Blog Sabree Hussin

Pengenalan kepada simkad Tone Excel

Mungkin anda pernah terdengar tentang simkad Tone Excel ini dimana-mana. Sama ada ketika anda sedang melayari laman web, bersosial di laman media sosial mahupun terdengar topik tentang Tone Excel ini dibincangkan oleh kenalan mahupun sanak saudara anda.

 

Baiklah. Dari sumber mana anda terdengar mengenai simkad ini, mungkin berbeza antara setiap orang. Cuma persoalannya ialah, apakah yang anda lakukan setelah mendengar tentang simkad ini? Adakah anda terus menjadi pengguna, ataupun anda terus berlalu pergi dan beri alasan yang anda tak minat dengan simkad ini.

 

Satu perkara yang buatkan saya berminat untuk menjadi pengguna bagi simkad ini ialah, simkad ini menawarkan dan membuka peluang kepada penggunanya untuk jana pendapatan tambahan. Atau dengan kata lainnya, hanya dengan menjadi pengguna simkad ini, anda berpeluang untuk menerima bayaran daripada pihak syarikat.

 

Betul ke boleh dapat duit kalau jadi pengguna simkad Tone Excel?

 

Ya, memang betul. Ini buktinya.

945115 merupakan nombor IDP saya. Pada 11 April 2016 dan 31 March 2016, saya menerima bayaran daripada syarikat ini. Bayaran ini dibuat terus ke akaun Maybank saya. Eh, ada ke syarikat telco yang nak bagi duit kepada penggunanya?

 

Selalu yang kita dengar, syarikat telco akan beri sms percuma, panggilan percuma, data percuma. Tetapi di Tone Excel, anda akan mendapat RM pula. Adakah syarikat telco anda menawarkan pelan sebegini?

 

Kepada pembaca yang masih belum mengenali apa itu simkad Tone Excel…

 

Untuk makluman anda, beginilah rupa simkad Tone Excel ini. Dari segi ciri-ciri fizikal, ia sebenarnya tidaklah begitu jauh berbeza dengan simkad-simkad lain yang terdapat di pasaran. Dengan menggunakan simkad ini, anda masih lagi boleh menggunakan handphone anda untuk membuat panggilan, menghantar SMS, MMS, melanggan data, main game, buka FB, whatsapp dan sebagainya.

 

Apa yang membuatkan simkad ini berbeza berbanding lain-lain simkad yang ada diluar sana adalah dari segi manfaat penggunaannya. Baiklah, mari kita lihat dengan lebih dekat lagi tentang simkad Tone Excel ini. Mungkin ada beberapa info dalam blog ini yang anda sendiri baru sahaja tahu.

 

Syarikat telekomunikasi Tune Talk

Serba sedikit info mengenai Tune Talk

Rangkaian perkhidmatan Tune Talk telah mula beroperasi di Malaysia sejak 19 Ogos 2009.

Pegangan saham Tune Talk dimiliki oleh Celcom Axiata Berhad secara majoriti dan juga Tune Group Sdn Bhd dengan peratusan 35% dan 25.1%.

Tan Sri Dr Anthony Francis Fernandes (Tony Fernandes) dan Dato’ Kamarudin Meranun adalah pemilik bersama bagi Tune Group Sdn Bhd.

Tune Talk beroperasi dengan konsep yang dikenali dengan nama MVNO ataupun singkatan bagi Mobile Virtual Network Operator.

Tune Talk menjalinkan kerjasama bersama dengan syarikat telekomunikasi Celcom dan mereka menggunakan perkhidmatan infrastrutur syarikat Celcom.

Oleh yang demikian, dimana-mana kawasan yang memiliki liputan Celcom, maka disitu juga terdapat liputan yang baik bagi line telefon Tune Talk.

 

Syarikat Tone Excel Sdn Bhd

Tone Excel Sdn Bhd ditubuhkan pada tahun 2009, bagi meneroka pasaran dalam industri mudah alih di Malaysia.

Pada 10 Februari 2010 Tone Excel Sdn Bhd telah menandatangani perjanjian usahasama dengan Tune Talk untuk menyediakan satu platform kepada pengguna mudah alih di Malaysia dengan peluang untuk mencapai kebebasan kewangan.

 

Hasil kerjasama ini, maka lahirlah simkad Tone Excel.

 

Sebenarnya, sebagai rakyat Malaysia, kita bertuah kerana terdapatnya program seumpama ini di negara kita. Dengan adanya program seperti ini, maka individu biasa seperti kita tetap dapat untuk mendapat sebahagian kekayaan yang sebelum ini hanya dinikmati oleh mereka-mereka yang mempunyai modal yang besar untuk memulakan perniagaan dalam industri telekomunikasi seperti ini.

 

Namun pada hari ini, dengan bermulakan modal sebanyak RM100 (atau kurang) anda dah pun boleh memulakan perniagaan dalam bidang telekomunikasi. Caranya juga mudah sahaja, iaitu hanya dengan menjadi pengguna simkad Tone Excel. Itu dia langkah pertama.

 

Baiklah, jika anda berminat untuk menjadi pengguna simkad Tone Excel, anda boleh berbuat demikian dengan menekan pautan ini.

 

Baca lagi mengenai Tone Excel disini.

 

 

Exit mobile version