Blog Sabree Hussin

A Reflection of Mind, Body & Soul

  • Tentang Penulis
  • Arkib
  • Hubungi Saya
  • Perkhidmatan Iklan

Pemenang Insentif Tunai Pengulas TERBAIK Siri 2

September 28, 2014 by sabree hussin 13 Comments

Sebenarnya hari ni saya agak sibuk.

Ada beberapa aktiviti yang perlu saya hadiri dan terlibat sama. Itu nantilah, kat hujung-hujung entri ni nanti baru saya ceritakan.

Seperti yang dijanjikan, saya akan mengadakan mini kontes secara TERTUTUP dari masa ke masa untuk pembaca, pelawat dan subscriber blog saya. Tujuannya tak lain dan tak bukan adalah bagi menghargai anda semua. Tanpa anda, blog saya ni NOTHING.

buat_duit_dengan_blogging

Antara sebab saya tulis blog adalah untuk buat duit. Kalau sebelum-sebelum ini, saya terlalu fokus untuk buat duit untuk diri sendiri, sehingga saya terlupa untuk berkongsi kekayaan dan kesenangan yang Allah pinjamkan kepada saya menerusi blog ini.

Jadi, In Shaa Allah, lepas ni, blog ini bukan sahaja akan jadi alat buat duit online bagi saya, tetapi untuk anda juga, iaitu pembaca dan pelawat blog ini.

Walaubagaimanapun, saya tak dapat nak beri kepada semua orang. Hanya yang benar-benar serius dan sudi nak ambil inisiatif sahaja yang akan dapat peluang ini. Yang lain, yang hanya tengok sahaja… maaf la ya… anda tengok sahaja la saya tunjuk bukti-bukti macam ni ya.

Untuk siri kedua ini, artikel pilihan adalah bagi artikel berjudul Pengalaman sesi rawatan di Pusat Rawatan Islam Al-Qayyum

Jujur saya katakan, kali ini persaingan lebih sengit! Sebabnya? Ada banyak komen-komen yang hebat-hebat dan menarik yang diberikan oleh pembaca.

Antaranya adalah komen daripada saudara Faris, penulis blog FarisOsman.com

pusat_rawatan_islam

Terima kasih saya ucapkan kerana anda sudi untuk kongsikan ilmu tentang amalan yang dilakukan oleh Rasulullah SAW sebelum tidur. Semoga pembaca sekalian juga dapat amalkan tips ini.

Selain itu, pendapat daripada saudari erranis juga sangat berharga. Memang betul kata dia, makhluk ini akan merosakkan tubuh badan kita dari dalam.

ulasan_pusat_rawatan_islam_alqayyum

Perubatan moden tidak dapat mengesan aktiviti jahat makhluk ini, sehinggalah ia benar-benar terlambat dan mudarat. Pada waktu itu, kalau kita bawa kepada perhatian pihak hospital. pihak hospital hanya akan mengesahkan bahawa pesakit mengidap kanser.

Saya tertarik dengan ulasan daripada saudara Zul Hairi Ahmad mengenai Jin “Asyik”. Ya, saya pernah terbaca mengenai jin asyik sebelum ini di majalah-majalah tabloid dan terima kasih untuk komen tersebut, Ia satu peringatan yang sangat berharga buat saya.

Baca lagi

nasihat_pusat_rawatan_islam_alqayyum

Semua komen bagus-bagus belaka. Jadi, siapa yang MENANG?

Pemenang yang berjaya memikat hati juri ialah, komen daripada Puan Sharifah Aishah

pandangan_pusat_perubatan_islam_alqayyum

… dan seperti yang dijanjikan, insentif tunai sebanyak RM10 akan ditransfer pada keesokkan harinya setelah kontes TAMAT, dengan syarat pemenang tu mestilah SEGERA beri nombor akaun bank bila saya hubungi nanti ๐Ÿ™‚

Insentif tunai dah pun selamat di sampaikan

insentif_komen_terbaik

Bagi setengah orang, RM10 mungkin tak seberapa. Akan tetapi, walaupun nilainya tak besar mana, ia tetap ada manfaatnya dan boleh digunakan untuk tujuan tertentu.

Terima kasih yang tak terhingga sekali lagi saya ucapkan buat para peserta yang sudi untuk menyertai mini kontes ni.

Siap sedia untuk panggilan kontes untuk siri ketiga pula. Jika anda tak mahu ketinggalan untuk mendapatkan notifikasi mengenai kontes ini, anda boleh sertai group tertutup saya di FB yang saya namakan dengan nama Sabree Hussin VIP Client Support.

Info terbaru mengenai sebarang kontes terbaru akan saya maklumkan di sana.

Macam yang saya bagitahu awal-awal tadi, hari ini dan esok (27 & 28 Sept) saya agak sibuk, sebabnya saya terlibat dengan program amal Sentuhan Mesra Bersama Asnaf di Rumah Amal Asnaf Al Barakh, Olak Lempit

rumah_amal_olak_lempit

Untuk program ini, saya mewakili kelab Generasi Warisan Prihatin (GWP).

Saya merupakan salah seorang Admin bagi kelab ini, dan In Shaa Allah, di masa akan datang, saya akan banyak bercerita mengenai aktiviti kelab di blog ini.

Dan sekiranya ada daripada kalangan pembaca blog saya yang berminat nak sertai aktiviti kelab, juga amat saya alu-alukan.

Baiklah, terima kasih saya ucapkan atas penglibatan kalian dalam kontes yang saya anjurkan. Bagi yang tak menang, harap anda tidak serik, dan cuba lagi di lain masa dan waktu.

