Penerangan Program Affiliate Starter Pack BESTMobile

by sabree hussin on February 26, 2015

in Pemasaran Affiliate

Artikel ini saya tulis khusus untuk anda, jika anda adalah seorang yang agak baru dalam aktiviti pemasaran online. Jadi, saya harap anda dapat luangkan masa anda untuk baca, fahami dan terus take action setelah anda baca penerangan ini.

Sila baca artikel ini sekurang-kurangnya 3 kali jika anda masih belum faham pada kali pertama pembacaan anda.

Mula-mula sekali, untuk pendaftaran, sila ke laman web berikut http://sabreehussin.biz/bestmobile/affiliates

Paparan seperti dibawah akan kelihatan

program_referral_bestmobile

Jika anda belum pernah daftar sebagai ejen affiliate, anda hanya perlu klik pada butang “Klik Di Sini Untuk Mendaftar” dan isikan borang pendaftaran.

Jika anda dah pernah daftar sebagai ejen affiliate, anda hanya perlu daftar masuk sahaja.

.

..

PENTING!

Sila perhatikan dan fahamkan betul-betul apa yang saya nak anda buat dibahagian ini.

program_affiliate_bestmobile2

Untuk no akaun bank,

SILA MASUKKAN NOMBOR IDP BESTMOBILE ANDA

Sila masukkan nombor idp BestMobile anda!

Sila masukkan nombor IDP BestMobile anda dibahagian No. Akaun Bank

 

Untuk username pilihan, sila gunakan format berikut

[Nama anda] + No IDP BESTMobile

Contoh,

Nama saya Sabree Hussin dan nombor IDP saya 449841

Maka saya letak username saya sebagai sabree449841

FAHAM?

 

Jika anda mengisi borang ini ketika anda masih belum ada nombor IDP, sila update maklumat nombor IDP anda dibahagian dashboarad affiliate. Klik pada profil agen.

program_affiliate_bestmobile3

 

Baik, sekarang kita akan lihat part yang lebih penting. Iaitu bahagian pemasaran.

Klik pada butang halaman utama.

program_affiliate_bestmobile4

 

Lihat anak panah berwarna merah.

Itu adalah link affiliate anda. Link affiliate tersebut, hanya unik untuk kegunaan anda sahaja. Sila pastikan anda copy link tersebut (dipanggil link affiliate) ketika anda buat pemasaran.

Saya punya link affiliate adalah seperti ini –> http://sabreehussin.biz/bestmobile/hop.php?ref=sabree

Anda juga akan dapat link yang lebih kurang sama.

Gunakan link tersebut ketika melakukan promosi.

Apabila ada pelanggan buat tempahan menerusi link affiliate anda, automatik saya akan tahu, siapa ejen yang mempromosikan laman web tersebut dan berjaya mendapat sales.

Ini contoh salinan tempahan yang saya perolehi untuk ejen bernama sabree

program_affiliate_bestmobile5

Dari screenshot diatas, kita boleh tahu pelanggan ini buat tempahan pada 07 March 2015 dan ia datangnya dari hasil promosi ejen bernama sabree. Rujuk pada bahagian penaja.

.

..

Sebagai admin, saya akan

1. Uruskan tempahan tersebut

2. Saya akan jawab segala pertanyaan pelanggan tersebut

3. Saya akan uruskan hal-hal pembungkusan dan penghantaran

4. Saya akan berikan support dan latihan kepada pelanggan

5. Saya akan pastikan pelanggan tersebut activate simkad menggunakan idp ejen bernama sabree

 

.

..

Baiklah, itu tentang tempahan. Sekarang saya nak anda beri perhatian juga dibahagian statistik.

Kat situ anda boleh lihat ada berapa banyak klik yang telah diterima pada link affiliate anda.

Formulanya? Lagi banyak klik anda dapat, lagi tinggi peluang untuk anda dapat banyak sales!

 

Yang paling best ialah, bahagian rekod jualan anda. Ia adalah indikasi berapa ramai yang telah isi borang tempahan hasil daripada aktiviti promosi anda. Jumlah tersebut belum final. Walaupun ia tertulis 10 unit sekalipun, mungkin anda hanya akan dapat 8 unit jualan sahaja.

Sebabnya?

1. Berlaku kesilapan teknikal seperti pelanggan yang sama isi borang sebanyak dua atau tiga kali. Dah jadi double booking. 

2. Pelanggan cancel order

3. Pelanggan buat tempahan palsu

 

Situasi yang paling biasa berlaku ialah double booking. Jarang berlaku penipuan dalam tempahan.

 

Menggunakan sistem ini, anda bukan sahaja berpotensi untuk dapat downline kurang daripada jumlah yang tertera pada statistik, malahan anda juga berpeluang untuk dapat extra downline dari saya!

Syaratnya? Anda hanya perlu jadi seorang ejen yang aktif buat promosi. Promosi macam biasa. Itu sahaja.

.

..

Siapa yang sesuai gunakan sistem ini?

Saya beritahu siap-siap, bukan semua orang sesuai untuk gunakan sistem ini. Anda sesuai untuk gunakan sistem ini, jika anda

 

1) Sangat sibuk dan selalu tak ada masa

Mungkin jadual harian anda sangat ketat dan padat. Anda sibuk dengan urusan kerja dan juga urusan keluarga.

Kesibukkan anda itu menyebabkan

+ Anda tak ada masa untuk belajar cara bina website.

+ Anda dah tau cara bina website, tetapi anda tak ada masa nak buat.

+ Anda tak mahu diganggu oleh bakal pelanggan yang banyak tanya.

+ Anda tak mahu uruskan tempahan, pembungkusan dan pengeposan.

+ Anda tak mahu uruskan hal-hal after sales support

+ Anda cuma nak fokus pada pemasaran sahaja

 

Jadi, sistem ini sesuai untuk anda.

 

2) Anda tak ada kepakaran dan kemahiran untuk bina laman web

Itu tak ada masalah, sebabnya anda boleh terus gunakan sahaja sistem ini.

.

..

Soalan yang selalu saya terima mengenai program affiliate starter pack BESTMobile ini.

 

1) Adakah bila pelanggan buat tempahan, ejen affiliate akan dapat komisyen?

Tidak.

Fungsi web affiliate ini adalah untuk membantu anda dapat sales hasil daripada pemasaran online. Itu sahaja.

Sebarang komisyen hanya akan anda perolehi apabila pelanggan tersebut telah melengkapkan tempahan, dan telah mengaktifkan simkad BESTMobile menerusi nombor IDP anda.

 

.

..

Fungsi sistem affiliate ini adalah untuk membantu memudahkan kerja-kerja pemasaran anda. Itu sahaja.

Ya.

Sistem ini TIDAK SEMPURNA.

.

..

Jika anda tak ada masalah untuk bina website sendiri, sila bina website anda sendiri.

Jika anda tak kisah untuk jawab call dari bakal pelanggan pada bila-bila masa, maka sila gunakan sistem pemasaran anda sendiri.

Jika anda tak ada masalah untuk urus tempahan dan juga beri khidmat after sales support, maka saya amat-amat menggalakkan anda buat sendiri.

Jujurnya, sistem ini saya reka untuk bantu rangkaian saya. Namun, secara tak langsung, dengan adanya sistem ini, saya juga jadi extra busy, untuk layan pelanggan saya sendiri, dan juga pelanggan yang diperkenalkan oleh ejen saya, iaitu anda!

Jadi, saya harap anda tidak terlalu mengharapkan kesempurnaan kepada sistem ini.

Jika di masa akan datang, saya temui sistem lain yang lebih awesome, In Shaa Allah, saya pasti akan upgrade kepada sistem tersebut. Jadi, anda tak perlu risau la ya.

.

..

Kaedah pemasaran yang bagaimana yang sesuai untuk sistem ini?

Adakah anda jenis yang suka buat kerja banyak kali, atau jenis yang suka buat kerja sekali sahaja, tetapi hasilnya boleh dinikmati berulang-ulang kali?

Jika anda jenis yang suka buat kerja sekali sahaja, saya syorkan anda menggunakan kaedah pemasaran

1) Blog

Anda hanya perlu tulis artikel promosi sekali sahaja, kemudian anda boleh tinggalkan. Selagi artikel anda masih wujud dan boleh ditemui oleh bakal pembaca, selagi itu anda berpeluang untuk dapat sales sampai bila-bila.

 

2) Laman web iklan

Ada banyak laman web yang anda boleh post iklan. Yang ni anda kena cari sendiri la ya.

 

3) Post di forum-forum

 

3 kaedah pemasaran itu tadi akan menjadikan usaha pemasaran anda sebagai kaedah pemasaran pasif. Hanya buat pemasaran sekali sahaja, namun hasilnya boleh anda dapati berkali-kali.

Untuk pemasaran menggunakan medium blog, ia ada kena mengena dengan teknik SEO. Klik sini untuk baca tentang teknik SEO dan blog.

.

..

Apa pun, saya ucapkan selamat datang ke perniagaan BESTMobile!

Jika anda menyertai BESTMobile menerusi rangkaian saya, berbanyak-banyak terima kasih saya ucapkan. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa kalian.

Apa pun, sepanjang anda berada dalam bisnes ni, pastikan kemahiran anda makin berkembang. Jangan duk amalkan cara lama je dalam berpromosi.

Saya ada sediakan panduan untuk bina blog, bina website, dan juga panduan pengguna sistem autoresponder di group support. Sila download, baca, fahamkan dan take action!

Walaupun niat anda untuk berada dalam bisnes ni ialah untuk dapatkan pendapatan yang lebih besar, namun jangan dilupakan aspek pendidikan, sebabnya lagi tinggi ilmu anda, lagi besar potensi anda untuk capai pendapatan yang lebih baik!

Wallahua’lam

 

 

Be Sociable, Share!

Leave a Comment

Previous post:

Next post: