Pernah tak sesiapa yang anda kenal, beritahu anda yang sebenarnya anda boleh hasilkan pendapatan yang lumayan sebagai seorang Forex Trader?
Baru sekejap tadi saya buka laman web Teknik Forex Sebenar.
Teringat pula zaman-zaman masa belajar kat UiTM Shah Alam dulu. Topik Forex atau Foreign Exchange ni memang ada dimasukkan dalam subjek International Finance, dan sebagai salah seorang pelajar yang mengambil jurusan kewangan, dah tentulah saya kena belajar topik ni.
Topik tentang Forex ni menarik, tetapi agak membosankan. Mungkin sebab masa tu, saya agak “kecewa” sebab tak dapat nak praktikkan apa yang diajar tu dalam real life. Proses pembelajaran dalam kelas lebih banyak kepada teori, dan agak kurang dari segi praktikal. Jadi, untuk individu seperti saya, yang lebih senang belajar secara praktikal, agak sukar nak catch up tentang topik ini.
Ada banyak sebenarnya ebook, rakaman video, audio dan sebagainya yang mengajar cara-cara nak trade forex. Kalau tak cukup dengan bahan rujukan yang dikeluarkan oleh trader forex tempatan, mat saleh pun banyak jugak keluarkan panduan cara-cara nak berdagang matawang ni.
Satu yang saya perasan, orang putih ni kita bukan boleh percaya sangat. Diorang ni kalau promosikan produk-produk berkaitan forex, lazimnya mereka akan promosikan robot, software dan sebagainya. Yang konon-kononnya akan beri anda signal sama ada untuk anda buy atau sell. Boleh percaya ke, robot-robot forex ni?
Kurang tepat untuk saya terus kata sama ada robot-robot forex ni boleh dipercayai ataupun tidak. Setiap robot dah tentu direka untuk tujuan yang spesifik dan ia berbeza antara satu sama lain. Jadi, sebelum sibuk nak guna robot dan sebagainya, saya berpendapat adalah lebih baik, kita cari masa untuk belajar tentang ilmu forex dari peringkat yang paling asas.
Anda nak tak belajar asas-asas forex?
Saya baru sahaja daftarkan akaun percuma di laman web babypips.com untuk belajar asas-asas forex. Senang, sebabnya boleh belajar secara online sahaja dan yang penting, iainya FREE.
Walaubagaimanapun, apa yang bakal dipelajari boleh jadi tidak setanding dengan apa yang bakal kita belajar dari laman web Teknik Forex Sebenar.
Jadi, kalau anda jenis yang ada masa terluang, bolehlah ikut style saya belajar pasal forex ni. Percuma tetapi ambik masa yang panjang jugak la nak faham pasal forex trading. Ataupun kalau nak cepat, belajar dari laman web Teknik Forex Sebenar terus.
Ok la, nak sambung study pasal forex. Sambil-sambil tu, anda boleh baca jugak post saya sebelum berkenaan sistem Autodownline ya. Sistem ni pun menarik jugak untuk bantu anda buat duit dengan Tone Excel.
kaki pelangi says
selalu dgr psl forex ni..tp xberani nk join..mgkin sbb xde ilmu psl ni..
sabree hussin says
Jom la bila ada masa, belajar pasal forex dekat babypips.com tu 😀
Adzrif Sidek says
Ramai orang masuk forex tanpa belajar ilmu yang betul daripada guru yang betul.
Tu yang ramai gagal dalam forex.
Pelaburan ilmu pun penting juga 🙂
Belajar dekat babypips.com pun macam seronok! hehe
sabree hussin says
Belajar kat babypips ni salah satu sumber pembelajaran yang cikgu-cikgu forex pun rekemen. 😀
myrujukan says
aku minat dah lama, tp bab shariah tu yang jadi masalah
sabree hussin says
Forex ni ada yang bermasalah dari segi syariah, dan ada yang tak ada masalah. Contohnya macam kalau kita trade forex melalui kaunter money changer. Tak ada isu syariah kat situ, sebabnya proses serah dan terima adalah dalam masa yang sama
myrujukan says
kalau bro boleh uraikan bab ni bagus juga, utk saya buka mata dan melihat dari perspektif berbeza
Uncle Zuan says
nak belajar gak forex ni
Azeni Ahmad says
Suami saya main forex.
Memang boleh kaya pun. Tapi boleh lost sekelip mata sahaja.
Memang mencabar nak buat analysis dan sell la kan.
TApi nampak menarik.
Hehehe.