Back up Generator serba guna!
Maklumat Lanjut

Blog Sabree Hussin

A Reflection of Mind, Body & Soul

  • Tentang Penulis
  • Arkib
  • Hubungi Saya
  • Perkhidmatan Iklan

Program Affiliate Bookcafe: Bagaimana nak mula jana pendapatan online?

February 6, 2016 by sabree hussin 9 Comments

“Saya berminat nak buat duit dengan mempromosikan buku-buku yang dijual di laman web bookcafe secara online. Namun masalah saya ialah, saya tak tau macam mana nak mula promosi dan saya tak tau macam mana nak dapatkan link affiliate saya. Boleh tolong ajar saya?”

buat_duit_dengan_bookcafe

TAHNIAH! Anda berada di tempat yang betul. Anda memang cukup bertuah, sebabnya pada hari ni, saya nak kongsikan pada anda, cara-cara bagaimana nak mula mempromosikan produk-produk (buku-buku) yang dijual di laman web Bookcafe.

 

Bagi mereka yang memang dah cukup biasa dengan program-program affiliate, saya tak berapa galakkan anda baca post ni. Post ni saya hasilkan bertujuan untuk membantu mereka yang masih baru dalam bidang pemasaran produk affiliate ni. Namun, kalau anda nak baca juga… silakan. Jangan kata saya tak beri amaran 😀

 

Baiklah, tanpa membuang masa, jom kita mula.

 

(1) Daftar sebagai ejen affiliate di laman web Bookcafe.com.my

Anda boleh klik sini untuk ke homepage laman web bookcafe ataupun sebagai alternatif anda boleh terus ke link pendaftaran menerusi pautan berikut

https://bookcafe.com.my/friends/index.php

 

daftar_program_affiliate_bookcafe

Paparan seperti di atas akan kelihatan. Anda hanya perlu tekan klik pada butang Signup Now dan isikan borang pendaftaran dengan selengkapnya.

 

(2) Tunggu sehingga permohonan anda di sahkan

Pihak admin akan mengesahkan permohonan anda terlebih dahulu. Buat masa ni, anda perlu tunggu. Buat dulu benda lain sambil-sambil tunggu.

 

(3) Login ke member area atau dashboard affiliate

Kalau anda nak tau, macam ni la rupa member area atau affiliate panel kita nanti.

buat_duit_bookcafe

Kat sini anda boleh buat semakkan seperti berapa banyak transaksi yang pernah berlaku menerusi link affiliate anda. Berapa banyak sales, berapa banyak pelawat yang anda pernah refer untuk masuk ke laman web utama bookcafe, dan paling penting sekali, kat sini jugak anda boleh semak berapa banyak komisyen yang berjaya anda perolehi.

 

Sebagai contoh, untuk akaun diatas, jumlah komisyen setakat waktu catatan ini dihasilkan ialah sebanyak RM1.00

 

Yeay! Berjaya dah buat duit online. Ho ho sebenarnya setiap yang mendaftar sebagai ejen affiliate bookcafe akan menerima bonus penyertaan sebanyak RM1 setiap orang.

 

Lihat pada bahagian yang bertulis “Standard Linking Code – Great For Use In Emails!”. Itulah dia link affiliate anda. Dalam contoh ni, link affiliate saya ialah (seperti yang anda boleh lihat dalam screenshot diatas) 

https://bookcafe.com.my/friends/idevaffiliate.php?id=254

(Angka 254 ialah tracking id saya. Anda akan dapat nombor yang berbeza dengan nombor saya)

 

Sekiranya anda tekan klik pada link tersebut, anda akan dibawa ke laman web utama Bookcafe, dan sekiranya anda melakukan sebarang pembelian dalam masa 30 hari untuk sebarang buku yang dijual di laman web tersebut, saya akan menerima komisyen sebanyak 5% daripada pembelian tersebut.

 

Jika pembelian anda adalah sebanyak RM200, dan 5% daripada itu adalah komisyen saya, maka saya akan menerima bayaran komisyen sebanyak RM10. Mudah sahaja.

 

(4) promosikan buku yang SPESIFIK di laman web Bookcafe

Kadang-kadang kita rasa tak syok la nak promosikan muka depan laman web bookcafe semata-mata. Kita nak promosikan buku tertentu secara spesifik.

 

Sebabnya? Mungkin kita baru sahaja habis baca buku tertentu, dan merancang untuk berkongsi keseronokkan tersebut dengan kenalan dan kawan-kawan kita. Jadi, bagaimana caranya?

 

Mudah sahaja. Anda hanya perlu buka laman web bookcafe, dan pilihlah mana-mana satu judul buku yang anda ingin promosikan. Dalam contoh ni, saya berkenan untuk promosikan buku berjudul Tora Datang Lagi.

panduan_buat_duit_bookcafe

Lihat pada anak panah. Sekarang copy keseluruhan link url buku ini. Lihat pada bahagian yang saya dah highlight dengan warna kuning.

 

Seterusnya, pergi ke member area dan cari perkataan Alternate Incoming Page Links seperti pada gambar dibawah. Klik disitu.

panduan_buat_duit_bookcafe_alternatelink

 

Paparan seperti dibawah pula yang akan kelihatan.

panduan_buat_duit_bookcafe_create_link

Bila dah berada di paparan seperti diatas ni, ada dua perkara penting yang anda perlu lakukan.

 

Pertama, masukkan link url buku yang anda nak promosikan. Kedua, tekan pada butang Create My Link. Dalam masa beberapa saat, link affiliate anda akan berjaya dibina untuk produk yang spesifik.

 

panduan_buat_duit_bookcafe_linkaffiliate

Scroll down dan lihat hasilnya. Ulang langkah yang sama untuk buku yang berbeza. Dalam contoh diatas, link affiliate saya ialah seperti berikut

https://bookcafe.com.my/friends/idevaffiliate.php?id=254&url=1683

 

Jika saya promosikan link tersebut dan ada pembelian, maka komisyen akan terhasil. Sebaliknya, jika saya promosikan link yang asal, iaitu

https://bookcafe.com.my/en/penerbit/dubook-press/tora-datang-lagi.html

 

Maka, jika berlaku 1,000 pembelian sekalipun, tiada komisyen affiliate yang akan direkodkan. Jadi, adalah amat penting untuk anda berhati-hati dan pastikan anda mengikuti langkah yang betul untuk mendapatkan link affiliate anda. Jika tidak, segala usaha promosi anda akan jadi sia-sia sahaja kalau tiada rekod komisyen yang dicatatkan.

 

Seterusnya, setelah anda memperolehi link affiliate anda sendiri, anda boleh mula mempromosikan buku-buku yang ada di laman web bookcafe ini.

 

Oh sebelum tu, memandangkan link affiliate yang dijana adalah terlalu panjang dan nampak hodoh, maka saya menggunakan servis yang disediakan di laman web bit.ly untuk memendekkan link affiliate saya supaya nampak lebih kemas.

bitly

 

Dari link asal yang panjang iaitu

https://bookcafe.com.my/friends/idevaffiliate.php?id=254&url=1683

 

Telahpun saya ringkaskan menggunakan laman web bit.ly menjadi

http://bit.ly/tora-datang-lagi

 

Sekarang nampak lebih kemas, kan? Baiklah, itu sahaja caranya. Anda ada sebarang pertanyaan dan juga soalan? Apa kata anda tinggalkan soalan tersebut dibahagian komen dibawah.

 

Selamat mencuba dan semoga berjaya!

 

 

Baca juga artikel berikut:

  1. Program affiliate Bookcafe untuk para pencinta buku
  2. Kisah buat duit dengan program affiliate bookcafe
  3. Komisyen PERTAMA dari Program Affiliate Bookcafe.com.my
  4. Program Affiliate BukuOnline2U.com: Tambahkan pendapatan dengan buku!

Filed Under: Pemasaran Affiliate Tagged With: buat duit dengan bookcafe, komisyen affiliate bookcafe, program affiliate bookcafe

Comments

  1. titan says

    February 12, 2016 at 4:30 am

    hoho..

    aku dah dapat sales dahh..

    tak banyak.

    tapi leh la.

    Reply
  2. Mamakenduit says

    August 14, 2016 at 10:37 pm

    Terima kasih. Amat membantu newbie spt saya

    Reply
  3. Heezam says

    July 31, 2017 at 4:58 pm

    Kalau X Ada website

    Boleh X kita promote insta atau facebook

    Reply
    • sabree hussin says

      July 31, 2017 at 9:01 pm

      Boleh je.

      Reply
  4. NurHidayah Kamisan says

    February 11, 2021 at 4:48 pm

    Laman web untuk afilliate dah tak ada. Yang ada untuk dropship je.

    Reply
    • sabree hussin says

      March 1, 2021 at 5:38 pm

      Program affiliate nya masih wujud cuma jumlah buku dah tak banyak. Untuk ahli baru, kena daftar melalui usahawanbuku.com atau sebagai alternatif, boleh juga promosikan buku-buku keluaran PTS melalui Lazada dan juga Shopee.

      Reply

Trackbacks

  1. Komisyen PERTAMA dari Program Affiliate Bookcafe.com.my - Blog Sabree Hussin says:
    February 11, 2016 at 6:52 pm

    […] Klik untuk baca: Program Affiliate Bookcafe: Bagaimana nak mula jana pendapatan online? […]

    Reply
  2. Program affiliate TERBAIK untuk mempromosikan produk fizikal - Blog Sabree Hussin says:
    February 13, 2016 at 2:22 pm

    […] Klik untuk baca: Program Affiliate Bookcafe: Bagaimana nak mula jana pendapatan online? […]

    Reply
  3. Bagaimana cara untuk menyertai Program Affiliate Bookcafe dan buat duit? - Soal Jawab .MY says:
    August 2, 2017 at 2:31 am

    […] adalah seorang yang minat membaca. Saya dapat tahu, yang kalau saya join program affiliate Bookcafe ni, saya boleh promosikan buku-buku yang saya pernah baca dan seterusnya boleh buat duit tambahan. […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Sabreehussin dot com

Recent Posts

  • Bina kerjaya dalam bidang jualan untuk jana pendapatan tanpa had!
  • Bagaimana Cara Dapatkan Pembaca Blog Yang Ramai
  • Adakah perniagaan berasaskan runcit menguntungkan?
  • 10 Laman Web Penting Untuk Anda Buat Duit Online
  • Cara TERBAIK menguruskan tempahan perniagaan homestay anda

Recent Comments

  • sabree hussin on Hak sebagai pengguna di kedai makan dan restoran
  • nak cari mai putrajaya lahabau on Hak sebagai pengguna di kedai makan dan restoran
  • sabree hussin on Masalah Kena Block Dari Buat Posting di FB Group
  • Fina on Masalah Kena Block Dari Buat Posting di FB Group
  • sabree hussin on Perbezaan antara homestay dengan guesthouse

Categories

  • Advertorial
  • Affiliate Marketing
  • Agama
  • Banding Hotels
  • Bekerja dari rumah
  • Bisnes Buku
  • Bisnes Dropship
  • Bisnes Homestay
  • Bisnes Kedai Runcit
  • Bisnes Network Marketing
  • Blogging
  • Blogging
  • Buat Duit Online
  • Buku & Bahan Bacaan
  • Content Marketing
  • Copywriting
  • Forex
  • Generasi Warisan Prihatin
  • Idea Bisnes
  • Isu Pelajar
  • Jobdirumah
  • Karier & Kerjaya
  • Kerjaya Freelancer
  • Kerjaya Jualan
  • Kerjaya Penulis
  • Kewangan
  • Komisyen Affiliate
  • Kucing
  • Madu Sunnah
  • Onexox
  • Panduan Buat Duit Online
  • Panduan Dominasi FB Group
  • Pelaburan Emas & Perak
  • Pelaburan Forex
  • Pelaburan Hartanah
  • Pelaburan Saham
  • Pemasaran Affiliate
  • Pemasaran Blog
  • Pemasaran Emel
  • Pemasaran FB
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • PG Mall Consumerchant
  • Powergold
  • Produk
  • Public Gold
  • Review
  • Servis Advertorial
  • Sistem Jualan PRO
  • Sketsa Hidup
  • Tanya Sabree Hussin
  • Tempat Penginapan
  • Travelog
  • Tune Talk Tone Excel
  • Uncategorized

Copyright © 2023 · News Pro Theme on Genesis Framework · WordPress · Log in