“Apahal pulak ni sampai nak buang simkad Tone Excel pulak ni?”
Pada satu hari, soalan tersebut ditanyakan kepada saya menerusi emel. Si penanya? Bukan orang lain, malahan adalah downline saya sendiri.
Baru sebulan lebih jadi pengguna dan dealer bagi simkad Tone Excel.
Dari komunikasi yang berlaku, saya faham yang beliau bercadang untuk ambil peluang baru untuk bergiat dalam bisnes simkad bagi syarikat telekomunikasi lain. Syarikat mana? BESTMobile Telecommunication Asia Berhad.
Sambung beliau,
“Sekarang ni pun, saya masih belum ada walaupun seorang downline lagi dalam bisnes ni. Prospek yang bakal join tu memang ada dah. Cuma dia belum buat sebarang bayaran lagi. Saya ingat nak bawak prospek tu untuk masuk dalam BESTMobile nanti.”
Anda tak percaya saya dapat emel macam ni?
Nanti sekejap, sebelum anda nak tuduh saya menipu atau cuba nak beri imej yang kurang elok kepada Tone Excel, biar saya tunjuk bukti screenshot emel yang saya terima tu ya.
Method dan medium promosi yang saya gunakan ialah kaedah pemasaran emel, artikel marketing, SEO dan media sosial. Jadi, saya memang kerap juga dapat emel-emel daripada orang ramai yang bertanyakan tentang pelbagai perkara dan isu.
Saranan saya?
1. Lakukan proses validasi
Ini adalah langkah awal dan yang paling penting bagi mana-mana usahawan sebelum dia start menjual sebarang produk. Kita buat proses ini bagi mengurangkan risiko menangggung kerugian di masa akan datang.
Sebagai orang baru, lazimnya kita pun tak pasti sama ada sesuatu produk tu akan ada permintaan ataupun tidak. Kadang-kadang kita rasakan produk ni tak boleh dijual, tak ada orang nak. Rupa-rupanya kita silap.
Kadang-kadang kita tak suka sesuatu produk tu, tapi sebenarnya produk yang kita tak suka tu ada penggemarnya.
Baiklah, macam mana nak lakukan proses validasi? Senang je. Cadangan saya begini.
“Anda buat survey, ceritakan tentang produk ini kepada sekurang-kurangnya 10 orang kenalan anda. Pastikan anda berikan maklumat yang lengkap dan tepat mengenai produk baru ini, dan lihat hasilnya.”
Berapa orang daripada 10 orang yang anda cerita tu menyatakan yang dia berminat nak guna produk simkad BESTMobile ni?
Baiklah, dalam hal ni kita akan bermain dengan nombor sedikit.
Katakanlah, daripada 10 orang yang anda cerita tentang BESTMobile, 6 orang berminat nak jadi pengguna. Ini bermakna, dari segi conversion ianya adalah
6/10 x 100 = 60% !!
Kita andaikan, perkiraan diatas itu adalah BENAR. Ini bermakna, setiap 10 orang yang anda ceritakan tentang BESTMobile, 6 orang akan jadi pengguna, bermakna conversion rate anda adalah 60%
Apa yang anda perlu buat seterusnya hanyalah ceritakan kepada lebih banyak orang dengan gandaan 10 orang.
.
..
Baiklah, suka untuk saya ingatkan. Pengiraan ini hanyalah untuk tujuan penerangan bagi memudahkan pemahaman sahaja. Tak semestinya anda akan dapat 60% penerimaan seperti ini. Boleh jadi, daripada 10 orang yang anda cerita tentang BESTMobile ni, hanya 3 atau 4 orang yang minat.
Namun, personally, pada saya ia sudah cukup bagus.
Lagipun, buat masa catatan ini saya buat pun, produknya masih tak nampak lagi. Anda pun masih tak keluar sebarang modal lagi, tetapi yang BESTnya anda dah ada ready buyer untuk join anda sebagai dealer dan juga pengguna. BEST kan?
.
..
2. Risk & Return Analysis
Ok saya tahu, dari nama dia memang nampak macam gempak sangat, kan? ha ha
Saya pasti, ramai yang minat nak sertai BESTMobile ni memang dah ada bisnes sendiri. Mungkin dalam niche atau industri yang sama. Ada yang memang sebelum ni dah join Tone Excel (macam saya), OneXOX, Clixster dan sebagainya.
Mungkin salah satu kerisauan yang bermain difikiran anda ialah… “macam mana kalau company sebelum ni terminate akaun saya kalau saya buat dua bisnes serentak?”
.
..
Saya andaikan, anda telah pun lakukan proses validasi. Sepatutnya, pada waktu ini anda dah nampak gambaran, berapa ramai yang bakal sertai anda di BESTMobile hasil daripada survey yang anda buat di step pertama tu tadi.
BESTMobile, produk belum ada, bisnes belum ada, company pun masih belum ada, TETAPI READY BUYER anda dah ada!
Bandingkan pula dengan bisnes sedia ada anda.
Produk dah ada, company dah ada, bisnes pun dah ada. Boleh saya tahu, anda ada berapa ramai ready buyer compare dengan yang sebelum ni?
Jangan berhenti setakat disitu sahaja.
Buat senaraian. Ambil sehelai kertas dan kita divide kertas tersebut kepada dua bahagian. Satu bahagian untuk anda tulis kolum RISIKO (risk) dan kolum yang satu lagi anda tulis PULANGAN (return).
Kena perah otak sikit. Lihat apa hasilnya? Mana satu yang lebih berat? Mana satu yang lagi banyak? Risk or return?
Buat betul-betul step ni.
Sedikit nasihat dari saya, jangan terlalu ikutkan emosi. Ketepikan soal nak kaya, tamak, kena setia dan sebagainya. Sebagai pengguna, kita ada HAK 100% untuk buat pilihan yang PALING BAIK untuk diri kita sendiri.
After all, anda gunakan duit sendiri kan sebelum ni sebagai modal niaga? Bukannya anda mintak duit orang lain atau upline anda pun, kan?
Katakanlah, risikonya terlalu besar untuk anda ambil, maka tinggalkan. Tetapi, kalau risikonya pun setakat RM300 lebih je, nak takut apa?
Saya terjumpa orang yang beriya-iya kondem bisnes baru ni. Padahal, income dia tak sampai seratus ringgit pun setiap bulan. ha ha
.
..
3. SWOT Analysis
Saya percaya, anda semua biasa dengan kajian SWOT analysis ni. Dalam sesi ini, kita akan kaji sesuatu peluang mengikut konsep SWOT iaitu
S = Strength (kekuatan)
Boleh jadi kekuatan produk, company, kekuatan anda sendiri.
W – Weakness (kelemahan)
Kelemahan yang anda ketahui pada diri anda, company baru, atau company sedia ada. Senaraikan.
O – Opportunity (peluang)
Adakah peluang anda untuk berjaya cerah atau SANGAT CERAH? Produk baru, persaingan masih kurang, dan sebagainya.
T – Threat (ancaman)
Adakah anda akan berada dalam bahaya jika anda sertai bisnes baru ni? Jika ada, dari siapa dan apa dia bentuk-bentuk ancaman tu?
Satu kata-kata CEO BESTMobile yang saya masih ingat masa sesi preview baru-baru ni,
“Kita cuma tukar Telco je, bukannya nak suruh tukar agama. Tak perlu nak layan kita macam kita ni bersalah sangat”
Ada betulnya, kan?
.
..
Seterusnya nak kena buat apa?
Katakanlah, anda dah buat ketiga-tiga step yang saya kongsikan tu. Seterusnya apa nak buat?
Ok sepatutnya, ini adalah benda pertama yang anda perlu buat. Sengaja saya tulis diakhir sekali, sebab saya tak nak anda skeptikal dengan saya pulak bila saya syorkan anda buat benda ni awal-awal ha ha
.
..
4. Solat Istikharah dan solat hajat
Inilah yang TERBAIK.
Mintaklah petunjuk dari Allah. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui, mana satu yang terbaik dan mana satu yang buruk untuk anda. Allah lebih tahu. Bukan upline anda, dan bukan juga up up line anda walaupun up up line tu dah jadi jutawan sekalipun.
Percayalah, setiap apa yang berlaku adalah atas ketentuan dan kehendakNya.
Ada sebab kenapa anda dipertemukan dengan peluang ini, dan dipertemukan dengan saya 😀
.
..
Apa pun, saya doakan yang terbaik untuk anda. Jika anda merasakan, saya adalah orang yang sesuai untuk bimbing anda dalam bisnes BESTMobile ini nanti, bolehlah dapatkan simkad anda dari saya dengan menekan pautan ini.
Hafiszan Kamarudin says
Buat pilihan yang tepat, dalam hidup ini kita sentiasa ada banyak pilihan
sabree hussin says
Betul tu, buat pilihan yang terbaik untuk kita, bukan ikut je apa yang orang lain kata. Kalau nak dengar pendapat tu, tak ada masalah.
blogger lelaki says
memang jelas penerangan bro..macma biasa..hehehe
anuar says
Sekarang ni ada bermacam2 persaingan dalam bisnes telekomunikasi. .. sebelum ni TE.. lepas ni BestMobile.. akan datang tak tahu ntah apa pula..
adarain says
Banyak persaingan kali ini makan usaha perlu ditingkatkan. Pelanggan pun sekarang sudah mula susah untuk memilih telco mana yang terbaik dan memberi manfaat pada diri sendiri. Oleh itu, penjelasan biar menyeluruh agar pengguna jelas dan terpikat. 😀
sabree hussin says
Lebih banyak persaingan sesama telco, lebih banyak pilihan yang pelanggan boleh dapat.
Noriza Rahman says
Tak boleh nak tukar TELCO sebab terikat 2 tahun…mungkin lepas ni boleh difikirkan
sabree hussin says
Kalau tak boleh tukar, sentiasa boleh TAMBAH
Helmi Aliarit says
Kena rajin dan jangan bermalasan kalau nak berjaya dalam bisnes ni. 🙂
sabree hussin says
Ya betul tu. Bukan bisnes ni sahaja, semua bisnes kena rajin. Orang yang bertanya ni sekadar inginkan second opinion, tidaklah bermaksud dia malas