Dalam masa 24 jam dari sekarang, atau mungkin lebih awal dari itu, anda bakal berpeluang untuk melalui suatu pengalaman hasilkan FAST MONEY dalam satu perniagaan yang boleh dikatakan sentiasa ada permintaannya.
Mahukah anda jika saya ingin perkenalkan pada anda dengan supplier yang boleh membekalkan produk-produk seperti tudung, jubah, baju kurung, telekung, skirt, blouse dan banyak lagi pakaian yang sesuai ditambah ke dalam rangkaian produk yang anda sedang niagakan sekarang ni?
Jika jawapan anda adalah Ya, mari saya perkenalkan dengan syarikat Detna Boutique Enterprise.
Anda boleh klik sini untuk ke laman web syarikat.
Saya ada berita baik untuk dikongsikan dengan anda. Info ni pun saya perolehi daripada someone yang memang boleh dipercayai. Anggaplah saya kenal “orang dalam” atau ada “kabel” yang sudi untuk berikan special offer ni.
Pada waktu ini, sebenarnya pihak syarikat sedang membuka peluang untuk berkongsi keuntungan dengan orang ramai yang minat untuk sertai program dropship yang diasaskan oleh syarikat mereka sendiri.
Bagaimana kaedah dropship boleh bantu anda hasilkan pendapatan secara sampingan atau sepenuh masa?
Baiklah, jika ini merupakan kali pertama anda mendengar tentang konsep dropship, mungkin ia agak janggal untuk anda. Sila teruskan pembacaan, kerana saya akan jelaskan pada anda mengenai konsep dropship dan apa yang anda perlu lakukan secara langkah demi langkah untuk mula buat duit dengan program dropship.
Langkah pertama: Daftar sebagai ejen dropship
Sebagai ejen dropship, anda akan memperolehi keistimewaan yang tak terdapat pada lain-lain pelanggan. Salah satunya ialah, anda akan dapat membeli sesuatu barangan dengan harga yang lebih murah.
Untuk membezakan antara ejen dropship dengan pelanggan biasa, anda perlu daftar sebagai ejen terlebih dahulu. Luangkan 1 minit sahaja untuk buat buat pendaftaran dan dapatkan akaun ejen dropshipper anda.
Klik sini untuk buat pendaftaran ejen
Langkah kedua: Dapatkan akses ke senarai produk yang dijual oleh syarikat
Anda boleh dapatkan maklumat produk, gambar-gambar produk, harga dan sebagainya di ruangan ahli.
Kat sini nanti anda boleh pilih mana-mana satu produk yang berkenan di hati untuk dipromosikan. Sama ada anda hanya nak fokus untuk promosikan satu jenis produk, atau kesemua produk semuanya terserah kepada anda.
Langkah ketiga: Mulakan promosi menerusi channel yang berpotensi untuk hasilkan jualan
Ada beberapa channel yang mungkin anda boleh gunakan untuk mendapatkan jualan.
1. Mudah.my
Satu ketika dulu, laman web mudah.my adalah salah satu laman web yang mempunyai potensi yang cukup tinggi untuk hasilkan jualan.
Namun pada hari ini, tumpuan bagi para peniaga online mula beralih ke platform lain seperti media sosial. Secara tak langsung, ini telah mengurangkan persaingan untuk merebut jualan di mudah.my
2. Facebook
Menjual di Facebook memang mudah. Anda boleh pilih sama ada nak meniaga menggunakan fanpage ataupun terus gunakan profile personal anda. Jika dalam friendlist anda ada ramai kawan-kawan perempuan, maka ini adalah satu peluang yang bagus untuk anda buat duit dengan program dropship bersama syarikat ini.
3. Blog
Blog juga sesuai dijadikan platform untuk membuat jualan. Jika anda ingin menggunakan medium blog, saya sarankan anda dapatkan template yang support fungsi blogshop.
Langkah keempat: Dapatkan tempahan dari pelanggan dengan harga kos (harga ejen) + margin untung
Rata-rata produk yang ditawarkan oleh Detna Boutique menawarkan margin keuntungan sekitar RM20 – RM30 untuk satu produk.
Contohnya, produk yang berharga RM130 kalau ikut harga pasaran, anda boleh beli dengan harga RM110 sahaja. Bila anda ingin jual kepada pelanggan, anda boleh ikut harga pasaran, ataupun kalau anda ingin letakkan satu harga yang lebih tinggi daripada itu pun tak ada masalah.
Letaklah harga mengikut kesesuaian. Yang penting, bila anda nak buat tempahan dari pembekal, anda kena ikut harga yang diberikan oleh pihak pembekal.
Langkah kelima: Buat tempahan di laman web syarikat
Anda akan dibekalkan dengan laman web syarikat untuk tujuan tempahan. Boleh buat tempahan disitu.
Semua orang boleh dapat keuntungan dengan dropship
Dalam mana-mana program dropship, ia akan melibatkan sekurang-kurangnya 3 pihak.
Pihak pertama – Pemilik produk
Pihak kedua – Pelanggan
Pihak ketiga – Anda sebagai ejen atau promoter
Dengan dropship, semua orang boleh untung. Pelanggan boleh dapatkan barangan yang dia perlukan tanpa perlu susah payah nak kena keluar rumah. Pemilik produk boleh dapatkan jualan tanpa perlu berbelanja besar untuk tujuan pengiklanan, manakala anda… sebagai ejen boleh buat duit sebagai orang tengah yang membantu melancarkan proses untuk mendapatkan barangan tersebut.
Beli untuk diri sendiri terlebih dahulu
Dalam mana-mana program dropship yang saya sertai, kebiasaannya perkara pertama yang saya akan lakukan ialah buat tempahan untuk diri sendiri terlebih dahulu.
Jika saya berpuas hati dari segi layanan, khidmat pelanggan, kepantasan, kaedah pembungkusan produk, barulah saya akan pertimbangkan untuk buat dengan lebih serius lagi.
Jika anda juga ingin buat dropship dan jadikan program dropship sebagai sumber pendapatan anda, saya juga sarankan anda buat perkara yang sama.
Daftar dulu sebagai ejen untuk dapatkan akses kepada harga ejen, kemudian buat dulu tempahan untuk diri sendiri.
Anggaplah ini sebagai peluang untuk dapatkan tempahan berdiskaun
Jika anda masih baru dan masih belum ada pelanggan, tak ada masalah. Anda masih lagi boleh buat untung dengan tawaran program dropship seperti ini.
Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, dengan program dropship, anda berpeluang untuk dapatkan pelbagai produk dengan tawaran harga ahli. Sama la macam harga diskaun.
Jika sekarang ni, anda rasakan anda masih belum ada kesempatan untuk fokus pada dropship, tak ada masalah. Yang penting anda daftar dulu sebagai ejen. Siapa tahu, mungkin nanti bila anda dah daftar, ada kawan-kawan yang perlukan barangan tertentu yang anda boleh bantu dapatkan sebab anda adalah ejen dropship, ini peluang anda untuk buat duit mudah. Fast cash!
Bantuan dan support selepas menjadi ejen
Syarikat memang dah berpengalaman dalam bidang ini.
Sebab tu anda boleh lihat, kebanyakkan produk yang dijual, syarikat dah siap sedia dengan model yang cun untuk menggayakan produk-produk tersebut. Jadi di pihak anda sebagai ejen, anda dah tak perlu susah payah nak dapatkan gambar-gambar yang menarik sebabnya semuanya pihak syarikat telah pun sediakan.
Bukan itu sahaja, malahan support dan group sokongan juga disediakan.
Hanya tunggu anda sahaja untuk join sebagai ejen. Tak ada sebarang bayaran dikenakan, dan jika anda berjaya bantu syarikat untuk dapatkan pelanggan, anda pula yang akan dapat bayaran. Dalam situasi ini, semua pihak boleh sama-sama untung.
“Bagaimana nak bermula?”
Mulakan dengan buat pendaftaran sebagai ejen terlebih dahulu disini. Seterusnya wakil dari pihak syarikat akan hubungi anda untuk terangkan kepada anda apa langkah seterusnya yang anda perlu lakukan.
Sekarang anda dah ada produk. Tunggu apa lagi? Teruskan untuk buat promosi dan dapatkan sales. Saya percaya anda akan dapati, sebenarnya nak buat duit online tidaklah sesukar mana, asalkan ada TINDAKAN dari pihak anda.
raihanah says
bolehlah mencuba bagi sapa yang cari side income
Jie susanos says
Mnarik bro..bleh la ushar2 supplier ni dlu..
Faizul Ali says
Bagus untuk sesiapa yang baru nak mula berniaga dan kekurangan modal 🙂
Dja says
Wah , macam best jugak ni … Insyaallah nak cuba juga nanti. Thanks kongsikan 🙂
Dalin says
Wah cantik betul jubah dan skirt2nya. Rambang mata hehe. Terima kasih perkenalkan. Tip beli sendiri tu memang bagus untuk tahu tahap kecekapan penjual. Nak cuba 🙂
titan says
fuhh..
lawa-lawa modelnya semua eh. hehe..
Junaidy Jaimi says
Bagus jugak ni, bagi yang baru dalam perniagaan dan berminat untuk berniaga produk pakaian wanita.. Inilah masanya..
musadun says
kalau jual kat instagram lagi cepat dapat buat sale berbannding platform lain.
zik says
pandai market insyallah boleh jual…
mrhanafi says
ini adalah peluang keemasan kepada mereka yang suka membuat buat duit dari dropship…
ema says
macam tertarik nak join dan daftar sebagai ejen ni.