni ๐Ÿ™‚

Reply

titan June 15, 2016 at 3:24 pm

Ya.

Trivago pun aku rasa tak lama.

So..sementara ada ni..sebat je habis-habisan beb.

haha

Reply

encikarman June 17, 2016 at 11:15 am

menarik ni, kalau rm0.40, tinggi tuh.

Reply

azza March 27, 2017 at 10:35 pm

azza baru je join hari nie…nampak tak ketinggalan macam mana?
kalau ikutkan banyak yang tak faham..n yang ada pun tak pasti betul ke idok.hope dapat tunjuk ajar lagi..

Reply

sabree hussin March 28, 2017 at 4:33 pm

Tak apa, take your time. Mula lambat ke cepat tak penting pun. Yang penting bila dah start dapat duit dari program ini, boleh dapat konsisten.

Reply

Dilah April 24, 2017 at 9:56 am

saya baru join affiliate ni jugak.. tp nak tanya, utk involve asia ni ada banner tak? atau kita perlu buat article dan share link utk iklan yg kite pilih shj? sbb sy tak jumpa kat mana letak link html tu yg utk letak iklan mcm nuffnang tu..

Reply

sabree hussin April 24, 2017 at 8:14 pm

Ada yang ada banner, dan ada juga yang tak disediakan banner. Kalau guna platform Involve Asia yang baru tu, boleh klik pada Tools seterusnya pilih Campaign. Kat situ ada banner yang boleh digunakan

Reply

miyong October 26, 2017 at 1:01 pm

dh daftar tapi tak reti nk gna

Reply

miyong October 26, 2017 at 1:03 pm

mohon ajar cara2 nak iklan. tq

Reply

sabree hussin November 7, 2017 at 9:58 pm

Baca posting-posting yang saya dah pernah buat sebelum ini. Ada yang saya terangkan cara nak buat promosi dan iklan.

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: