Prestasi pencapaian pendapatan menerusi Program Affiliate Involve Asia Januari 2018

by sabree hussin on February 6, 2018

in Buat Duit Online

Rasa macam sekejap je bulan Januari dah pergi meninggalkan kita.

 

Bermakna untuk tahun 2018 ni, tinggal sebelas bulan yang masih berbaki. Bila tengok semula pencapaian dan produktiviti blog ni… wah… rasa macam tak percaya! Tak kan cuma tiga artikel je yang saya terbitkan untuk bulan Januari yang lepas?!

 

Kalau ikut pengalaman masa lalu, bulan Februari ni biasanya lebih mencabar berbanding bulan-bulan yang lain. Kalau bulan-bulan lain, kita ada lebih kurang 30 atau 31 hari. Tetapi istimewanya bulan Februari ni, kita cuma ada 28 atau 29 hari.

 

Masa yang ada tak begitu banyak. Walaupun cuma beza dua atau tiga hari, namun dua atau tiga hari ini boleh jadi penentu sama ada sales target pada bulan tersebut akan tercapai atau sebaliknya.

 

Sepanjang bulan Januari 2018, ini yang berjaya direkodkan.

bukti-komisen-involve-asia

Target saya, setakat nak dapatkan lebih kurang RM100 – RM150 sahaja. Cukuplah untuk guna buat bayar bil internet.

 

Tapi kalau boleh dapat lebih, saya anggap itu sebagai satu bonus. Kenapa saya target sikit je income dari Involve Asia? Jawapannya ialah…

 

Sebab saya sibuk.

 

Kadang-kadang saya rasa macam tak cukup masa nak promote produk-produk yang dijual di laman web Involve Asia. Saya akan jadi bertambah sibuk kalau pada masa tertentu, saya menerima tugasan mempromosikan produk, servis ataupun perniagaan milik pelanggan saya.

 

Bila dah dapat tugasan menulis artikel berbayar, prioriti sudah tentu saya perlu lebihkan kepada menulis artikel milik pelanggan saya tu. Tugasan menulis artikel-artikel khas untuk menghasilkan jualan untuk produk-produk affiliate, terpaksa saya tangguhkan dulu.

 

Saya rasa, inilah dia cabaran kalau menawarkan servis penulisan artikel berbayar. Adakalanya, kita akan terkejar-kejar untuk menepati dateline.

Kalau kita lambat menghasilkan artikel, maka akan makin lambat untuk artikel tersebut mendapat tempat yang baik di laman web carian google.

 

Walaupun adakalanya, bukan sebab kita (penulis) yang sengaja melambat-lambatkan menghasilkan artikel. Di pihak penulis, ada kekangan tertentu yang mungkin pelanggan kita susah nak faham.

 

Mungkin (bukan semua) ada antara mereka yang baru pertama kali menggunakan khidmat penulis sambilan untuk tujuan marketing, tak tau yang proses untuk menghasilkan sebuah artikel yang boleh menghasilkan jualan bukan semudah atau se simple menghasilkan artikel atau karangan untuk pelajar sekolah.

 

Ada ketikanya saya agak skeptikal dengan kemampuan artikel iklan (advertorial) yang dihasilkan oleh penulis blog lain. Sebagai penulis (yang ada sedikit pengalaman) ada masanya saya meragui, hasil kerja yang mereka hasilkan itu betul-betul berupaya untuk convert kepada sales.

 

Ya, saya tahu, perkara ini sangat subjektif.

 

Lain orang, lainlah pendekatannya. Faktor yang memungkinkan terjadinya sales juga ada pelbagai. Antaranya yang mungkin saya boleh highlight disini ialah seperti faktor

  1. Kredibiliti penulis
  2. Bilangan follower si penulis
  3. Jumlah trafik milik penulis
  4. Skil copywriting si penulis
  5. Skil Search Engine Optimization si penulis

 

Item nombor 5 itu hanya relevan jika anda mendapatkan khidmat penulis blog. Jika anda mendapatkan khidmat penulis yang menggunakan Facebook atau Instagram sebagai platform pemasaran, maka perkara nombor 5 itu dah jadi tidak begitu relevan.

 

Produk Involve Asia yang mana satu yang paling LAKU?

 

Saya rasa mungkin ada yang nak tahu, dalam banyak-banyak produk yang ada di Involve Asia tu, yang mana satu yang paling senang nak dapatkan jualan. Betul tak?

program-affiliate-involve-asia

Dari apa yang saya perhatikan, yang paling senang nak dapat komisen adalah apabila anda promosikan program referral Involve Asia.

Sila klik pautan ini untuk sertai

 

Untuk setiap pendaftaran ahli baru, anda akan dibayar sebanyak RM5.00 oleh pihak Involve Asia.

 

Tak perlu buat jualan.

Tak perlu susah payah nak terangkan panjang-panjang.

 

Saya sendiri, lebih banyak bercerita tentang program ini, beserta dengan potensi pendapatan yang boleh dihasilkan. Itu sahaja.

 

Lepas dah habis bercerita, saya berikan pula link pendaftaran untuk menyertai program ini. Itu sahaja. Selebihnya, terpulang kepada pembaca. Kalau nak join, silakan join. Tak nak sudah.

 

Kalau join, dan lepas tu buat kerja, In Shaa Allah akan dapat hasilnya. Tapi kalau lepas dah join, duk diam tak buat apa-apa… memang jangan haraplah nak merasa sebarang income dari program ini.

 

Potensi pendapatan dari Program Affiliate Involve Asia

The sky is the limit…

 

Erm… not really. The limit is depend on you.

 

Kalau malas buat kerja, alamatnya sikitlah income tu. Macam saya la. Tak berapa nak rajin nak buat kerja… jadi terpaksalah berpuas hati setakat apa yang dah dapat tu sahaja.

 

Jangan jadi macam saya.

 

Bila anda dah join program affiliate Involve Asia ni nanti, make sure anda buat marketing all out, buat yang terbaik, dan In Shaa Allah hasilnya juga akan lebih baik berbanding apa yang saya dapat ni.

 

Ok, dah 2018 ni. Kurangkan bersembang kosong, lebihkah buat kerja yang boleh mendatangkan hasil, ya. Daftar program ini disini.

 

 

 

Be Sociable, Share!

{ 10 comments… read them below or add one }

Madam B February 6, 2018 at 4:32 pm

Tak pernah serius dengan IA. Hmm…not bad. Tapi kena rajin+gigih+sabar. Baru segalanya jadi. To all readers, we should try this soon.

Reply

sabree hussin February 8, 2018 at 11:24 am

Saya pun tak berapa serius sangat dengan IA ni. Tapi bila dapat bayaran komisen, rasa seronok jugak ๐Ÿ™‚

Reply

Thenewsia February 7, 2018 at 10:22 pm

Takpe tuan, yang berlalu biar berlalu, untuk masa yg akan datang ni, berusaha untuk merajinkan diri, termasuklah diri sy sendiri ๐Ÿ˜‰

Reply

sabree hussin February 8, 2018 at 11:30 am

Itulah… muhasabah diri sendiri jugak ni.

Reply

Abdul Nashar Aminuddin February 9, 2018 at 3:07 pm

IA ni program lazada ke?

Reply

sabree hussin February 19, 2018 at 5:36 pm

Bukan.

Reply

MyInformasi February 9, 2018 at 5:06 pm

Involveasia tak dinafikan adalah satu affiliate yg terbaik..

Reply

sabree hussin February 19, 2018 at 5:36 pm

Ya setuju, especially bila mereka buat bayaran ke akaun kita. Memang terbaik feeling dia. ๐Ÿ™‚

Reply

NORIZA ABDUL RAHMAN February 17, 2018 at 4:17 pm

Betul tu, bila dah join involve asia ni kena work all out untuk dapat bayaran. Saya pun dah lama tak all out ni

Reply

sabree hussin February 19, 2018 at 5:32 pm

Bulan februari pun dah nak habis ni… dah start buat all out belum ha3

Reply

Leave a Comment

Previous post: