Plan dan rancangan perniagaan sempena bulan puasa

by sabree hussin on April 2, 2018

in Idea Bisnes

Pada tahun ini, In Shaa Allah umat Islam akan mula menjalankan ibadah puasa pada bulan May nanti. Apabila menjelang bulan puasa, maka cara hidup kita akan mula berubah.

 

Saya bukan nak cerita tentang ibadah berpuasa dalam posting ni, sebaliknya apa yang saya nak cerita adalah mengenai corak pembelian atau perbelanjaan masyarakat di Malaysia secara umumnya. Perkara ini sedikit sebanyak bakal mempengaruhi pendapatan dari perniagaan yang dijalankan.

Misalnya, jika kita jalankan perniagaan homestay, lazimnya pada bulan puasa, tak ada orang yang akan check in ataupun kalau ada yang datang check in sekalipun, ianya tak serancak bulan-bulan yang lain.

 

Saya sendiri, lebih suka duduk di rumah apabila bulan ramadhan. Setidak-tidaknya, bila kita luangkan banyak masa di rumah, kita boleh perbanyakkan amalan. Tapi kalau pergi bercuti, nampak macam kurang sesuai. Pergi bercuti ni, dah tentu akan perlukan banyak tenaga dan mesti akan memenatkan.

 

Jadi apa salahnya, sebulan ni kita fokus untuk buat ibadah sahaja kan. Habis bulan puasa nanti, boleh fikir pasal nak pergi bercuti macam biasa balik.

 

Walaupun begitu, bagi orang yang mencari rezeki menerusi jalan perniagaan, kehidupan tetap perlu diteruskan. Orang berniaga mana sama dengan orang yang kerja berkuli. Setiap bulan confirm akan dapat gaji.

 

Bagi orang yang berniaga, masa perubahan mood dalam kalangan pelanggan inilah kita kena ada back up plan. Apa perniagaan yang patut dijalankan, yang In Shaa Allah boleh laku dan seterusnya menyumbangkan pendapatan sepanjang bulan puasa nanti.

 

Perniagaan apa yang sesuai dijalankan pada bulan puasa nanti?

Sekiranya anda telah mempunyai idea dan rancangan perniagaan anda sendiri, Alhamdulillah. Sila laksanakan perancangan anda tu dengan sebaik mungkin.

 

Namun, jika anda masih belum ada idea lagi, mungkin boleh pertimbangkan beberapa jenis perniagaan ini. Jika anda rasakan ianya sesuai dengan anda, maka ambillah peluang ini untuk berniaga dan seterusnya tambahkan pendapatan.

 

Perniagaan menjual air minuman dan air balang

Saya nak mulakan dengan bisnes menjual air minuman dan juga air balang. Biasanya orang akan target untuk menjual di tapak bazar ramadhan apabila bulan puasa ni.

tips-bisnes-air-balang-untung

Tetapi, pada pendapat saya, bukan semua orang suka nak pergi bazar ramadhan. Memang tak dinafikan, kalau kita ke bazar, ada macam-macam juadah untuk berbuka puasa yang kita boleh beli. Tetapi, kawasan-kawasan yang jadi tumpuan peniaga dan pembeli macam ni, selalunya mesti susah nak cari parking.

 

Silap-silap, terpaksa berbuka atas jalan. Jadi, kalau nak berniaga ni, mungkin tak semestinya kena target kawasan yang ramai orang. Ada juga yang berniaga di kawasan rumah sendiri, namun tetap ada ramai pembeli. Malahan tak mustahil, pendapatan sehari boleh jadi lebih tinggi berbanding pendapatan yang diperolehi oleh peniaga di bazar.

 

Kadang-kadang saya juga rasa pergi bazar ni macam buang masa. Terlalu banyak pilihan buatkan kita jadi susah untuk buat keputusan. Jalan dari hujung sampai ke hujung, akhirnya tetap beli benda yang biasa dibeli.

 

Kalau anda nak dapatkan resipi pelbagai air yang confirm laku, anda boleh muat turun disini.

 

Bisnes kuih raya dan juga bisnes bakeri

Permintaan terhadap kuih dan biskut raya atau produk berasaskan bakeri sememangnya akan meningkat terutama sekali apabila dah dekat dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri.

 

Sekarang ni, apa yang saya perhatikan, orang ramai lebih suka untuk beli produk bakeri atau kuih raya yang ada cop “homemade” berbanding beli secara balang-balang di pasaraya atau kedai borong.

perniagaan-bakeri-dari-rumah

Bagi yang pernah ada pengalaman beli biskut raya lelong dalam balang, mesti perasan, walaupun biskut tersebut datang dalam pelbagai bentuk dan warna, tapi bila kita makan, semuanya rasa sama sahaja. Bila dah terbeli tu, sedikit sebanyak ada rasa macam tertipu.

 

Kita rasa macam dah beli lain-lain, tapi dari segi rasa, semuanya sama sahaja.

 

Biskut raya homemade, kalau dari segi harga memang agak mahal sedikit. Tapi kita puas hati, dan kalau nak hidang pada tetamu pun tak rasa segan.

 

Lebih baik tetamu puji kita, “semua biskut sedap-sedap” berbanding tetamu cakap “kenapa semua biskut walaupun lain-lain tapi rasa dia semua sama”.

 

Anda rasa bisnes bakeri sesuai untuk anda? Jika ya, boleh lanjutkan pembacaan di laman web ini.

 

Bisnes borong

Bila kata bisnes borong, mungkin ada yang tertanya-tanya… nak borong apa? Ok biasanya, apa yang orang kita akan beli semasa membuat persiapan hari raya? Ada macam-macam kan, dan antanya mungkin

  1. Kasut raya
  2. Kerongsang
  3. Bekas kuih
  4. Baju raya kanak-kanak
  5. Kain langsir
  6. Butang baju melayu
  7. Beg
  8. … dan macam-macam lagi

 

Kesemua barang-barang ini, boleh diborong terus dari China menerusi laman web Taobao dengan harga yang berkali ganda lebih murah berbanding beli stok dari pemborong. Cuma kalau nak berurusniaga di laman web berbahasa Cina Taobao ni, baik ada ilmu.

ebook-rahsia-taobao

Jika anda ingin beli barang terus dari taobao, panduan ni adalah salah satu panduan yang bagus untuk dijadikan rujukan.

 

Bisnes kambing bakar

Pada bulan puasa, akan ada yang ambil peluang untuk buat majlis berbuka puasa beramai-ramai. Mungkin ianya dianjurkan oleh pihak syarikat, surau, masjid mahupun orang perseorangan. Salah satu menu yang cukup istimewa adalah kambing bakar atau kambing golek.

kambing-golek

Saya terfikir untuk tambahkan bisnes ni dalam senarai, sebab teringat dalam majlis buka puasa yang saya pernah turut serta dulu, menu kambing bakar ada disajikan.

 

Mungkin anda bukan orangnya yang akan menjadi tukang masak, tapi kalau sesuai, mungkin anda boleh pertimbangkan untuk memulakan perusahaan penternakan kambing. Jadi di bulan puasa ni, orang ramai yang perlukan bekalan daging kambing, mereka tahu di mana boleh dapatkan bekalan tersebut.

 

Apa yang saya bincangkan dalam ini, hanya sebahagian sahaja dari cetusan idea, untuk bantu anda fikirkan apa yang boleh dilakukan sebagai persiapan sementara masih ada masa. Jangan pula nanti bila dah sampai waktu, anda terputus pendapatan disebabkan mood orang kita yang agak berbeza, dari segi kelakuan ketika berbelanja semasa bulan ramadhan.

 

 

Be Sociable, Share!

{ 2 comments… read them below or add one }

Jefri April 4, 2018 at 10:45 pm

Penat berniaga bulan puasa ni

Reply

sabree hussin April 9, 2018 at 12:33 pm

ya penatnya lebih berbanding bulan-bulan biasa. Kalau bulan lain boleh minum dan makan.

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: