Saya masih ingat lagi, satu masa dulu saya pernah ditanya tentang perkara ini. Seorang hamba Allah ni dia berminat nak mulakan perniagaan kedai runcit. Cari punya cari, tetap belum dapat lokasi yang sesuai untuk buka perniagaan tersebut. Tiba-tiba satu hari dia dapat tahu, ada satu kedai runcit yang akan tutup operasinya dalam masa kurang daripada 3 bulan lebih kurang.
Jadi sekarang ni, peluang dah ada kat depan mata, cuma dia tak pasti sama ada bagus ataupun tidak untuk dia ambil alih perniagaan tersebut. Nak dilepaskan terasa sayang, sebab peluang macam ni memang jarang-jarang ada.
Saya nak cerita lebih-lebih pun… saya bukannya pandai sangat. Dua orang buat bisnes yang sama, di lokasi yang sama, tetap akan menghasilkan result yang berbeza. Inikan pulak bila dua orang buat bisnes yang sama, di lokasi yang berbeza dan berhadapan dengan pelanggan yang berbeza, dah tentu apa yang saya akan ceritakan tak semuanya akan menepati kriteria dan situasi perniagaan orang lain. Kalau setakat sipi-sipi tu, mungkin la ada.
Jadi, dalam hal ini, apa pun ada pro dan kontra jika nak ambil alih perniagaan sedia ada, kemudian kita sambung perniagaan tersebut menjadi perniagaan kita. Adat dalam berbisnes, pasti ada faktor risiko. Kalau takut menghadapi risiko, baik tak payah la meniaga, membazir duit dengan masa je nanti. Saya ingat saya nak start cerita kelebihan ataupun pro apabila anda ambil alih perniagaan runcit sedia ada.
Kelebihan ambil alih perniagaan kedai runcit sedia ada
Saya sendiri ambil alih perniagaan kedai runcit yang memang dah beroperasi beberapa tahun sebelum ini. Jadi dapatlah saya share serba sedikit pengalaman tu.
(1) Risiko anda gagal lebih rendah berbanding apabila anda bermula dari bawah
Dari bisnes yang dah sedia beroperasi, anda boleh lihat sama ada perniagaan tersebut mempunyai potensi untuk berkembang ataupun tidak. Dari masa ke masa, anda boleh lihat
Berapa ramai pelanggan datang membeli di kedai tersebut?
Pada waktu bila paling ramai pelanggan datang membeli?
Apa yang paling selalu dibeli oleh pelanggan?
Waktu bila atau bulan bila bisnes akan slow? Bulan puasa? Hari raya? atau adakah bisnes memang akan slow sepanjang masa?
Kesemua ini anda boleh perhatikan sebelum anda mula berbisnes lagi. Satu malapetaka bagi usahawan ialah apabila bisnes dah mula baru dia tau, bisnes tu sebenarnya dah tak ada hala tuju. Akan tetapi, jika anda telahpun tahu data-data ini, anda dah boleh merangka perancangan perniagaan anda ketika perniagaan tersebut anda belum mulakan lagi.
(2) Jika bisnes tersebut terbukti menguntungkan, anda boleh terus buat duit dari awal-awal lagi
Bisnes sedia ada, lazimnya pelanggan pun dah get ready nak membeli di kedai anda. Anda tak perlu susah payah nak buat marketing untuk beritahu kepada penduduk setempat yang anda baru sahaja buka kedai runcit dikawasan tersebut. Jadi kat sini, dah jimat masa. Pelanggan sedia ada akan terus beli barang di kedai anda.
Ada pelanggan, maka adalah bisnes. Jadi juallah seberapa banyak barang yang boleh dikedai anda tu nanti.
Walaubagaimanapun, anda juga perlu siap sedia dengan beberapa kemungkinan. Ini yang kita katakan sebagai keburukan ataupun perkara kontra apabila ambil alih perniagaan runcit orang lain. Sekali lagi, perkara ni mungkin kena dengan situasi anda, dan mungkin juga ia langsung tak kena.
Kelemahan ambil alih perniagaan kedai runcit sedia ada
Untuk setengah orang, mungkin mereka tak anggap apa yang saya katakan ini sebagai satu kelemahan. Sebaliknya, ia hanyalah sekadar suatu CABARAN dan lumrah alam perniagaan.
(1) Anda memerlukan modal permulaan yang lebih besar berbanding start new business
Ada beza antara memulakan perniagaan yang baru, dengan membeli perniagaan yang dah sedia beroperasi. Ini anda perlu berurusan dengan pemilik asal perniagaan tersebut. Antara senario yang mungkin terjadi ialah
Anda perlu beli semua barang yang ada dalam kedai tu dengan harga kos + untung minima
Anda terpaksa jugak beli barang-barang yang anda rasa kalau jual mesti tak laku
Kena beli rak, perabot, dan perkakas yang ada dalam store
Kena bayar sedikit caj “upah” sebab pemilik asal dah majukan bisnes hingga ke tahap dia sekarang
(2) Kalau untung, kenapa owner nak tutup atau nak jual?
Boleh jadi, ada sesuatu yang kita tak tau tentang kedai. Ada masalah paip bocor dalam tanah? Masalah pendawaian elektrik, masalah tikus atau lain-lain masalah yang kita tak tau.
Namun tak semestinya owner kedai nak tutup atas sebab-sebab yang tak baik semata-mata. Kadang-kadang ada juga yang tutup kedai sebab nak move on ke bisnes lain yang lebih menguntungkan atau diri sendiri yang buat kesilapan dalam perniagaan. Kesilapan lazim pemilik perniagaan ialah gagal mengekang nafsu diri dan lebih mengutamakan kehendak peribadi berbanding keperluan perniagaan.
(3) Kenapa orang membeli di kedai tersebut dan bukannya ditempat lain?
Saya pernah nampak, ada kedai bila dah tukar tauke, pelanggan lama dah tak datang ke kedai tu lagi. Jadi kat sini, bukan sekadar faktor lokasi, barangan niaga ataupun harga yang jadikan satu-satu perniagaan tu menguntungkan atau pun tidak. Faktor pemilik perniagaan juga main peranan. Boleh jadi, ramai orang berbelanja dikedainya sebab pelanggan suka berurusan dengan tauke kedai tu.
Senarai pro dan kontra ini tidak seharusnya berhenti setakat satu dua poin sahaja. Anda juga mungkin ada idea dan pendapat lain. Kemungkinan untuk berjaya apabila ambil alih perniagaan orang lain memang ada. Kemungkinan untuk gagal pun ada juga. Apa yang penting ialah, bagaimana anda akan uruskan perniagaan anda itu kelak.
Artikel ini saya tulis bukanlah bertujuan untuk mengajar anda apa yang betul dan apa yang salah. Tidak. Bukan begitu. Anggaplah apa yang saya catatkan ini sebagai perkongsian idea dan buah fikiran daripada saya. Mungkin ada yang betul-betul jadi, mungkin satu pun tak menjadi. Oleh itu, saya cuma boleh mengesyorkan anda untuk sentiasa beringat sebelum buat silap. Sebelum saya terlupa, sebaik-baiknya sebelum anda mulakan sebarang perniagaan, buatlah kajian pasaran terlebih dahulu.
Anda minat perniagaan runcit, tetapi anda mahu cuba sesuatu yang lebih rendah risiko dan boleh dilakukan tanpa adanya kedai? Alternatif untuk anda ialah bisnes trading. Dapatkan maklumat lanjut tentang bisnes trading disini.
Leave a Reply