Penyapu ajaib Swivel Sweeper memudahkan kerja-kerja menyapu

by sabree hussin on October 21, 2015

in Produk

Orang lelaki ni memang tak berapa suka kalau kena buat kerja-kerja menyapu ni. Antara menyapu dengan vacuum, lebih baik vacuum. Tapi, tak semua tempat sesuai untuk kita guna vacuum. Itu yang pasti.

 

Saya sendiri, disebabkan ada masalah resdung, memang akan selalu bersin bila menyapu. Hidung saya memang sangat sensitif dengan habuk-habuk yang berterbangan tu. Selagi tak habis menyapu, maka selagi tu la asyik nak bersin je.

 

penyapu_ajaib_swivel_sweep Saya terjumpa pulak iklan tentang penyapu magik Swivel Sweeper ni masa tengah online kat FB. Iklannya asyik muncul kat newsfeed saya.

 

Boleh jadi, pada waktu ini, produk ini memang di cari-cari! Rasanya kat kedai-kedai biasa masih belum dijual secara meluas lagi.

 

Kalau nak dapatkan penyapu ajaib ni, kena tempah secara online. Boleh lihat harganya disini. Lalu apa lagi, saya pun carilah serba sedikit info yang berkenaan tentang penyapu ni. Nak jugak tau, kenapa dikatakan penyapu ni AJAIB.

 

Apa yang buatkan produk ni ajaib? Untuk tujuan penerangan, apa kata anda tekan play pada video dibawah ini.

 

Berminat nak dapatkan penyapu ni? Boleh order kat sini.

 

Apa yang buatkan penyapu Swivel Sweep ni bagus untuk digunakan?

Ada dah tengok kan video demonstrasi produk ni kat atas ni? Jadi daripada video tu, kita dapat lihat yang penyapu ini adalah rekaan 3 dalam 1 iaitu ia menggabungkan fungsi penyapu, penyodok dan juga penyedut hampagas ataupun vacuum.

 

Kalau sebelum ini, lepas kita sapu mesti kena ada penyodok untuk buang habuk-habuk tu ke tong sampah misalnya. Tapi bila guna penyapu ajaib swivel sweep ni, dah tak perlu lagi buat semua tu. Habuk yang kita dah sapu tu akan disedut oleh fungsi vacuum penyapu ini.

 

Penyapu swivel sweep ini dikuasakan dengan kuasa bateri. Bateri tu pulak boleh cas berulang-ulang kali bila bateri dia dah weak. Macam yang saya sebutkan sebelum ni, kalau nak vacuum satu rumah kadang-kadang tak mungkin boleh buat.

 

Ada tempat-tempat yang kita tak dapat nak vacuum sebabnya wayar tak cukup panjang, extension wire tak ada, dan kat tempat tu tak ada power point plug. Jadi kalau ada vacuum sekali pun, ada tempat-tempat yang kita tak boleh nak capai pun tak guna jugak.

 

Guna penyapu ni, senang. Ia boleh dibawa kemana-mana dan tak perlu guna wayar.

 

Kalau anda lihat pada video, tempat-tempat yang sempit pun kita boleh sapu sebabnya laras pada penyapu ni boleh di adjust.

 

penyapu_magik

Jadi penyapu ajaib ni, bukan orang perempuan je boleh guna, sebabnya orang lelaki pun boleh guna jugak.

 

Lepas tak ada lagi alasan untuk malas menyapu, sebabnya kerja-kerja menyapu dah jadi sangat mudah!

 

 

 

Be Sociable, Share!

{ 4 comments… read them below or add one }

Ikhwan October 25, 2015 at 12:35 pm

kalau dah ada penyapu ajaib tapi malas juga, ada yang kena hambat dengan penyapu ajaib nanti hehehe…

Reply

suri October 26, 2015 at 4:02 pm

kerja para ibu lagi mudah dan pantas dalam bab mengemas rumah

Reply

Ila ramli August 13, 2017 at 11:06 am

Prize pls

Reply

sabree hussin August 13, 2017 at 11:16 pm

Here is the prize. Check this out >>http://ho.lazada.com.my/SHERLV

Price range around RM46 – below RM150

Reply

Leave a Comment

Previous post:

Next post: