Panduan Bisnes mudah.my

by sabree hussin on July 21, 2016

in Buku & Bahan Bacaan

“Tidak perlukan premis, tidak perlukan modal besar. Sememangnya mudah!”

 

buat-duit-di-mudahmyBuku Panduan Bisnes mudah.my ini menerangkan tentang rahsia menjalankan bisnes dengan memanfaatkan kelebihan yang terdapat pada akaun PRO Niaga dan buku ini juga akan menjawab persoalan-persoalan berikut, iaitu:

(1) Apakah potensi mudah.my untuk bisnes?

(2) Bagaimana PRO Niaga dapat membantu bisnes kita?

(3)Bagaimana mendaftarkan akaun PRO Niaga secara percuma?

(4) Apakah tajuk dan kandungan iklan yang mampu menjual?

(5) Bagaimana kita menarik pelawat internet ke iklan kita?

(6) Bagaimana kita menjana untung lebih?

(7) Apakah produk ataupun servis yang laku dijual?

 

Semua penerangan yang dimuatkan dalam buku Panduan Bisnes mudah.my ini pastinya mampu untuk memberikan anda inspirasi untuk mencuba, sekurang-kurangnya sekali, untuk mula berniaga secara online. Tak kiralah sama ada anda ingin berniaga secara full time ataupun part time.

 

Jika anda merupakan seorang usahawan yang memang bergerak dan menjalankan perniagaan anda secara online, maka anda patut cuba iklankan perniagaan anda menerusi servis yang disediakan oleh pihak mudah.my

 

Ini mungkin satu pengalaman baru untuk anda. Siapa tau, walaupun baru pertama kali mencuba, anda dah boleh dapat seorang atau dua pelanggan yang berpotensi menerusi laman web ini. Tak cuba, tak tahu, kan? Apa pun, jangan main beriklan secara semberono, sebabnya untuk mencapai suatu kejayaan, suka atau tidak, kita perlu ada satu panduan yang boleh dijadikan sebagai rujukan.

 

Ini panduan yang anda boleh rujuk. Buku ini dikenali sebagai Panduan Bisnes mudah.my. Buku ini ditulis oleh saudara Umar Taib dan ia dijual dengan harga serendah RM10 sahaja. Adakah produk yang anda niagakan mempunyai margin keuntungan yang lebih tinggi daripada RM10? Maka, pada pendapat saya la kan, tak rugi pun untuk laburkan sebanyak RM10 untuk dapatkan buku ini.  [Boleh klik sini untuk buat tempahan sementara stok masih ada]

 

Baiklah, saya percaya anda pasti nak tau, apa sebenarnya yang terkandung dalam buku Panduan Bisnes mudah.my ini. Jadi, jom kita lihat isi kandungan buku ini.

 

Bab 1 Rahsia Bisnes dengan Mudah.my

Macam biasa, kita akan bermula dengan bab pengenalan terlebih dahulu. Bagi mereka yang dah berpengalaman melakukan urusniaga secara online, mungkin mereka dah tak asing lagi dengan kewujudan laman web mudah.my

 

Namun, bagi mereka yang masih baru, anda mungkin nak tau, apa dia potensi berbisnes menggunakan platform yang disediakan oleh mudah.my. Laman web mudah.my menggunakan konsep portal pengiklanan yang telah dibangunkan sejak dari tahun 2007 lagi.

 

Konsep beriklan di laman web mudah.my sangatlah mudah. Memang sesuai dengan namanya. Anda selaku penjual mengiklankan produk yang dijual di laman web mudah, kemudian bakal pembeli yang berminat dengan produk yang anda iklankan anda menghubungi anda untuk melakukan transaksi. Itu sahaja.

 

Laman web mudah.my merupakan sebuah laman web yang mempunyai jumlah pelawat yang cukup tinggi setiap bulan, dan jumlahnya mencecah jutaan orang. Mereka melayari laman web mudah.my sama ada untuk membeli barang, ataupun menjual barang yang mereka miliki. Bukannya untuk bersosial. Jadi, game plan untuk berjaya buat duit adalah lebih ringkas berbanding menggunakan laman media sosial untuk jual barang.

 

Bab 2 Kelebihan berbisnes dengan mudah.my 

Jadi kenapa perlu iklankan bisnes anda menggunakan platform mudah.my? Apa kelebihannya? Apa yang anda akan perolehi sebagai timbal balik? Jawapannya ada dalam bab ini.

 

Jika anda tak tau nak bina laman web. Jika anda tidak mempunyai kemahiran teknikal untuk menghasilkan sebuah laman web yang menarik. Jika anda tidak pandai bersosial. Jika anda tidak mempunyai kemahiran untuk mendapatkan pelawat atau trafik untuk melihat iklan bagi produk anda, maka opsyen yang terbaik untuk anda ialah dengan menggunakan portal iklan seperti mudah.my ini.

 

Bagaimana? Cara-caranya ada diterangkan dalam buku Panduan Bisnes mudah.my ini. [Buat tempahan buku ini disini]

sewa_harley_davidson_mudahmy

Bab 3 PRO Niaga 

Bab ini akan menceritakan secara ringkas apa dia kelebihan mempunyai akaun PRO Niaga. Pada asasnya, memiliki akaun PRO Niaga akan memudahkan lagi kerja-kerja pengurusan iklan anda.

 

Bab 4 Daftar Akaun PRO Niaga

Dalam bab ni pula, anda akan diajar langkah demi langkah bagaimana untuk mendaftar akaun PRO Niaga. Setiap akaun PRO Niaga, yang didaftarkan untuk menjual produk yang berbeza akan melalui cara yang sedikit berbeza semasa proses pendaftaran di lakukan.

 

Bab 5 Premium Services

Beriklan di platform mudah.my adalah PERCUMA sahaja. Namun begitu, pihak mudah.my turut menawarkan servis berbayar, yang fungsinya adalah untuk memberikan peluang yang lebih baik untuk anda berjaya mendapatkan pelanggan.

 

Formulanya, lagi ramai yang lihat iklan anda, maka lagi ramai yang akan beli dari anda. Walaubagaimanapun, aspek lain seperti copywriting dan tawaran juga perlu diberikan perhatian yang sewajarnya, barulah orang berminat dan PERCAYA nak beli dari anda.

 

Bab 6 Memasukkan iklan

Satu perkara yang anda pasti dah sedia maklum, orang jual macam-macam produk di mudah.my. Ada yang jual baju, smartphone, kereta, motor, rumah dan macam-macam lagi. Setiap kategori yang berbeza, ada cara yang tersendiri untuk diiklankan. Sesetengah kategori hanya dibenarkan untuk meletakkan 3 gambar produk sahaja.

 

Cara menulis iklan tentang rumah sewa juga berbeza dengan cara menulis iklan tentang smartphone Apple iPhone Refurbished Set.

 

Bab 7 Tajuk dan kandungan iklan berkesan

Dalam bab ini anda akan belajar serba sedikit aspek yang penting dalam penulisan iklan. Iaitu aspek penulisan copywriting iklan.

 

Dekat laman web mudah.my ada ramai penjual yang jual benda yang SAMA. Namun, bukan semua orang akan dapat pelanggan. Semuanya sangat berkait rapat dan bergantung kepada bagaimana cara anda menulis ayat-ayat iklan anda.

 

Tak perlu tahu macam mana nak tulis ayat iklan power, namun cukup sekadar anda tahu, bagaimana untuk menyusun ayat iklan anda mengikut struktur penulisan iklan yang betul. Anda belajar semua ni dalam bab ini. Oh satu lagi, ilmu ini juga boleh diaplikasikan jika anda ingin menulis iklan menggunakan platform pengiklanan lain, sama ada di ebay, lelong, facebook atau mungkin di instagram.

 

Bab 8 Menguruskan iklan

Ini satu kelebihan yang hanya dimiliki oleh pemilik akaun PRO Niaga. Anda boleh uruskan iklan anda. Akan tiba satu masa, anda mungkin TERPAKSA edit iklan yang anda pernah hasilkan sebelum ini. Maka bab ini akan membincangkan secara terperinci bagaimana ianya dapat dilakukan.

 

Jika anda tidak mendaftar akaun PRO Niaga, agak sukar untuk anda uruskan iklan-iklan anda.

 

Bab 9 Terma dan syarat

Anda perlu tahu, apa dia peraturan beriklan di mudah.my! Bukan semua produk sesuai dan boleh diiklankan disini. Obviously, jika anda menjual dadah, senjata api, bahan pornografi ataupun bahan letupan, ianya tidak dibenarkan dijual disini.

 

Sama macam bila kita beriklan di lain-lain platform. Pasti ada pantang larang, dan ada produk yang tak dibenarkan untuk diiklankan.

 

Bab 10 Satu produk ataupun servis untuk satu kedai PRO Niaga

Anda tak seharusnya mencampur adukkan produk dalam satu akaun PRO Niaga. Nak tahu kenapa? Anda akan memberikan gambaran yang kurang baik kepada bakal pelanggan anda. Sebaik-baiknya satu akaun PRO Niaga adalah dikhususkan untuk satu jenis kategori produk sahaja. Penerangan lebih lanjut ada dalam buku ini.

 

Bab 11 Logo di PRO Niaga

Anda boleh masukkan logo yang mewakili perniagaan anda apabila anda mendaftar akaun PRO Niaga. Kewujudan logo perniagaan anda pasti akan beri kesan yang baik kepada proses penjenamaan perniagaan online anda.

 

Bab 12 Gambar yang menjual

Selain penulisan ayat iklan, satu lagi aspek yang penting ialah pemilihan gambar. Nak tau gambar yang macam mana yang berupaya untuk membantu anda untuk menghasilkan jualan? Jawapannya ada kat bab ini.

 

Bab 13 Membawa pelawat ke Iklan

Ini bab yang di nanti-nantikan. Tahukah anda, sistem yang digunakan oleh pihak mudah.my itu sendiri akan memudahkan proses untuk mendapatkan pelawat untuk melihat iklan anda!

 

Bab 14 Tips memilih produk dan servis

Jika anda masih tak tau, nak iklankan produk apa di mudah.my, tips yang bakal anda baca dalam bab ini pastinya dapat membuka minda anda. Di laman web mudah.my terdapat satu opsyen dimana anda boleh lihat, apa dia popular search untuk masa-masa tertentu.

 

Bila dah tau, apa dia yang trending pada waktu tersebut, maka langkah seterusnya adalah untuk mendapatkan produk yang berada dalam kategori tersebut dan mula post iklan anda!

 

Bab 15 Untung lebih

Bagaimana nak untung lebih banyak daripada pelanggan yang sama? Kunci kejayaan dalam bidang jualan ialah apabila kita berjaya untuk menjual lebih banyak produk kepada pelanggan yang sama.

 

Seperti lain-lain perniagaan, perniagaan kita akan dapat bertahan lama jika kita mempunyai pelanggan setia. Jadi kita dah tak perlu asyik nak mencari pelanggan yang baru setiap masa. Manfaatkan pelanggan sedia ada. Masukkan nama mereka dalam sistem database untuk kita hubungi lagi dan lagi di lain masa jika kita ada produk lain yang mahu dijual.

 

Bab 16 Khidmat pelanggan

Orang putih kata, customer support. Pelanggan yang pernah membeli dari kita, mungkin akan perlukan khidmat bantuan dari kita dari masa ke masa. Ini satu cara, bagaimana kita dapat kekal berhubung dengan pelanggan yang sama untuk satu tempoh masa yang agak lama. Berikan khidmat pelanggan yang terbaik.

 

Bab 17 Transaksi bayaran popular

Apakah bentuk-bentuk dan kaedah pembayaran yang popular jika berniaga secara online? Jika pelanggan anda mempunyai akaun dengan bank tempatan atau luar negara, boleh guna kaedah internet banking. Atau boleh juga minta pelanggan anda menggunakan kaedah bank in ke akaun anda.

 

Jika pelanggan anda ingin buat bayaran menggunakan kad kredit, atau kad debit, anda mungkin perlu gunakan perkhidmatan yang disediakan oleh laman web Pay Pal.

 

Ada juga sesetengah pelanggan yang lebih suka buat bayaran secara tunai, iaitu bayaran dibuat ketika penghantaran barang dilakukan. Apa pun kaedah bayaran yang menjadi pilihan, pastikan anda tidak menjadi mangsa penipuan atau menjadi pemangsa yang menipu orang lain ya!

 

Buku ini mengandungi 107 muka surat sahaja. Setiap halaman disertakan dengan skrinshot bagi memudahkan pemahaman untuk setiap penerangan yang diberikan.

 

Dicetak buat kali pertama pada tahun 2013. Jadi kebanyakkan info adalah benar pada waktu buku ini dihasilkan. Apapun, pelaburan sebanyak RM10 untuk belajar cara-cara berniaga di laman web mudah.my menerusi buku berjudul Panduan Bisnes mudah.my adalah sesuatu yang berbaloi.

 

Selamat membaca dan semoga anda juga berjaya dapat jualan dari portal mudah.my

 

 

Be Sociable, Share!

Leave a Comment

{ 1 trackback }

Previous post:

Next post: