Adakah anda tahu yang sebenarnya bisnes printing boleh dijalankan oleh sesiapa sahaja, tak perlu pun keluar modal sendiri serta boleh dilakukan hanya dari rumah? Bunyi macam susah nak percaya, kan?
Sabar dulu. Topik inilah yang saya akan ulas satu persatu secara terperinci. Selepas anda habis ikuti perbincangan dalam posting, saya pasti lepas ini anda juga akan dapat beberapa idea dan mampu untuk mulakan bisnes printing anda sendiri walaupun pada ketika ini anda tidak mempunyai sebarang modal yang besar dalam tangan. Apa yang penting ialah anda berani dan ada ilmu yang betul.
Saya faham, agak ramai juga pembaca dan pelawat blog saya ini yang masih lagi tercari-cari cara, macam mana nak mulakan bisnes sendiri, sama ada yang tak perlu keluar duit sendiri sebagai modal atau tanpa perlu keluar modal langsung. Apa kata saya cadangkan anda mencuba bisnes printing.
gambar: www.1stopprinting.com.my
Sebenarnya, sebelum ini saya sendiri hampir-hampir memulakan perniagaan saya sendiri dalam bidang printing atau percetakan. Segala informasi, teknik, strategi, potential klien, kajian pasaran dan juga risiko telah pun saya kaji. Dari maklumat yang saya kumpul, saya nampak bisnes ada potensinya yang tersendiri. Untuk orang yang baru nak bermula, bisnes ini boleh dilakukan tanpa perlu siap sedia dengan modal yang besar.
Namun, atas sebab-sebab tertentu, saya terpaksa tangguhkan dulu hasrat saya nak buat bisnes ni. Takut tak terbuat, lagipun dalam pada masa yang sama, saya juga sedang uruskan bisnes-bisnes saya yang lain.
*
Apa yang anda perlu tahu mengenai bisnes percetakkan?
Ok, saya akan mulakan dengan situasi biasa masyarakat kita bila kita katakan nak buat bisnes printing.
Lazimnya, mereka akan fikirkan, untuk buat bisnes ni kita memerlukan modal yang sangat besar. Apa taknya, dalam kepala mereka, mereka membayangkan sekurang-kurangnya kita perlu sediakan item-item berikut sebelum boleh mula berniaga, iaitu
1. Premis perniagaan
Khusus untuk bakal pelanggan walk in dan buat tempahan. Kadar sewa adalah berbeza bergantung pada lokasi perniagaan yang dipilih.
2. Mesin dan peralatan
Betul juga. Kalau tak ada peralatan ni, macam mana nak buat kerja-kerja percetakkan?
3. Pekerja
Tak kan nak uruskan perniagaan seorang diri? Mestilah perlu ada pekerja. Penat wooo kalau buat kerja sendiri. Bila ada pekerja, maka pada masa sama kita kena fikirkan pula hal-hal seperti gaji dan juga kebajikan pekerja.
4. Technical know-how melibatkan hal-hal bisnes printing
Contohnya macam design, perihal material dan sebagainya. Saya ambil contoh kain untuk buat baju. Ada macam-macam jenis dan kualiti. Tau ke nak pilih kain yang macam mana? Yang tak panas? Yang tak serap peluh? Yang cepat kering? Mana satu yang paling ramai orang suka?
Jadi 4 poin ini antara perkara yang mungkin akan membantutkan hasrat anda untuk menceburkan diri dalam bidang percetakkan. Berita baiknya ialah, sekarang ni, kita ada kaedah baru. Dengan berkembangnya teknologi maklumat, bisnes printing ni kita boleh jalankan dengan strategi yang berbeza.
Nak tahu macam mana nak buat bisnes printing tanpa perlu keluar modal? Teruskan pembacaan.
**
Kajian potensi pendapatan daripada bisnes printing
Sebelum anda nak kata bisnes printing ni tak best, susah nak cari makan, atau susah nak berjaya, ada baiknya saya ceritakan dulu potensi pendapatan dalam bidang ini. Mula-mula dulu saya pun tak berapa jelas, macam mana caranya nak buat duit dengan bisnes ni?
Betul ke pasaran dia lumayan?
Hinggalah satu hari, saya didedahkan dengan 10 produk printing yang pasti HOT dan sentiasa mendapat permintaan yang tinggi. Dalam catatan ini, saya akan kongsikan 5 produk sahaja terlebih dahulu. Nak tahu apa 5 produk tersebut?
Ini dia senarai produk yang saya maksudkan. Anda bertuah sebab tak perlu nak baca dari pelbagai sumber dan nak buat research satu per satu, sebabnya kat sini saya terus kongsikan pada anda 5 jenis produk printing yang memang boleh buat duit.
5 Contoh produk printing yang boleh buat UNTUNG CEPAT
Pertama: Banner & Bunting
Banner memang lazimnya diperlukan untuk pelbagai acara-acara rasmi, program, keramaian dan sebagainya. Memang jarang orang buat program tapi tak ada banner. Dengan adanya banner, biasanya pihak yang menganjurkan sesuatu program dapat jimat banyak dan tak perlu lagi berbelanja untuk tujuan dekorasi. Cukup dengan pasang banner.
Selain untuk tujuan program, banner juga sesuai digunakan untuk mencantikkan lagi gerai jualan. Ia juga boleh digunakan bagi tujuan pengiklanan. Bisnes setempat banyak yang menggunakan banner untuk mengiklankan servis atau produk mereka.
Bunting pula biasanya digantungkan di tiang-tiang lampu jalan raya. Kadang-kadang tu, kita boleh nampak, dekat sepanjang jalan, ada sahaja bunting yang digantungkan disitu. Ada juga yang gunakan bunting untuk beritahu kat mana rumah penganting. Biasa nampak, kan?
Kedua: Business Card
Kalau dalam sesebuah syarikat, ada 100 orang staff, kebiasaanya syarikat tersebut akan memerlukan 100 jenis business card. Actually, orang perseorangan pun ramai yang perlukan bisnes kad.
Kebiasaannya, klien akan tempah dua box business card dalam satu-satu masa.
Harga kos bisnes kad ini adalah sekitar RM14 – RM40 sekotak (100 pieces) berbeza mengikut kualiti kertas.
Manakala harga jual pula ialah sekitar RM30 – RM80.
Ya. Produk ini boleh beri untung yang sangat lumayan hingga 2 atau 3 kali ganda harga kos.
Ketiga: T-shirt
Permintaan untuk produk T shirt ni SENTIASA ADA. Ya. Design yang digemari mungkin berubah-ubah dan bermusim. Namun, sepanjang masa orang tetap cari Tshirt.
Sekarang ni, T-shirt bukan sekadar berperanan sebagai pakaian semata-mata. Tetapi, ia juga sebagai satu alat pemasaran yang sangat bagus.
Agen insurans/takaful bila dia nak jual polisi, dia pakai t-shirt yang ada cop nama company dia. Dari segi pakaian je, orang dah boleh kenal siapa dia.
Orang berpesatuan, bila nak buat kerja, semua akan pakai T-shirt yang sama jenis dan design supaya orang kenal. Ni semua peluang baik untuk buat duit sebenarnya ni.
Bukan itu sahaja, bila dah dekat-dekat musim pilihanraya, T-shirt juga akan jadi satu alat kempen yang penting. Ada banyak permintaan untuk cetak T-Shirt yang ada logo parti tertentu.
Last but not least, T-shirt ini juga digunakan oleh sesetengah individu untuk menyampaikan mesej atau pesanan. Contohnya, “I Love My Husband”, “I Hate This Country”, “I Am Not FAT!! Check Your Eyes!” dan banyak lagi mesej-mesej menarik. Ayat-ayat seperti ini perlu ditempah atau custom made. Jika anda menjalankan bisnes percetakkan, besar kemungkinan anda akan dapat job ini.
Keempat: Flyers
Syarikat dan orang perseorangan membelanjakan dari ratusan hingga ribuan ringgit untuk tujuan mencetak flyers bagi mempromosikan bisnes mereka.
Kalau anda tinggal di kawasan rumah flat atau apartment, lihat di mail box anda. Pasti anda akan temui banyak flyers. Itu belum lagi kalau anda pergi ke tempat-tempat yang memang dikunjungi oleh ramai orang seperti pasar, masjid dan sebagainya. Ada sahaja individu yang akan edarkan flyers yang memperkenal dan mempromosikan perniagaan mereka.
Jadi, flyers ni memang produk HOT dan sentiasa ada permintaan.
Kelima: Kad Jemputan Kahwin
Produk ini memang tak perlu dipertikaikan lagi. Memang di cari-cari.
… dan kalau anda perasan, selain bulan Ramadhan dan Syawal, boleh kata hampir tiap-tiap minggu pasti ada sahaja pasangan yang akan melangsungkan majlis perkahwinan.
Sebab itu, mereka yang buat bisnes printing, pasti akan buat bisnes kad kahwin sama. Sebab produk ini memang evergreen. Walaupun trend pada hari ini, orang jemput guna whatsapp, guna FB, tapi kad kahwin masih lagi digunakan. Ianya kelihatan lebih formal dan nampak menghargai orang yang dijemput tu.
Anda nak tahu lain-lain produk printing yang boleh buat duit? Rujuk laman web ini http://www.1stopprinting.com.my
***
Macam mana nak mulakan bisnes printing tanpa perlu ada mesin, pekerja dan juga premis perniagaan?
Jawapannya ialah, Outsource!
Hasil daripada kajian dan pembacaan saya, saya menemui beberapa syarikat supplier yang menawarkan servis printing dengan harga yang sangat murah dan berpatutan. Contohnya, syarikat ini
Segala urusan tempahan boleh dilakukan secara online sahaja.
Anda hanya perlu
1. Dapatkan tempahan dari pelanggan.
2. Tunggu pelanggan buat bayaran kepada anda.
3. Gunakan duit pelanggan untuk menempah servis printing dari laman web ini
4. Syarikat ini akan hantar produk yang ditempah ke alamat yang anda nyatakan.
5. Pelanggan anda terima barang… dan anda dapat simpan keuntungan daripada transaksi tersebut tanpa perlu keluar duit sendiri.
****
Eh eh… senang betul nak buat duit dengan bisnes printing ni ye…
Ha… memanglah senang. Ada yang senang, kenapa nak fikir yang susah-susah lagi? Anda ikut cara ni, bukan setakat senang je yang anda dapat. Malahan, cara ini juga lebih selamat dan rendah risiko.
Cuba anda bayangkan, kalau anda gunakan kaedah bisnes printing secara biasa atau cara lama.
Kalau anda tak dapat pelanggan, macam mana anda nak bayar hutang?
Kalau anda tak berjaya buat sales, macam mana anda nak bayar gaji pekerja?
Kadang-kadang bukan salah anda 100% bila anda tak dapat pelanggan. Boleh jadi sebab kedai anda tu terlalu hujung dan tak ramai orang yang lalu situ. Nak pindah ke tempat lain, sewa pula lagi mahal. Jadi, tak payah pening-pening. Dengan cara ini, anda hanya perlu fokuskan pada satu perkara sahaja dulu, iaitu…
MARKETING.
*****
Anda ada ramai pekerja, belum tentu anda akan ada ramai pelanggan.
Anda ada banyak mesin percetakkan, belum tentu anda akan dapat banyak tempahan.
Anda ada banyak stok kertas dan material, belum tentu semua tu boleh jadi duit.
Jadi, sebagai alternatif, anda gunakan strategi bisnes printing tanpa modal ni dan fokus pada kerja-kerja pemasaran. Berikan tumpuan pada aktiviti yang memang menyumbang untuk mendapatkan jualan bagi perniagaan anda.
Sebaik-baiknya, sebagai seorang usahawan, anda fokus pada kerja-kerja yang boleh menyumbang kepada cash flow perniagaan, bukannya pada hal-hal teknikal yang leceh dan remeh, sedangkan ia boleh di outsource sahaja.
Anda perlukan panduan yang lebih lengkap dan step by step untuk membantu anda menjalankan perniagaan printing ini? Apa kata anda dapatkan panduan dalam bentuk DVD keluaran syarikat KNZ Creative Solution.
Syarikat ini berdaftar dengan SSM dan juga Persatuan Usahawan Internet Malaysia.
Maklumat lanjut mengenai syarikat ini boleh didapati di laman web ini.
Jika anda telah mendapatkan panduan ini, anda tak perlu risau lagi berkenaan cara nak cari pelanggan. Sebabnya, anda akan dibekalkan dengan tools dan kelengkapan yang secukupnya.
Anda boleh lihat sendiri, tawaran yang disediakan dilaman web berikut http://www.1stopprinting.com.my
Anda ada sebarang pertanyaan atau soalan? Tinggalkan dibahagian komen 🙂 Saya doakan semoga anda sukses dalam bisnes printing ini. Aamin.
titan says
kalau serius..benda ni memang senang nak buat duit. hoho
sabree hussin says
Itulah, demand dia memang besar
Hafizul says
Huhu…kalau ada rezeki nanti, nak cuba juga bisnes ni.tengok kedai printing, lama bertahan jer…
sabree hussin says
Kalau tengok kedai printing, nampak macam tak ada apa-apa sangat. Sebab dekat belakang tu, dia ada buat bisnes printing cara tanpa modal ni jugak. Itupun kalau pemilik kedai tu tau buat cara ni
blogger lelaki says
walaupun ramai yang cakap bisnes printing macam dah tepu..tapi kalau kita kreatif dan rajin berusaha insyallah menjadi
sabree hussin says
Mungkin sebab ada banyak sangat yang buat, sampai kita ingat dah tepu. Nak tembusi pasaran printing ni, kena ada teknik dia. Boleh dapatkan DVD ni, dalam tu ada terangkan satu per satu
mai has says
xprint mmg terbaik.sgt2 cekap!
sabree hussin says
Cik Mai Has biasa buat tempahan kat web ni ke? hhe
HarfizBizstudent says
Dulu susah nak cari panduan-panduan macam ni, sekarang macam-macam boleh buat duit! 😀
sabree hussin says
Mungkin sebab dulu masih ramai lagi yang tak tau strategi ni. Sekarang dah ramai yang mula bukak mata
Farid Laham says
semoga berjaya bro dlm bisnes 🙂
sabree hussin says
Thanks bro 🙂
syuk says
salam farid laham,kamu ke admin knz creative ni?
Lizz says
those yang ada ilmu seni macam ni, rugi sangat kalau nak manfaatkan. boleh buat duit sangat ni
sabree hussin says
Memang rugi, sebab benda ni kalau buat dengan betul memang boleh buat duit ni
yusri says
peluang ni memang bagus…
kena cuba jika berminat…ada knowledge dalam printing menjadi advantage…
sabree hussin says
Memang kelebihan yang boleh hasilkan income ni
ilasaleh says
mcm2 business 🙂
Abdfatah says
Bleh buat bisnes kad kahwin neh kalu kena gayanya.. Dah tentunya mahsyuuk..
sabree hussin says
Selain bulan Ramadhan dengan Syawal, boleh kata setiap minggu pasti ada yang akan kahwin. Memang masyuk la
Easy Design says
Memang best la peluang ni.
Rasanya semua orang mampu buat.
Bisnes yang paling senang dan menguntungkan…
jannah says
betul ka ni?? boleh percaya ka ni?? tak tipu ka??
sabree hussin says
Ya boleh dipercayai. Kalau minat nak buat printing tapi tak tau cara dan minat nak belajar, boleh belajar dengan syarikat KNZ Creative. Klik sini: http://www.sabreehussin.com/bisnes-printing
Fiza says
Berapa Rm dvd?
sabree hussin says
Buat masa ni, jualan produk ni dihentikan.
Faiz Yusni says
Mcm mana nak dptkan buku dan dvd ini tuan/puan.
sabree hussin says
Sayangnya owner dia pun dah tak jual dvd ni…
AHMAD says
Alaa bru nk belajar ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜ kat mana lg ada yer buat kursus printing yer
syieda says
Mcm mn nk beli dvd ni…ebook xde ke