Pengalaman bercuti ke Sabah (1) – Beberapa bulan sebelum berangkat ke Sabah

by sabree hussin on May 22, 2017

in Travelog

Setiap kali buka laman web Facebook, pasti akan ada yang share betapa cantiknya pemandangan di sekitar Kundasang, Sabah.

 

Kadang-kadang yang share tu pun, bukannya dah pergi tempat tu, tapi sekadar share posting orang lain. Mula-mula tengok, memang tak ada rasa apa-apa.

 

Ala… Kundasang je pun… so what?

 

Tapi bila dah kerap sangat tengok, hati mula terdetik nak tau, apa agaknya yang ada di Kundasang?

 

Sekali tengok, tak ubah macam Cameron Highland. Bila tengok dari sudut lain, aik… macam kat New Zealand pun ada.

bercuti-di-kundasang

Itulah… kalau cuma tengok dari gambar, kadang-kadang ia tak berapa tepat. Almaklumlah, si tukang ambik gambar tu, dah tentu hanya akan kongsikan shot yang terbaik sahaja. Sedangkan lain-lain shot yang mungkin tak berapa cantik, tidak dikongsikan sama.

 

Maka pada satu hari tu, kami buat plan untuk bercuti ke Sabah. Why not this time kita explore Sabah pulak? Orang belah-belah Sabah dan Sarawak banyak yang datang ke Semenanjung, tapi kita tak pernah pulak nak visit tempat diorang.

 

Ini kalilah!

 

Sudah tentu, ada beberapa persediaan yang perlu dilakukan sebelum nak ke sana. Paling penting, kenalah buat research serba sedikit sebelum ke sana.

 

Banyak juga blog-blog yang saya baca tentang pengalaman bercuti ke Sabah. At least, kita tau sebelum pergi ke sana, apa nak kena buat. Terima kasih juga saya ucapkan buat para penulis blog yang pernah kongsikan pengalaman anda tu.

 

Kali ini, saya nak kongsikan pula pengalaman saya bercuti ke Kundasang dan Kota Kinabalu. Perkongsian ini adalah dari perspektif saya. Mungkin ada sedikit kelainan berbanding lain-lain laman blog yang pernah berkongsi tentang pengalaman mereka bercuti ke sana.

 

Beli tiket penerbangan ke Kota Kinabalu

Kalau dapat tiket murah, maka adalah rezeki untuk ke Sabah. Kalau tiket mahal sangat, maka terpaksalah kami tunda sahaja percutian ke Sabah tu.

 

Saya pergi bersama keluarga dan semua sekali ada 4 orang. Kalau boleh nak pergi lagi ramai, tapi itu lah… faktor duit, faktor cuti, faktor masa, dan macam-macam lagi faktor, akhirnya kami pergi berempat.

 

Masa ni kami perlu sangat alert dengan promosi yang dijalankan oleh Air Asia. Kami langgan newsletter Air Asia, sebabnya kami nak jadi antara yang terawal dapat booking tiket penerbangan, kalau Air Asia buat promosi.

 

Soal bila nak pergi, itu belakang cerita.

 

Anytime boleh ambik cuti kan. Apa yang penting, dapatkan tiket murah dulu.

 

Cuma cadangan saya, kalau nak pilih tarikh tu, kena pastikan

(1) Masa tu bukannya waktu cuti sekolah.

(2) Bukan musim perayaan. Perlu semak juga sama ada kat Sabah waktu tu ada sambut sebarang perayaan atau pesta.

(3) Bukan hari cuti umum.

 

Saya rasa lebih baik pergi hari biasa. Macam dalam situasi saya sendiri, kami pilih hari selasa, rabu, khamis dan Jumaat. 4 hari 3 malam. Hari jumaat malam tu dah balik ke KL.

 

Selain kena selalu alert dengan newsletter dan promosi yang dijalankan oleh Air Asia, saya juga kerap tengok harga tiket di laman web Airpaz.

cari-tiket-flight-murah

Laman web Airpaz ni fungsinya lebih kurang macam laman web Trivago jugak.

 

Ia akan membandingkan harga bagi beberapa tiket penerbangan dari syarikat penerbangan yang berbeza. Kalau Trivago, ia akan bandingkan harga hotel, tetapi kalau dengan Airpaz, ia akan buat perbandingan harga tiket kapal terbang.

 

Dari situ, kita boleh lihat mana satu syarikat penerbangan yang dapat tawarkan harga paling rendah.

 

Akhirnya, kami pilih untuk buat booking dengan Air Asia. Baiklah, saya nak share sikit beberapa tips kalau nak buat booking dengan Air Asia, atau mungkin dengan syarikat penerbangan lain.

 

Tak kiralah sama ada anda bercadang nak ke Sabah atau ke lain-lain destinasi. Tips ini mungkin boleh anda pakai.

 

Matlamat saya adalah untuk dapatkan harga tiket serendah dan sejimat yang mungkin. Kalau boleh dapat harga yang rendah, kenapa perlu bayar lebih? Betul tak?

 

(1) Masa buat booking, gunakan private windows jika guna Mozilla Firefox atau In Cognito Mode apabila guna Google Chrome.

Jika anda menggunakan Mozilla Firefox, tekan ctrl + shift + p. Satu paparan windows yang baru akan keluar. Inilah dia private windows. Private windows ni dia tak akan simpan cookies.

 

Jika anda gunakan Google Chrome, tekan ctrl + shift + n. Private windows apabila guna chrome dikenali sebagai in cognito mode.

 

Dari segi teknikal, benda ni kita buat bagi mengelakkan laptop atau peranti kita menyimpan maklumat sesi tempahan sebelum ini. Memandangkan perkara ini adalah agak teknikal, jadi saya tak dapat nak ulas panjang-panjang.

 

Apa yang saya dapat katakan, anda akan dapat lihat terdapat sedikit perbezaan harga apabila guna kaedah ini.

 

Selain itu, saya juga boleh buat 4 tempahan yang berbeza dalam masa yang sama.

Tempahan 1 – Guna Mozilla Firefox normal window

Tempahan 2 – Guna Mozilla Firefox Private Window

Tempahan 3 – Guna Google Chrome normal window

Tempahan 4 – Guna Google Chrome In Cognito Mode

 

(2) Semak harga tiket terendah untuk satu penumpang kemudian jadi kreatif dengan booking

Bagi mereka yang biasa buat tempahan tiket penerbangan, anda pasti akan nampak yang syarikat penerbangan akan tawarkan struktur harga yang berbeza untuk tiket penerbangan pada hari yang sama.

 

Sebagai contoh bagi memudahkan penerangan adalah begini.

Zero Fare – 10 tiket sahaja atau 10 seat sahaja

RM10 – 2 tiket atau 2 seat sahaja

RM50 – 4 tiket atau 4 seat sahaja

RM150 – 20 tiket atau 20 seat sahaja.

 

Katakan pada waktu tersebut, kita dapat tahu yang Air Asia sedang jalankan promosi Zero Fare. Masalahnya ialah, tiket Zero fare hanya tinggal 3 seat sahaja.

 

Kita pulak nak travel dengan 4 orang penumpang dalam satu group.

 

Maka secara automatik, sistem akan berikan kelas harga yang seterusnya kepada kita, iaitu yang RM50 tu.

 

Kita sebenarnya nak travel 4 orang. Tetapi tiket zero fare hanya berbaki 3 seat. Jadi untuk memudahkan semua orang dapat tiket dalam satu booking number, maka sistem akan berikan kelas harga yang seterusnya.

 

Jadi, dalam hal ini, pentingnya untuk anda tahu, berapakah harga tiket terendah yang anda boleh perolehi.

 

Maka bila anda dah tahu berapa harga tiket paling murah anda boleh dapat, kemudian bila anda buat booking untuk satu group, tiba-tiba anda tak dapat harga itu, maka dalam keadaan ini, anda kena jadi kreatif sikit.

 

Kena buat dua booking berasingan. Sebagai contoh, jika anda travel berempat, anda mungkin perlu buat begini.

(1) Buat dua booking. Booking number pertama ada 3 orang penumpang, dan booking number kedua ada 1 orang penumpang.

(2) Buat dua booking. Booking number pertama ada 2 orang penumpang dan booking number kedua juga ada dua orang penumpang.

 

Buat separate booking macam ni memang nampak leceh sikit, tapi percayalah, jika matlamat anda adalah untuk dapatkan harga yang paling jimat, maka cara ini pasti sangat membantu.

 

Namun awas!

 

Kalau anda tidak berhati-hati, anda mungkin akan buat silap dan sendiri terkeliru. Contohnya, untuk nama yang sama, anda buat booking dua kali.

 

Benda ni memang boleh terjadi. Dalam booking pertama ada nama kawan anda, dan dalam booking kedua pun ada nama kawan anda yang sama. Rupa-rupanya ada seorang yang anda tertinggal namanya.

 

Kalau jadi kesilapan yang macam ni, memang tak boleh diperbetulkan. Tiket yang double booking tu (dikira double booking sebab untuk nama yang sama, ada dua tiket penerbangan pada hari dan masa yang sama) memang dah tak boleh nak tukar nama penumpang lain.

 

Jadi kenalah buat tempahan yang baru.

 

Untuk tiket yang double booking tu, apa yang boleh dilakukan hanya dapatkan credit shell dari Air Asia. Untuk situasi ini, sila hubungi terus pihak Air Asia.

 

Ok… itu baru buat tempahan tiket penerbangan.

 

Seterusnya, untuk penginapan pula.

 

Ada beberapa laman web yang anda boleh gunakan untuk buat tempahan. Macam awal-awal tadi, saya ada cerita tentang laman web Trivago yang anda boleh gunakan untuk cari bilik hotel dengan harga paling murah.

 

Dalam sesi percutian ke Sabah ini, kami menggunakan khidmat dari laman web Agoda.

laman-web-agoda

Salah satu yang menarik tentang laman web Agoda ni ialah, kita boleh buat booking dulu tetapi bayar kemudian (pay later). Biasanya, bila dah dekat-dekat tarikh nak pergi tu baru buat bayaran, tapi bilik hotel tu kita dah booking siap-siap.

 

Kaedah pembayaran macam ni ada beberapa kelebihan buat kita. Antaranya

(1) Kalau tak jadi pergi, kita tak perlu risau bab bilik hotel yang dah ditempah. Kita tak rugi apa-apa sebab masih tak bayar apa-apa deposit lagi.

(2) Kalau jadi pergi, kita masih ada masa untuk kumpul duit, sebabnya tak perlu bayar on the spot.

(3) Tempahan menerusi Agoda memang selamat. Kami dah beberapa kali buat tempahan menggunakan Agoda.

(4) Dari segi harga, kadang-kadang boleh dapat berkali ganda lagi murah berbanding buat tempahan terus di laman web rasmi hotel.

 

Itu antara kelebihan apabila menggunakan perkhidmatan dari Agoda.

 

Sebenarnya bab tempahan bilik ni, semuanya terpulang pada anda. Mungkin anda ada kenalan yang boleh tawarkan bilik ataupun homestay yang lebih murah. Jadi bolehlah guna khidmat kawan anda tu.

 

Apa pun, buatlah perbandingan sebelum buat sebarang keputusan.

 

Dalam percutian ke Sabah ni, saya pilih untuk menginap di Kundasang dua hari, dan pada dua hari terakhir barulah menginap dia Kota Kinabalu.

 

Mula-mula plan, nak menginap di Kota Kinabalu dulu. Jalan-jalan di KK dulu, kemudian baru pergi ke Kundasang. Tapi atas cadangan seorang kenalan, dia syorkan pergi Kundasang dulu, lepas tu barulah pergi ke KK.

 

Kereta sewa di Sabah

Selain tiket penerbangan dan tempat menginap, satu lagi yang tak kurang pentingnya ialah perkhidmatan kereta sewa. Sayangnya, percutian kali pertama saya ke Sabah, orang yang nak tawarkan kereta sewa ni buat masalah.

 

Berjam-jam (hampir 4 jam) kami terpaksa tunggu kereta sewa di airport Kota Kinabalu. Ini saya akan cerita di lain masa.

 

Apa pun, sepanjang saya berada di Kundasang, saya perhatikan banyak kereta jenis pick up berada di jalan raya. Mungkin sebab keadaan muka bumi yang berbukit bukau dan perlu banyak mendaki lebih sesuai guna pick up. Lebih power dan lebih prestasi.

 

Tapi saya sewa kereta jenis proton Saga FLX sahaja. Boleh juga bergerak tanpa masalah walaupun ada 4 orang dalam kereta.

 

Saya tak pasti, kalau kereta jenis lain. Anda boleh tanya dengan pemilik kereta sewa tu, sama ada sesuai atau tidak nak sewa kereta jenis tertentu kalau nak pergi ke Kundasang.

 

Biasanya pemilik kereta sewa lebih kenal dan lebih tahu. Kalau kereta tersebut tak sesuai, biasanya mereka akan cadangkan kereta model lain.

 

Saya difahamkan, ada juga pemilik kereta sewa yang tak membenarkan keretanya dipandu keluar dari Kota Kinabalu. Kalau nak pakai kereta dia, kena pandu sekitar KK sahaja. Mungkin ada sebab kenapa dia buat syarat macam ni.

 

Apa yang penting, jujur sahaja dengan pemilik kereta sewa. Beritahu kemana hala tuju kita, sebabnya jika ada masalah, at least mereka tahu dimana lokasi kita.

 

Baiklah, saya rasa dah agak panjang perkongsian saya yang pertama ini.

 

Jadi saya akan berhenti sampai sini dulu dan akan sambung pada artikel dalam siri travelog bercuti ke Sabah yang seterusnya ya.

 

 

 

 

 

 

Be Sociable, Share!

{ 11 comments… read them below or add one }

Hanafi Cuckoo May 22, 2017 at 4:53 pm

perkongsian menarik…
x pernah bercuti ke Sabah, pernah sampai itupun atas urusan kerja di Sandakan.
Tak sempat nak jalan-jalan sangat sebab jadual pack..

Reply

titan May 23, 2017 at 1:18 am

ko naik gunung kinabalu ke?

Reply

sabree hussin May 23, 2017 at 2:32 am

Jalan-jalan kat Kinabalu Park je. Tak mendaki pun. Aku pun bukannya sihat sangat ha3

Reply

Mohd Roslan Awang Senik May 23, 2017 at 8:54 am

Nak pergi jugak lar nanti…

Reply

sabree hussin May 23, 2017 at 10:25 am

Sila-sila. Bawak famili datang jalan-jalan kat sini.

Reply

rujukan May 23, 2017 at 12:03 pm

menarik bro, x sabar nak baca episod ke dua pula sebab nak tahu kos semua tu sebab aku memang tgh bercadang nak pi kundasang, so nak tahulah semua tuh termasuk kos dan pengalaman orang lain. agak agak habis x RM2500 kalau pergi berdua, sebab aku dari Penang

Reply

sabree hussin May 24, 2017 at 12:46 pm

Kalau hang tak shopping, cukup je bajet tu. Cuma kalau mahal pun mungkin tiket flight dgn sewa kereta kat sana je la

Reply

mrhanafi June 17, 2017 at 11:44 am

Sabah memang menarik dan cantik…

biarpun saya orang Sarawak..

saya tetap kagum dengan pemandangan yang cantik di Sabah..

Reply

sabree hussin June 19, 2017 at 10:19 am

Saya tak pernah sampai lagi di Sarawak. In Shaa Allah satu hari nanti nak datang juga ke Sarawak 😀

Reply

RAIHANAH AHMAD June 18, 2017 at 7:28 am

syoknya dapat ke sabah.

Reply

sabree hussin June 18, 2017 at 2:44 pm

Alhamdulillah.

Reply

Leave a Comment

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post: