Blog Sabree Hussin

Panduan Jobdirumah Versi2.0.15 ditamatkan jualan dan digantikan dengan Versi 3.0

Akhirnya Panduan Jobdirumah ditamatkan jualannya. Saya memang dah jangkakan, benda ni mesti akan jadi. Tak ada satu produk yang akan dijual sampai bila-bila atau selama-lamanya. Sampai satu masa, ia pasti akan ditamatkan jualannya ataupun digantikan dengan produk lain.

 

Dalam situasi Panduan Jobdirumah ni, ianya ditamatkan jualannya, untuk versi 2.0.15 dan seterusnya digantikan dengan versi baru dengan beberapa tambahan fungsi yang tak terdapat dalam versi sebelum ini.

 

Macam kereta jugak la. Model yang lama dihentikan jualannya, sebabnya ada model baru yang dikeluarkan yang dari segi fungsi, ianya lebih baik daripada model sebelum ini.

 

Pada 26 Septemer 2016, saya menerima emel notifikasi dari pihak Admin Jobdirumah yang memberitahu panduan jobdirumah versi 3.0 telah pun dilancarkan. Sebagai pelanggan yang pernah mendapatkan panduan ini, kita semua boleh upgrade secara PERCUMA sahaja.

 

Untuk upgrade kepada Panduan Jobdirumah Versi 3.0 adalah PERCUMA sahaja. FREE. Jadi untuk pembaca yang sebelum ni dah pernah dapatkan panduan ini, bolehlah berbuat demikian secepat yang mungkin.

 

Pengenalan kepada Laman Direktori Kerja Task.MY

Sempena dengan pelancaran Panduan Jobdirumah Versi 3.0 ini juga, pihak admin telah memperkenalkan sebuah laman web direktori kerja yang dikenali sebagai Task.MY. Anda boleh klik sini untuk melihat laman web direktori kerja ini.

 

Ini salah satu benda baru yang diperkenalkan oleh pihak Kliks Solution sebagai pengasas Panduan Jobdirumah.

 

Kalau sebelum-sebelum ini, kita semua “terpaksa” bersaing dengan ramai orang semata-mata untuk dapatkan job tertentu, kali ini situasinya pasti sedikit berbeza. Sebelum ini kita terpaksa bersaing dengan ramai freelancer dari seluruh dunia, yang banyak berkumpul di laman web seperti freelancer.com, Odesk dan sebagainya, kali ini dengan wujudnya laman web Task.MY kita mempunyai peluang yang lebih cerah.

 

Buat waktu ini, terdapat 9 kategori kerja-kerja freelance yang anda boleh pilih untuk buat duit dari rumah. Iaitu

Websites, IT & Software

Kategori ini sesuai untuk mereka yang memang ada kemahiran dalam bidang pembinaan laman web, web sekuriti, programming dan segala yang berkaitan dengan IT. Kalau anda tak berapa faham apa yang saya cuba sampaikan, mungkin sebab bidang ini bukan untuk anda. Orang yang ada kemahiran ini pasti akan faham, apa bidang kerja dan kemahiran yang dia mampu tawarkan.

 

Data Entry & Admin

Ini salah satu contoh kerja yang memang cukup popular. Setengah orang fikir kerja-kerja data entry ini mudah. Sebenarnya dia silap. Data entry tidaklah semudah yang disangkakan. Ya, mungkin kerjanya agak ringkas, namun ia memerlukan ketelitian yang amat tinggi.

 

Writing & Content

Ini bidang saya. Sama ada buat artikel, buat sales letter (surat jualan), blog post, dan sebagainya. Kerjanya seronok kalau anda memang jenis yang suka menulis. Lagi seronok bila kita dibayar untuk menulis.

 

Mobile Phone & Computing

Saya pun tak berapa pasti apa skop kerja. Mungkin ada kaitan dengan pembinaan apps dan sebagainya. Mereka yang ada background IT mungkin tahu apa yang perlu dibuat.

 

Engineering & Science

Skop kerja agak luas. Adakalanya anda diminta untuk buat research, baca jurnal perubatan, jurnal sains dan sebagainya. Bukan bidang saya. Jadi saya pun tak dapat nak komen lebih-lebih.

 

Design, Media & Architecture

Untuk orang seni yang ada keupayaan untuk melukis atau melakukan kerja-kerja mereka bentuk. Sama ada pelan rumah, pelan untuk buat kandang, mencipta logo dan macam-macam lagi.

 

Sales & Marketing

Sebenarnya ini adalah salah satu cabang kerja yang ada terlalu baaaaanyak peluang kerja. To be honest, tak perlu join Jobdirumah pun boleh kerja dalam bidang ini. Contohnya, anda boleh jadi affiliate untuk promosikan produk-produk yang dijual di laman web Lazada atau Zalora. Untungnya pun boleh tahan juga. Apa pun, jika anda memang mempunyai skil untuk buat marketing dan buat jualan, anda memang layak untuk jadi freelancer yang berjaya.

 

Business & Accounting

Servis accounting ni memang cukup popular kalau kat luar negara. Ada banyak pemilik bisnes yang tidak mempunyai sistem perakaunan yang sistematik. Jika anda mampu untuk sediakan servis ini, anda pasti akan jadi freelancer pilihan.

 

Translation & Languages

Kelebihan untuk mereka yang menguasai lebih dari satu bahasa. Anda boleh kerja dalam bidang penterjemahan. Tawarkan khidmat anda di laman web Task.MY jika anda yakin mampu untuk melakukan kerja-kerja penterjemahan ini.

 

“Bagaimana laman web Task.MY ini berfungsi?”

Pengguna internet yang melayari laman web Task.My ini akan memilih sama ada mahu bekerja sambilan dari rumah sebagai freelancer (work), ataupun mahu mengupah seseorang untuk melakukan kerja-kerja freelancer (hire).

 

Sekiranya dia ingin mengupah seseorang, atau hire, maka dia akan pilih dari salah satu daripada 9 kategori yang ditawarkan. Kemudian dia akan lihat dari senarai freelancer, siapakan yang sesuai untuk melakukan kerja-kerja tersebut. Jika nama dan profile anda ada disitu, anda akan dihubungi oleh individu tersebut dan seterusnya anda boleh bincangkan dari segi kadar upah, bila perlu siap dan sebagainya.

 

Ataupun, jika anda ingin menjadi seorang freelancer, anda boleh senaraikan perkhidmatan yang anda mampu tawarkan di laman web Task.MY.

 

Ini contoh profile yang telah saya bina di Task.My

Walaubagaimanapun, saya berpendapat, hanya melakukan listing di laman web ini sahaja masih belum mencukupi. Sesekali, kita juga perlu mempromosikan perkhidmatan kita ini sama ada dengan kongsikan link url profile kita di Facebook, laman web atau dimana-mana media online yang bersesuaian.

 

Saya percaya, dengan berbuat demikian, perkhidmatan kita ini akan lebih dikenali dan orang akan lebih yakin untuk berurusan dengan kita.

 

Selain itu, secara tak langsung, kita juga boleh bantu pihak Task.MY untuk memperkenalkan laman web direktori kerja ini kepada lebih ramai potential klien.

 

Siapa tahu, mungkin apabila ada ramai potential klien yang mengunjungi laman web Task.My ini akan memudahkan kita dapat job di masa akan datang.

 

Untuk pengetahuan anda, jika anda ingin menyenaraikan nama dan perkhidmatan anda di laman web Task.MY ini, anda akan dikenakan sejumlah bayaran. Boleh lihat kat sini kadar bayaran yang dikenakan.

 

Bagi pembeli panduan Jobdirumah sebelum ini, anda hanya perlu upgrade kepada versi terkini dan anda akan dapat akses ke laman web Task.MY dan seterusnya anda boleh lakukan senaraian secara percuma sahaja.

 

Ataupun, jika anda adalah orang baru yang ingin mencuba perkhidmatan ini, anda juga boleh sertai menerusi laman web Jobdirumah versi 3.0. Saya difahamkan, mereka yang join menerusi Jobdirumah ini juga akan dapat akses percuma dan boleh iklankan servis serta perkhidmatan secara percuma sahaja selama setahun. [klik sini untuk join JDR]

 

Apa pun, pilihan di tangan anda.

 

Jika ingin mencuba cara baru untuk buat duit, inilah peluangnya. Saya ucapkan selamat berjaya dan selamat mencuba.

 

Exit mobile version