Semoga berjaya

 

 

Baca juga artikel berikut:

  1. Pemenang Insentif TUNAI Pengulas TERBAIK Siri 1
  2. Siri Mula Bisnes Restoran
  3. Ini Cara Terbaik Memulakan Aktiviti Blogging Pada Tahun 2014
  4. Apa kriteria yang perlu ada pada sesebuah blog bagi menghasilkan blog yang TERBAIK!

Filed Under: Blogging Tagged With: buat duit dengan blog, kontes blog

Comments

  1. Razi says

    September 28, 2014 at 8:47 am

    Tahniah Cikpuan Sharifah Aishah ! (y) (y)

    Semoga Tuan Sabree dimurahkan rezeki dan bolehlah anjurkan lagi contest kali ketiga. Saya masih berminat nak cuba nasib.hehe

    Reply
    • sabree hussin says

      September 28, 2014 at 7:23 pm

      Terima kasih Tuan Razi, in Shaa Allah siri ketiga akan diadakan tak lama lagi ๐Ÿ™‚

      Reply
  2. PTD says

    September 28, 2014 at 9:04 am

    Terbaik.. tahniah kepada para pemenang ๐Ÿ˜€

    Reply
  3. ainun says

    September 28, 2014 at 10:35 am

    oh..saya baru tahu ada contest. Mungkin lepas ni saya boleh join

    Reply
    • sabree hussin says

      September 28, 2014 at 7:24 pm

      kalau tak join FB Group atau tak join mailing list, mungkin lepas ni tak akan perasan ada kontes macam ni. Join tau

      Reply
  4. blogger lelaki says

    September 28, 2014 at 1:34 pm

    tahniah kepada pemenang…kmen atau ulasan pun memang terbaik

    Reply
    • sabree hussin says

      September 28, 2014 at 7:26 pm

      Betul tu bro, saya dan juri nak pilih yang paling baik pun susah jugak sebenarnya

      Reply
  5. Hafizul says

    September 28, 2014 at 4:34 pm

    Huhu..tahniah la yer..bila lah nama pondok kecil nak naik ni..haha

    Reply
    • sabree hussin says

      September 28, 2014 at 7:27 pm

      In Shaa Allah, ada rezekinya nanti tu ๐Ÿ™‚

      Reply
  6. Faris Osman says

    September 28, 2014 at 5:49 pm

    Sedang blogwalking di blog Tuan Sabree,
    Tiba-tiba nama saya tercalit..

    Alhamdulillah,
    Semoga amalan tersebut diamalkan sebaiknya.

    Selain ganguan jin,
    Amalan tersebut juga diamalkan untuk halang sihir.

    “Rambut sama hitam, Hati lain-lain”

    Reply
    • sabree hussin says

      September 28, 2014 at 7:28 pm

      Betul tu, orang berambut hitam ni kita tak boleh nak agak dan duga apa isi hatinya

      Reply
  7. Stevia Manis says

    September 28, 2014 at 8:28 pm

    bestnya ada insentif sebegini..
    dalam berkomen ada juga hadiahnya

    Reply
  8. JAWATAN KOSONG TERKINI says

    September 29, 2014 at 10:48 am

    Tahniah kepada semua pemenang…

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Visondata pocket WiFi

Sabreehussin dot com

Recent Posts

  • Cara buat pembelian emas Public Gold menerusi Akaun Emas GAP
  • Panduan membeli belah di platform ecommerce PG Mall
  • Senarai 50 kerja yang boleh dilakukan ketika Pandemik Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP)
  • Buat duit dengan PG Mall – Apa yang anda perlu tahu?
  • Mesej ini khas untuk mereka yang mencari Pendapatan Sampingan

Recent Comments

  • sabree hussin on Buat duit dengan PG Mall – Apa yang anda perlu tahu?
  • sabree hussin on Cara buat pembelian emas Public Gold menerusi Akaun Emas GAP
  • Snapbackpacker on Cara buat pembelian emas Public Gold menerusi Akaun Emas GAP
  • akoo on Buat duit dengan PG Mall – Apa yang anda perlu tahu?
  • 5 Jenis Aksesori Yang Sesuai Dibeli Untuk Kucing Kesayangan Anda on 10 Barang anda patut beli untuk kucing kesayangan anda!

Categories

  • Advertorial
  • Agama
  • Banding Hotels
  • Bekerja dari rumah
  • Bisnes Dropship
  • Bisnes Network Marketing
  • Blogging
  • Buat Duit Online
  • Buku & Bahan Bacaan
  • Copywriting
  • Forex
  • Generasi Warisan Prihatin
  • Idea Bisnes
  • Isu Pelajar
  • Jobdirumah
  • Karier & Kerjaya
  • kedai runcit
  • Kerjaya Freelancer
  • Kerjaya Penulis
  • kewangan
  • Komisyen Affiliate
  • Kucing
  • Madu Sunnah
  • Onexox
  • Panduan Blogging
  • Panduan Buat Duit Online
  • Panduan Dominasi FB Group
  • Pelaburan Emas & Perak
  • Pelaburan Forex
  • Pelaburan Hartanah
  • Pelaburan Saham
  • Pemasaran Affiliate
  • Pemasaran Blog
  • Pemasaran Emel
  • Pemasaran FB
  • Pemasaran Internet
  • Personal
  • Powergold
  • Produk
  • Program Affiliate
  • Public Gold
  • Review
  • Servis Advertorial
  • Sistem Jualan PRO
  • Sketsa Hidup
  • Tanya Sabree Hussin
  • Tempat Penginapan
  • Travelog
  • Tune Talk Tone Excel
  • Uncategorized

Copyright © 2021 ยท News Pro Theme on Genesis Framework ยท WordPress ยท Log in

Jana RM1,250 dengan Shopee secara PART TIME!
Maklumat Lanjut